Kamu-kamu Yang Comel

Saturday, October 26, 2013

Simpanan Untuk Masa Depan

Semalam LLK nak buka akaun untuk Aina.....





 Tapi 





LLK tak bawak sijil kelahiran Aina...Masa zaman Anis dulu, tak perlu pun sijil Kelahiran...Tunjukkan IC je dah cukup.....Maka, tak boleh lah nak buka akaun......Letih mengusung duit raya budak ni kehulu kehilir,.....(Silap-silap kang, ada aku joli duit budak kenit ni...huhuhu)






Untuk makluman mummy-mummy semua, baby yang berumur 6 bulan dah boleh buka akaun Amanah Saham....Kalau dulu, baby berumur 6 bulan hanya boleh buka akaun Amanah Saham Didik sahaja.....Tapi sekarang, semua jenis Amanah Saham pun dah boleh buka......Untuk Aina, mama pilih untuk buka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB)....



menabung sedari kecil bila dah besar nanti senang. Simpanan masa tu mesti dah banyak....Bila nak masuk universiti nanti tak payah pinjam PTPTN.....Kesian LLK tengok budak2 muda sekarang ni.....Bertahun - tahun bayar loan PTPTN tak habis- habis.......tu belum lagi buat loan nak beli kete, beli rumah, or kawin....huhu



 Mummy-mummy semua dah buka akaun untuk anak-anak korang ke belum??


1 comment :