Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, January 3, 2013

Sebar Gambar Pesalah Juvana Boleh Dikenakan Tindakan

Baru-baru nie heboh pasal kes seorang remaja berusia 13 yang ditahan kerana cubaan merogol seorang wanita di tandas stesyen minyak di Jalan Munshi Abdullah Melaka. 


Hati-hati ye terutama para blogger yang ada letak gambar budak tu dalam blog or facebook korang..( Kalau tak silap LLK, mangsa pun ada letak gambar budak tu dalam blog dia)...Jangan suka-suka hati nak buat entri lepas tu ko bubuh gambar budak tu tanpa di blur kan....Nanti kena masuk lokap, den tak tahu........


Dalam facebook pun, ada yg berani letak gambar budak tu...................Aku memang cukup geram kat sipolan nie semalam....Sebab dalam fb dia berani betul letak gambar budak tu..


Eventho aku bukan ler sedara mara or kakak dia.....Tapi, atas dasar kemanusiaan, memang tak patut ler ko buat macam tu...........Budak tu ada mak, ayah, anak-anak yg lain, sedara mara.....Bila ko dah tepek gambar dia kat fb, malu lah parent dia.....Dan, bila budak tu dah habis jalani hukuman nanti of coz lah budak tu pun turut malu jugak.....Cuba korang bayangkan pulak kalau korang yang berada kat tempat mak bapak budak tu.....Ape rasanya????.....Ramai yang komen kat fb sipolan semalam supaya blurkan or remove terus gambar budak tu......... Tak tahu lah sipolan tu dah remove ke belum gambar tu....Harap2x dah lah




AKTA 611 (AKTA KANAK_KANAK 2001)
Sekatan ke atas laporan dan penyiaran media.


15. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa- apa laporan media massa mengenai -
(a) apa-apa langkah yang diambil terhadap seseorang kanak-kanak yang terlibat atau berupa sebagai terlibat dalam apa-apa perbuatan atau peninggalan jenayah, sama ada langkah-langkah itu pada peringkat sebelum perbicaraan, perbicaraan atau selepas perbicaraan;


(b)mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya jagaan diambil di bawah Bahagian V;


(c) mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertema telah atau disyaki telak dilakukan; atau


(d) mana-mana prosiding di bawah Bahagian VI,
Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan, atau memasukkan apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana lanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan dengannya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.




(2) Gambar –
(a) mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1); atau


(b) mana-mana orang, tempat atau benda lain yang mungkin membolehkan dikenalpasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian.
Tidak boleh disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.


(4) mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.



 

0 comments :

Post a Comment