Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, November 21, 2013

Resepi Mudah~Macaroni Goreng



http://2.bp.blogspot.com/-Z75ZUY3MdGw/T8cFXIbN_4I/AAAAAAAADk8/J6YlyUvyDHc/s1600/1.jpg
gambar: Dari En. Google



 
Bahan-bahan
Bawang merah (cincang)
Bawang putih (cincang)
Daging/ ayam kisar (saya guna jenama ramly)
3-4 Sudu besar Sos spagetti with muchroom (jenama kimball)
Sawi / Mix Vegi
Garam
Gula
1/2 Kiub Ayam (Jenama Maggi)
Minyak masak/ olive oil  untuk menumis
2 sudu besar cili boh(Saya guna cili jenama Puteri)
2 mangkuk kecil macaroni (anggaran untuk 3-4 orang makan)
Air (Semangkuk kecil)
Telur (Sebiji)




Cara-Cara
Rebus macaroni hingga kembang (Sila tengok instruction kat  belakang plastik)....Bila dah kembang, tos kan air....biarkan seketika



Panaskan kuali .....Tumis cili hingga garing kemudian masukan bawang merah dan bawang putih....Tumis seketika hingga naik bau.....


Masukan sedikit air.... Bila mendidih,  masukan daging/ ayam kisar, sos spagetti with mushroom, 1/2 kiub ayam, garam dan gula secukup rasa....


pandai-pandai ejas...kalau rasa tawar, bubuhlah garam...kalau rasa masam sangat, bubuh gula sikit untuk nak matikan rasa masam terlampau tu.....


Agak-agak sos  dah mendidih dan pekat sikit, masukan mix vegi/sawi dan macaroni yang dah direbus.....Kacau hingga rata sampai kering....Kalau mahu, boleh masukan telur masa last-last (Buat cam masak nasik goreng or mee goreng tu)


Siap sedia untuk dimakan........



~Selamat Mencuba~

0 comments :

Post a Comment