Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, June 28, 2015

Tutorial buat entry thru email (kat android)

Hai semua(sambil lambai tangan)...hari ini LLK nak share dengan korang cara-cara nak post entry thru email (kat android)


Step 1:
Sign in blog korang dan click ke bahagian DESIGN.

Step 2:
Click SETTING 

Step 3:
Click mobile and email

Step 4:
Create password untuk post entry melalui email.


SIAPPPP.....senang baq hang...So,lepas ni bolehlah nak buat entry sambil berbaring/memasak/tengah guling-guling sambil tgk tv ke TAPI pastikan data internet tu ada lagi....kalau tak, tak leh nak nolong nyerrr......




Nota: entry korang juga boleh di post secara sms.....tapi mungkin akan dikenakan cas oleh telco....LLK xsure berapa sen/hengget.....sebab tu LLK lagi prefer guna email jek.....

Bagi yang berminat nak buat entry thru sms,anda click di ruangan ADD MOBILE DEVISE. Follow instruction yg diberikan oleh blogspot.


BYE BYE

Resepi Asam Pedas Melaka

Resepi Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan:
Bawang merah - 2 biji sederhana besar**
Bawang putih- 2 ulas**
Halia - 1 cm **
Jintan manis- 1 sudu kecil ( tapi saya xletak pun)
Kunyit hidup atau kunyit serbuk- 1 sudu besar or 1cm
Serai - sebatang
Daun kesum
Bunga kantan
Cili boh/cili mesin -3hingga 5 sudu besar.
Garam
Gula
Sedikit perasa
Sedikit belacan
Asam jawa
Minyak utk menumis
Sedikit air
Bendi
Ikan


Cara-cara:
1. panaskan kuali/periuk yang berisi minyak masak. Tumis cili sebentar.kemudian,masukan bahan2 kisar yg bertanda **...tumis hingga garing/pecah minyak.

2.agak2 dah pecah minyak,masukan air.sukatan ikut korang....kalau nak kuah tu tak mau merah sgt/cair,letaklah air lebih sikit.kalau nak kuah tu merah menyala/pekat letak sikit je....

3.masukan serai yg dititik,air asam jawa,daun kesum,bunga kantan,garam,gula,perasa.seimbangkanrasa masam.

4.masukan ikan.. biarkan 3-5min atau hingga ikan masak.masukan bendi dan padamkan api..

Siap utk dimakan.



Nota: kalau ikut resepi sebelah mak LLK a.k.a nenek LLK tak gunakan daun kesum,serai n bunga kantan...my nenek hanya gunakan daun limau purut sahaja.

Ada juga yang menggunakan halba campur selain jintan manis semasa menumis untuk membangkitkan aroma masakan.ada yabg letak sawi jeruk dalam asam pedas tu......kalau tak letak pun tapi still sedap jugak. 

Lagi 1, my mum n my nenek hanya menggunakan ikan tenggiri dan ikan parang sahaja..suka benor diorang dgn ikan jenis ni....tapi korang still boleh guna ikan lain seperti ikan kembung

For your information,asam pedas melaka ni ada macam2 version....korang jgn rasa pelik. Suami LLK pun dah mula suka mkn asam pedas.....dulu suami LLK mmg trauma nak mkn lauk ni sbb my mum mmg masak super pedas (org melaka lah katakan).kesian org yg tak biasa mkn pedas sampai sakit perut terberak2 laki aku,haha....nasib baik dpt kawin dgn org melaka,kalau kawin dgn orang negeri sembilan macamne pulak tu...berasap bontot agaknya kalau makan masak lemak cili api,kahkah........


Selamat berpuasa dan selamat mencuba,bye




Sent from Samsung Mobile

Saturday, June 20, 2015

2nd Ramadhan: Menu Berbuka Puasa

Menu berbuka puasa 2nd Ramadhan
Lokasi: Rumah sendiri


Nasi kukus
Ayam berempah (2 bungkus-rm11)
Apam balik (rm3)
Tepung pelita (4biji-rm 2)
Akok (4biji-rm2)
Air mata kucing (1bungkus besar-rm2.50)







#nota: nasi kukus dan nasi kerabu yang LLK beli kat param superrrr sedapp.tokeynya sama mcm yg dibeli tahun lepas...



Tulis entry thru email

Yuhoooo......just testing


Sent from Samsung Mobile

Friday, June 19, 2015

1st & 2nd Ramadhan 2015

Mak berazam Ramadhan 2015 ni,nak masak sedap-sedap especially masa bersahur & berbuka puasa time weekend




Sebabnyaaaaaaaaa…………





Mak tak nak En. Suamiku kelaparan / kebuluran, tak cukup nutrisi sepanjang berpuasa dan semestinya mak tak nak dengar en. Suamiku mengadu domba kat mak dia a.k.a complaint yang aku ni MALAS nak masak, huhuhu…………….



Tapi mama dah rajin masak sekarang ni kan papa
(kelip-kelip mata kat en. Suami).
 



Cuma time weekday je mak tak sempat nak masak.......Traffic jem 3x lebih teruk dari hari-hari biasa…..silap haribulan berbuka puasa kat dalam kereta macam tahun sebelum2x
(huhuhu, sadisss)..






Jom cabaran memasak 20 hari di bulan Ramadhan…Tarik nafas dalam2x mama…..Are u ready;-




Cabaran 1st day Ramadhan

Menu Bersahur

Nasi putih

Telur mata dengan kicap lemak manis Jalen

Sambal tumis ikan sardine

Kacang panjang tumis air





Menu Berbuka

Nasi kerabu

Ayam goreng berempah

Tepung pelita

Seri muka & koleh kacang

Apam balik crispy

Air Mata kucing special







2nd day Ramadhan

Menu Bersahur

Nasi putih

Sawi tumis air

Gulai telur rebus

Plain water





Korang nak masak apa berbuka puasa nanti????

oklah tu je nak cerita, BYE-BYE



Saturday, June 6, 2015

Kek oren with Poppy Seed











Special cake orange yang dibuat oleh anis......mama tolong bakar sahaja.....hoho......actually, cake ni kami buat minggu lepas...dah selamat jadi baja dah pun....



ok lah, bye






Friday, June 5, 2015

Gigi susu tercabut

ada budak gigi susu dia dah goyang teruk......Nak bawak jumpa dentist,
budak tu tak nak.....disebabkan gigi tu dah nak tercabutttttt sgt, papa dia
rentap je gigi tu...


ambikkkk ko!!!!!! sekali rentap je tercabut teruszzz...Terus teringat masa
mama kecik-kecik dulu....Taktik yang sama atok anis guna untuk cabutkan
gigi mama.seram bila ingat balik.




Menangis cam apa tah budak ni....tapi tetap happy bila mama nak snap gambar
dia


​nampak x air mata yang meleleh kat pipi tu.....good girl anis

 


Disebabkan anis baik, mama ingat nak belanja anis makan kek......

tapi

bukan harini lah.....maybe esok kite sama-sama buat brownies.....nyumm2x

semoga anak mama happy selalu.......sayang gula-gula mama sampai
bila-bila...