Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, March 11, 2014

Cerita Pasal Pavlova and #PrayforMH370#

Tekak rasa mengada-ngada nak makan Pavlova......Nak beli rasa cam mahal.......Nak murah, kenalah buat sendiri........


Hari ahad lepas LLK merajinkan tulang temulang  untuk membaking Pavlova.....Bahan-bahannya sangatlah senang sampai dah boleh hafal dalam otak......





Bahan-bahan
4 biji telur Gred A ( Ambil putih telur sahaja)
½ sudu teh cuka makan
½ sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula halus (* LLK guna gula pasir jenis halus dan di kisar halus menggunakan pengisar kering)
Non-stick baking paper


For Topping
Whipping Cream non-dairy (LLK guna whipping cream jenama EMBORG)
Strawberry (* nak colourfull, boleh tambahkan buah kiwi, mangga, blueberry dll)


Cara-cara
Dengan menggunakan mixer, Pukul putih telur pada kelajuan tinggi sehingga separa kembang.......kemudian, masukan 1/2 cup gula halus dan teruskan memukul hingga telur putih menjadi gebu (soft peaks)

 
Kemudian, masukan tepung jagung, cuka makan dan esen vanilla. Pukul beberapa saat dengan  mixer untuk sebatikan 3 bahan tadi....


Tuangkan meringue tadi ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan non-stick paper. 





Pre-heat oven pada suhu 170 C selama 10 min....kemudian turunkan suhu oven pada 120-13C semasa adunan siap sedia untuk dimasukan ke dalam Oven... Dibakar selama 1 Jam 30min ATAU hingga Pavlova keperangan (Bergantung pada oven masing-masing)



Untuk tutorial lengkap, sila rujuk Blog Cahaya Cinta ku.


Macam kes LLK, LLK bakar Pavlova tu selama 2 Jam++.......Lama gilerrsss nak menunggu pavlova aku tu masak......Start masuk oven pukul 6.30 petang, pukul 8.30 mlm baru siap masak...tu belum ambil kira 30min-45min untuk nak sejukan pavlova tu.......Sampai kena perli dengan En. laki



En. Laki     :  “ Yang......kek awak ni nak kena bakar  
                        berapa hari baru nak siap nie”


Puan Bini :   “ 2 hari baru siap bakar ayang...erkkkkk!!!!!

En. Laki   : Spechless.................


                   Kemudian................


                “ Yang......Nape kek awak nie buruk sangat 
                  rupa dia????”


Puan Bini  : You Shut up lah papa.......



Malam tu terus tak de mood nak makan si Pavlova......Simpan elok-elok dalam taperware keesokannya baru makan.........Nak tahu rasa pavlova tu camner????
Rasanya ranggup diluar, lembut di dalam....Kemanisannya balance dengan buah strawberry yang masam-masam manis........





#Note: kalau korang sukakan Pavlova yang tak berapa manis (rasa manis-manis buah), sukatan gula tu gunakan sebanyak ¼ cup je.....1/2 cawan pada LLK dah manis dah.....



Sekian, cerita saya berkenaan aktiviti membuat pavlova......




## Note :   Dunia tengah sibuk digemparkan dengan berita kehilangan pesawat Mas MH370, Aku pulak dok sibuk dengan Pavlova aku.......


Ucapan takziah diucapkan kepada seluruh keluarga penumpang MH370.....

 
Sabar, Tawakal, Redha....


Walau apa pun yang akan berlaku, hidup perlu diteruskan....Kami mengharapkan penumpang dan KRU cabin selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.........


Insyaallah....


0 comments :

Post a Comment