Kamu-kamu Yang Comel

Saturday, December 29, 2012

Kebaikan Minum Susu

Masa pregnent anis dulu, LLK tak boleh minum susu tepung.......Tekak tak boleh terima rasa susu tu.........Tapi, kalau minum soya bean boleh je............ Tapi, nak jenama YEO'S je.....Jenama lain ai tak nak (memilih betul)..... 2nd Pregnency nie, LLK tak der problem dengan susu tepung.........So, kali nie LLK minum susu Anlene........LLK minum masa cuti hujung minggu je.....Hari-hari biasa macam tak lalu pulak nak minum......Yela, tak kan lepas dinner tu minum susu (dahlah memalam aku bedal nasik).....Ada terkangkang kekenyangan aku kang, hahaha........... Kenapa LLK minum susu Anlene? Kenapa tak minum susu khas untuk ibu mengandung? Sebabnya, pada pendapat LLK kalsiumkan boleh diperoleh dari produk tenusu contoh: keju, yogourt, susu dll.......So, tak kisahlah susu jenama apa pun...Semuanya sesuai untuk ibu ngandung.....(Kecuali susu pekat manis....). Lagipun, susu khas untuk ibu ngandung agak mahal dipasaran........LLK kan kedekut suka bebelanja secara berhemah, kikiki...........  2nd pregnency nie baru sekali je kena cramp kat kaki.......Kalau 1st dulu, selalu sangat kena.......Masa tido kena, masa drive pun kena.......Tak agak2 langsung.....huhuhu...  Oklah..banyak pulak aku membebel...Jom baca kebaikan minum susu 

1. Mengelakkan osteoporosis, hipertensi dan kanser kolon.

2. Meminum susu juga boleh melindungi dari kerosakan gigi dan masalah kaviti. Anda perlu galakkan anak-anak meminum susu coklat selalu. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat.



3. Lemak susu tidak memberi apa-apa kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas.



4. Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati dan ia mampu menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.



5. Dengan meminum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku, dan rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.



6. Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang awal.



7. Dengan mengamalkan meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya anda dapat tidur lebih cepat. Cara ini dapat membantu anda selepas seharian penat bekerja.



8. Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan anda. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman.



9. Susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga anda.



10. Susu penuh dengan nutrien. Badan anda memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah), kalsium (untuk tulang yang kuat), karbohidrat (tenaga), magnesium (untuk lentur otot), fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga), kalium (baik untuk sistem saraf), protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan), riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) dan zink (untuk meningkatkan sistem imun).  Sumber--> Facebook

 

0 comments :

Post a Comment