Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, March 20, 2012

Mutiara Kata

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah"





- Hadis Riwayat Muslim-

Monday, March 19, 2012

Monday Blues ~ M.A.L.A.S


LLK memang mcm ni setiap hari Isnin........huhuhu

p/s: Sentap bila baca entry Abg Ben.....Tamo kerja, berenti jer!

Friday, March 16, 2012

Menyinggah ke Baked With Yen (BWY)

Tak sia-sia menemankan kawan LLK ke kedai Baked With Yen (BWY) @ Chow Kit semalam untuk memborong barang-barang nak buat coklat candy.........Actually, kedai nie agak buruk & kecik sikit kalau kita tgk dari luar.....Tapi..... bila masuk kat dalam kedai, takder lah buruk sangat.....bakery tool  & bahan-bahan nak buat kek/roti dll memang sangat banyak dan murah.........

Sambil kawan LLK tu sibuk memborong barang-barang nak buat coklat candy, LLK pun SAMA sibuk juga memborong. LLK membeli ini semalam.....
Biskut lady finger & beberapa bakery tool :-).......Orang yang suka buat buat kek, tahulah kot kegunaan biskut lady finger ni, hihihi...........Dah lama bangat LLK mencari biskut nie...Kat carefour, Tesco, Jusco, Econsave takder pulak:-(


Weekend, boleh mengasah bakat yang tak berapa terpendam ni.....Tu pun kalau menjadi....Kalau tak menjadi, harus-harus kena laser dari juri utama Master Cip kat rumah tu................hikhik....


~bye~

Tuesday, March 13, 2012

Cabaran 30 Hari Quaker Oats ~ Jgn hot-hot shit chicken sudahhh

Body dah semakin men-comel..........Semakin berlawan-lawan dengan anak dara-ku, Anis.......hhuhu...So, Semalam singgah h/market beli quaker oats.. Konon2x nak mengurangkan berat badan yang berlebihan, huhuhu


Pas tu, konon nak lagi sedap dimakan......LLK beli buah-buahan & low fat milk






~Tapi~


En. suami ku cayang telah tapaukan LLK dinner yang sihat

 v




v




v








 


Esok or lusa kot baru boleh sahut cabaran nie...........Jgn hangat-hangat taik ayam sudahlahhhhhhhh..hikhik..... (^_^)

Manusia Semakin Kejam ~ Al-fatiha buat arwah adik Dirang

Network buat hal sepanjang pagi nie....Sebab tu, lambat buat entri nie ;-)

Pagi-pagi pintu rezeki baru nak terbuka dah dapat berita sedih tentang penemuan mayat adik Nurul Nadirah (yang juga dikenali sebagai Dirang)...........Sebak rasanya bila dengar berita bunuh-bunuh nie .........lebih2x lagi bila mangsanya adalah budak2 kecik....

Dahlah diculiknya budak tu, lepas tu dibakar.........Tak boleh LLK bayangkan macam maner seksanya arwah dirang kena bakar........Kejam betul si pembunuh tu..Semoga pihak polis dapat tangkap pembunuh tu & dijatuhkan hukuman setimpal..

Kat paper metro pulak, ada sorang bapa sewel gigit zakar anaknya sehingga putus..........speechless!!!! Bapak budak ni sakit mental ke ape????



p/s: Senakal2x anak kita, kena kenalah sabar & sayangi diorang....Sebab, mereka kurniaan dari Allah yang tak terhingga & tidak ternilai........