Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, November 21, 2013

Tonsil

Lama benor tuan tanah tak buat entri baru.....Nampak sangat kemalasannya, huhuhu......


Ok3x....Tuan tanah mintak maaf.....Hari nie tuan tanah akan buat entri sampai lebam biji mata sebab hari nie beliau sangat B.O.S.A.N........Bos  besar, bos kecik, bos sedang-sedang,semuanya tak der kat office hari nie.....Yang ada pun tuan tanah dengan Asst. Engineer je, huahuhuhu..




So, pagi nie kita mulakan dulu dengan cerita pasal TONSIL......


Korang tahu tak tonsil  tu apa benda???
Meh,,, hakak nak citer.....


Tonsil tu kalau bahasa kampungnya di panggil bengkak / radang yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria didalam tekak. Kadang-kadang, bakteria streptococcus juga boleh menyebabkan tonsil tu bernanah.......Kalau tonsil dah terlalu teruk, pesakit dinasihatkan oleh doktor untuk membuat pembedahan.....





Nak dijadikan cerita, 2 minggu lepas LLK kena tonsil......1st time kena tau sampai demam-demam....


Dia punya sakit Allah jelah yang tahu macam mana........Orang tua macam LLK ni kena pun tak tahan....Kalau kena kat budak-budak kecik, tak tahulah nak cakap macam mana, huhuhu




Hari sabtu 2 minggu lepas serius memang dah tak boleh tahan.......Semua benda pun sakit....



Sakit kepala, sakit tekak, sakit telinga, dan yang paling LLK sakit adalah sakit hatiiiiiiiiii dengan en. suami yang marah-marah sebab bininya terbaring dan dia tak boleh nak handle 2 orang budak cute kat rumah...ghhrrrr!!!! 



  Geram punya pasal, paksa laki bawak pergi klinik........Masa jumpa dengan doktor tu LLK cam malu nak  bagitahu sakit apa....
setakat sakit tekak je pun.....Kang tak pasal-pasal doktor kata aku ngada-ngada nak MC, huhuhu.....



" Puan,buka mulut sikit ye...saya nak tengok tekak u"



Bila doktor tengok tekak aku,  barulah dia percaya yang aku nie memang betul-betul suffer dengan tekak aku ni.......



"U got tonsil......Tekak puan bengkak and dah ada nanah....And ur fever pun  tinggi"


 " Doktor, ai nak ubat yang paling kuat...ai nak cepat sembuh.....Kesian kat baby ai tak da sapa nak jaga (konon)"



"kalau macam tu, ai bagi  injection boleh"??


Dengan muka pasrah je angguk kepala.....Hari tu kena sedas kat bontot and dapat ubat antibiotik serta panadol









Macam nilah keadaan tekak LLK masa sakit aritu.....Siap dah bernanah dalam tekak...Baru laki percaya bininya betul-betul sakit....Kalau tak, tak mahu tolong jaga anak langsung.....


So, korang silalah jaga kesihatan masing-masing.....Sekarang ni punya penyakit tak boleh dipandang enteng......Walaupun kita ingat sakit tekak tu macam sakit biasa-biasa tapi, bila dah jadi luar biasa macam nie susah pulak.......




Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur


Sekarang saya dah sihat......Yehhh!!! Boleh lompat bintang (^_^)

0 comments :

Post a Comment