Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, January 15, 2013

Merlin Episod Akhir Musim Ke 5



 
Semalam merupakan episode terakhir drama bersiri Merlin di TV3.....Actually, citer ni disiarkan awal sikit di ASTRO dan tayangannya last pada 25 Disember lalu.....Tapi, TV3 drama bersiri Merlin ni disiarkan lewat sikit.....Dan  episode terakhirnya adalah semalam........Selepas nie, dah tak der dah season 6.....No more MERLIN, huwarghhhh!!!!!.......



Setelah bersiaran selama 5 musim, penghujung episode citer nie King Arthur mati di tikam pedang Mordred (ex-kesatriaan king Arthur) yang dibuat dari nafas naga......Actually, king Arthur bukan mati serta merta selepas dia kena tikam dengan Mordred TETAPI, serpihan pedang tu masih terbenam lagi kat dada Arthur dan mati selepas 2 hari kemudiannya masa otw  ke tasik ape tah (lupa lak nama tempat tu, hahaha) untuk menyembuhkan kecederaan Arthur........




 
Tapi, Merlin tak sempat pun nak bawa Arthur ke tasik tu sebab kuda diorang dah lari sebab terkejut dengan kehadiran Morgana.....Hujung-hujung citer, Morgana mati ditikam oleh merlin dengan menggunakan pedang milik Arthur..........Pedang milik Arthur pun dibuat dari nafas naga..(Tak ingat episode berapa tah, pedang tu memang di buat khas untuk Arthur ) ..So, sebab tu lah Morgana mati (ahli sihir sangat kebal dan tak boleh mati dengan menggunakan pedang biasa....sumpahan diorang hanyalah pedang yang diperbuat dari nafas naga sahaja)



Part yang paling sedih,..............sebelum Arthur mati di pangkuan Merlin, Arthur mengucapkan “ Terima kasih Merlin”.........Tapi, si Merlin nie macam tak boleh terima kenyataan.....Nak jugak bawak di Arthur tu pergi ke tasik tu dengan bantuan naga..........Tapi, naga tu dah nasihatkan Merlin.....Dah memang takdir Arthur akan mati dan Merlin tak boleh buat apa-apa........




Selepas Arthur mati, Gwein di tabalkan menjadi queen di Camelot......Merlin pula mengembara sampailah dia tua kerepot.........Sekian....

0 comments :

Post a Comment