Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, October 31, 2013

**SOLD**Tungku Elektrik Untuk Di Jual


**SOLD**


Ada sape-sape berminat nak beli tungku elektrik nie?? LLK tengah buat housekeeping sekarang nie.....LLK nak kosong kan stor yang dah sesak sangat-sangat tu, huhuhu...........



Baru guna 2 kali.
Condition is still new and jarang guna masa dalam pantang aritu sebab banyak guna tungku jenis besi.



LLK nak let go RM 12 (COD)
Market Price RM25 ~ RM40
*Postage RM7
**Sekitar Midvalley, Pantai Permai Dan Petaling Perdana (Berhampiran Shell NPE)





Berminat?? 




Boleh contact :-
email:prelovestuff@gmail.com
sms/whatapp: 013-3335016











Mulakan Pagi Anda Dengan Tenaga

Jom breakfast

Tuesday, October 29, 2013

Simpanan untuk masa depan ~ Part 2


Banyak betul halangan nak buatkan akaun budak nie.....3 kali permohonan kena reject....tensi mak

1st- Datang pukul 3.30petang....Tapi, bank tak nak proses sebab bank dah nak tutup ( Awal giler nak tutup bank???)
2nd- Permohonan tak boleh proses sebab tak ada salinan surat beranak :-(
3th-Permohonan tak boleh proses sebab perlukan surat beanak yang original (Semalam kata bawak salinan je...Original tak cakap pun suruh bawak gak)







3 hari berturut-turut asik bad luck je...Dahlah bank ni jauhhh hujung blok skali.......Cair lemak hakak 300gram tau, huhuhu... Kali ke 4, seret en.suami ikut sama sekali pergi bank......










4rd : baru berjaya buka akaun nie....


Tapi 


ada jugak masalah sebab salah guna borang.......Sepatutnya kena guna borang akaun remaja....Tapi, cina apek kong kong kat kaunter tu bagi borang untuk akaun dewasa.......Nasib baik akak bank sangat baik hati.....Proses je borang hakak sampai dah siap semua baru dia perasan salah guna borang, kihkih.......


Ok, tu je nak citer....~BYE~

Saturday, October 26, 2013

Simpanan Untuk Masa Depan

Semalam LLK nak buka akaun untuk Aina.....





 Tapi 





LLK tak bawak sijil kelahiran Aina...Masa zaman Anis dulu, tak perlu pun sijil Kelahiran...Tunjukkan IC je dah cukup.....Maka, tak boleh lah nak buka akaun......Letih mengusung duit raya budak ni kehulu kehilir,.....(Silap-silap kang, ada aku joli duit budak kenit ni...huhuhu)






Untuk makluman mummy-mummy semua, baby yang berumur 6 bulan dah boleh buka akaun Amanah Saham....Kalau dulu, baby berumur 6 bulan hanya boleh buka akaun Amanah Saham Didik sahaja.....Tapi sekarang, semua jenis Amanah Saham pun dah boleh buka......Untuk Aina, mama pilih untuk buka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB)....



menabung sedari kecil bila dah besar nanti senang. Simpanan masa tu mesti dah banyak....Bila nak masuk universiti nanti tak payah pinjam PTPTN.....Kesian LLK tengok budak2 muda sekarang ni.....Bertahun - tahun bayar loan PTPTN tak habis- habis.......tu belum lagi buat loan nak beli kete, beli rumah, or kawin....huhu



 Mummy-mummy semua dah buka akaun untuk anak-anak korang ke belum??


Friday, October 25, 2013

Mai Secawan

Setiap kali lalu depan booth SUPER, mesti menyinggah minum coffee FREE......( benda free ni memang sedap, hahaha)


Ai bukan penggemar kopi tapi entah macam mana hati boleh terpikat dengan white coffee nie...


Jemput minum semua......White Coffee hazelnuts.....Rasa dia boleh tahan sedap.....


#pekena kopi secawan sambil dengar pengumuman budget 2014.....Harap2 ada berita baik untuk rakyat marhaen macam akak ni.....


~TATA~

Review Breastpump Elektrik Dan Manual


Sekarang nie LLK tengok ramai mummy-mummy yang bekerja dah mula ada kesedaran untuk menyusukan baby diorang dengan susu ibu sepenuhnya……Zaman sekarang dah mudah sebab banyak kedai barangan baby dah banyak jual barangan untuk nursing macam breastpump,nursing cover, nursing bra n macam-macam lagi….






Zaman mak-mak kita dulu semua benda tu tak ada jual…so, bagi mummy-mummy yang bekerja pada masa tu cam susah diorang nak breastfeedkan baby diorang sepenuhnya…..






Hari nie LLK nak review breastpump yang LLK guna sepanjang menyusukan Anis dan Aina…….






Breastpump pertama LLK beli masa bersalinkan Anis ialah breastpump manual jenama Avent. Beli pump tu masa mengandungkan anis 7-8 bulan gitu dengan harga RM200++.Sekarang breastpump ni dah murah dah….. sangat berjasa kat LLK ok…..



SERIUS!!!! Tak tipu….


Sangat selesa bila guna sebab ada pelapik getah yang berfungsi untuk massage cik B masa pump……Breastmilk pun keluar memancut-mancut dengan meriahnya….Sekejap je botol yang 5oz tu penuh……




Kelemahan
1.     Susah nak cari sparepart terutama silicone diaphragm dan valve bila getah tu kembang.
2.     Valve selalu tercabut bila kita overdos mengepam…Agak terganggu sikit bila  tengah syokkk mengepam
 



Selain tu, LLK juga pernah menggunakan breastpump manual jenama Anakku dan pureen…….Masa tu beli sebab valve kat avent tu tercabut….And LLK pasang TERBALIK valve tu (Mati-mati ingatkan breastpump Avent tu dah rosak..macam mana lah boleh salah pasang, sila salahkan diri sendiri atas kebodohan yang tak boleh dimaafkan, huhuhu)….......Menyebabkan bila pump, xda suction n susu xkeluar……2 hari LLK demam sebab cik B bengkak ….


 

Disebabkan Avent tu xbrapa nak fungsi, LLK suruh adik pi beli breastpump manual jenama Anakku...Masa tu beli harganya RM170.....Tapi breastpump ni xsesuai untuk LLK sebab suction dia tak kaw macam Avent.....Susu pun malu-malu je nak keluar.....

 






Pastu abah belikan breastpump jenama pureen basic.....Yang ni lagilah tak sesuai untuk LLK.......Dahlah abah belikan 2 set .....sangat membazir ok...Masih ada lagi kat rumah mak, huhu......



Bila 2 kali tengok pump ni macam horn bai jual roti, hehehe













 Sekarang LLK guna medela swing elektrik single Pump. sangat friendly user....

ada dua phase—STIMULATION (dua minit) lepas tuh SUCTION phase (ada 9 level).






Walaupun harganya agak mahal (untuk LLK yang bergaji xberapa lebat, huhu), Tapi keputusan untuk beli breastpump ni memang tepat dan sangat berbaloi....




 Memang tak sia-sia LLK beli dulu kat expo....Walaupun masa tu en. suami tak berapa setuju dengan keputusan nak beli pump nie,huhuhu





Tapi, LLK nekad nak beli gak......Sebab hakak dah buat research kat en. Google pasal pump nie (^_^)





Kelebihan:
1.   Motor pump kecil dan ringan….
2.   Mudah dibasuh sebab tak banyak part…..Nak pasang pun mudah.
3.   Mudah nak cari sparepart kalau ada part yang rosak( terutama tubing dan valve membrane) 
4.   Swing LLK ni boleh convert ke manual pump….Cuma kena beli harmony handle , Diaphragm, Puller and O-Ring Assembly 
5.   Boleh guna AC dan DC




Kelemahan:

1.   Beroperasi menggunakan elektrik dan AABateri….Kenapa LLK kata gitu…Tadi kata kelebihan……Jujur LLK nak bagitahu….LLK lebih suka menggunakan sumber elektrik dari bateri….Suction elektrik lagi syokkk..lagipun LLK akan mengepam sampai 1jam…so, suction kena maintain…… LLK pernah 2-3kali gunakan bateri….Tapi LLK tak berapa suka sebab bateri tak boleh  tahan sampai 1jam sekali pump…..Bila dah lebih 30min kita ngepam suction cam kurang sikit sebab bateri akan lemah…..So, try imagine kalau tetiba bos suruh pi site visit kat hulu ceruk yang tak da  sumber elektrik….Jawapnya kena bawak berdozen bateri AA, huhuhu



2.   Single pump- lambat sikitlah nak siap….coz pump sebelah breast je nak ambil masa 30minit…kalau dua-dua belah breast 1 jam baru siap, huhu




Actually, kelemahan yang No2 tu ada je penyelesaiannya….LLK pernah jumpa kat Youtube……Tapi, LLK tak galakan korang buat macam tu ye…..Dikuatiri akan memendekan jangka hayat motor pump…Sebab swing ni direka untuk singlepump bukan untuk doublepump…….  





Ok, tu je citer tentang pengalaman menggunakan beberapa jenis breastpump…….Jadi, yang mana satu pilihan korang?????





Tepuk dada, tanya selera….huhuhu…..~TATA~








Gambar selingan

p/s: Rindu nak guna medela Lactina Plus nie....Suction lagi syok dari swing dan freestyle.....Tapi, berat.......Kenangan masa bersalin kat PPUM aritu