Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, June 28, 2015

Resepi Asam Pedas Melaka

Resepi Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan:
Bawang merah - 2 biji sederhana besar**
Bawang putih- 2 ulas**
Halia - 1 cm **
Jintan manis- 1 sudu kecil ( tapi saya xletak pun)
Kunyit hidup atau kunyit serbuk- 1 sudu besar or 1cm
Serai - sebatang
Daun kesum
Bunga kantan
Cili boh/cili mesin -3hingga 5 sudu besar.
Garam
Gula
Sedikit perasa
Sedikit belacan
Asam jawa
Minyak utk menumis
Sedikit air
Bendi
Ikan


Cara-cara:
1. panaskan kuali/periuk yang berisi minyak masak. Tumis cili sebentar.kemudian,masukan bahan2 kisar yg bertanda **...tumis hingga garing/pecah minyak.

2.agak2 dah pecah minyak,masukan air.sukatan ikut korang....kalau nak kuah tu tak mau merah sgt/cair,letaklah air lebih sikit.kalau nak kuah tu merah menyala/pekat letak sikit je....

3.masukan serai yg dititik,air asam jawa,daun kesum,bunga kantan,garam,gula,perasa.seimbangkanrasa masam.

4.masukan ikan.. biarkan 3-5min atau hingga ikan masak.masukan bendi dan padamkan api..

Siap utk dimakan.



Nota: kalau ikut resepi sebelah mak LLK a.k.a nenek LLK tak gunakan daun kesum,serai n bunga kantan...my nenek hanya gunakan daun limau purut sahaja.

Ada juga yang menggunakan halba campur selain jintan manis semasa menumis untuk membangkitkan aroma masakan.ada yabg letak sawi jeruk dalam asam pedas tu......kalau tak letak pun tapi still sedap jugak. 

Lagi 1, my mum n my nenek hanya menggunakan ikan tenggiri dan ikan parang sahaja..suka benor diorang dgn ikan jenis ni....tapi korang still boleh guna ikan lain seperti ikan kembung

For your information,asam pedas melaka ni ada macam2 version....korang jgn rasa pelik. Suami LLK pun dah mula suka mkn asam pedas.....dulu suami LLK mmg trauma nak mkn lauk ni sbb my mum mmg masak super pedas (org melaka lah katakan).kesian org yg tak biasa mkn pedas sampai sakit perut terberak2 laki aku,haha....nasib baik dpt kawin dgn org melaka,kalau kawin dgn orang negeri sembilan macamne pulak tu...berasap bontot agaknya kalau makan masak lemak cili api,kahkah........


Selamat berpuasa dan selamat mencuba,bye




Sent from Samsung Mobile

0 comments :

Post a Comment