Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, January 29, 2013

Akar Fatimah | Air Selusuh Untuk Memudahkan Proses Bersalin




Lamanya tak update blog........Sorry, sejak dapat gajet baru ni blog agak terabai sikit.....Maklumlah, orang baru dapat gajet, habis semua nak di explore nya....hahaha ........JAKUN..........


Sebelum tu, nak citer pasal Air selusuh........ Baru-baru nie, LLK ada beli akar Fatimah dari officemate.......Ada setengah orang panggil akar Fatimah....Ada setengah orang panggil genggam Fatimah.... Ada jugak yg panggil Sanggul Fatimah.......Actually, ianya benda yang sama....kegunaan utamanya sebagai air selusuh / memudahkan ibu-ibu bersalin (wallahualam bishawab)

 Akar fatimah



Selain dari akar Fatimah, banyak juga cara lain yg boleh dibuat selusuh.....Antaranya:-


  1. Minum virgin olive oil / minyak 1 sudu x 1hari
  2. Bio Selusuh and Jersalin Oil......
  3. Minum air dari hujung rambut setiap kali selepas mandi.....


Masa pregnant anak pertama, LLK tak minum pun air selusuh.......Sebab masa tu LLK tak tahu pun pasal benda-benda nie.....Mak pun tak der pulak suruh buat ape2x pun...MIL pulak, ada bagi minyak selusuh...Tapi, MIL suruh sapu je kat perut......MIL kata minyak tu tak boleh minum....sebab kandungan LLK masa tu dah lebih dari 8 bulan.....So, macam dah terlambat untuk minum minyak selusuh tu........Sedihnya hati masa tu.....



So kali nie, semua benda LLK buat sendiri.....Macam malas nak harap kat orang......Lagipun, kandungan LLK dah cukup2x 7 bulan....so, bolehlah kalau nak try minum minyak ke ape ke kan.....Kalau nak suruh En. Suami buatkan air selusuh macam tak berapa yakin sangat. Walhal, itulah antara air selusuh yang paling mujarab,,, huhuhu...............



Buat masa nie, LLK nak try minum virgin olive oil.......Tak berani lagi minum akar Fatimah.....dah 9 bulan nanti baru try minum........Sbb LLK ada terbaca komen-komen dalam FB Persatuan Ibu mengandung, banyak sangat pro and kontra pasal air selusuh nie...sampaikan aku pun dah 50-50 nak minum, huhuhu........




LLK Beserah jelah pada DIA.....Semoga bersalin nanti dipermudahkan macam kawan-kawan LLK yang dah selamat bersalin......Korang pun, doakanlah semoga LLK kali nie mudah bersalin ye.....bye


 

P/S: Sape-sape yang nak beli akar Fatimah, boleh beli kat mamasyraf...Harga RM10/pek + RM6 postage.......Nak COD pun boleh, tapi area Midvalley jelah.......BYE


2 comments :

  1. best ni..nasib baik belum smapi masa prgnt..thnks sharing this..

    ReplyDelete
  2. As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

    Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

    Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

    Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

    Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

    ReplyDelete