Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday ~Edisi berangan #2











p/s: Berangan tak sudah2x ko ni LLK...kuikuikui

Tuesday, February 21, 2012

Tiba ~ Mafa


Terjatuh
Cuba berdiri tapi
Terjatuh
Lalu dibawa hanyut terapung
Tanpa hala tuju
Dibuai arus

Terpegun
Cuba beralih tapi
Terpegun
Bertentang mata dengan bayangku
Bagai seorang yang
Ku tak kenal

Sudah lama
Ku menyamar
Bagai satu watak atas pentas

Namun sedar
Dalam dada
Ada yang terjaga
Dan sedang bersuara

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenar
Tak perlu tak perlu ragu-ragu
Tak perlu berselindung

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenarnya
Inilah inilah giliranku
Inilah cintaku
Giliranku kembali

Terlihat
Sememangnya ku sudah
Terlihat
Betapa senangnya tuk berdiri
Dan menguasai hati ini

Memang indah
Cinta kita
Tak terjelas dengan kata-kata

Namun sedar
Dalam dada
Ada yang terjaga
Dan sedang bersuara

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenar
Tak perlu tak perlu ragu-ragu
Tak perlu berselindung

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenarnya
Inilah inilah giliranku
Inilah cintaku yang

Terbaik
Dan yang teradil
Masih setia
Masih sayang padamu
Hanya cara
Yang berbeza
Dan lebih kuasa

Tak perlu tak perlu ragu-ragu
Tak perlu berselindung

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenar
Tak perlu tak perlu ragu-ragu
Tak perlu berselindung

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenarnya
Inilah inilah giliranku
Inilah cintaku
Giliranku kembali

Carta Hati ~ Najwa Latif




Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya

hmmm----
hoo---
lalala----
hmmm---

jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati

kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita

lala---
hooo---
lala---
hmmm--

Monday, February 20, 2012

Come Buy ~ Again

Tengah nafas2x ikan nie, masih lagi nak membeli si Come Buy nie, huhuhu......Kali nie, LLK pilih Flavour Chocolate with 70% sugar.....Tak letak bubble/ pearl pun......sebab budget kita ciput, hahaha.........


p/s: Pada saya biasa2x jek....Lagi sedap milo ais 3 in 1 tu....kuikui


~Jom Come Buy~

Duit Syiling Baru vs Duit Syiling Lama

Lebih ringan dari duit syiling lama....Dah macam token pulak rasa, hehehe........Lagi satu, tak der ciri2x ke-tradisional-an / ke-Malaysia-an.....(kecuali kat gambar bunga raya sekuntum tu...Gambar yang lain, langsung tak paham ape bendanya tu)


Berat sikit dari duit syiling baru.......(sangat bercinta kalau nak pergi simpan duit syiling kat bank,huhuu)..........Setiap duit syiling mempunyai gambar yang berlainan pada belakang syiling.....Dan lebih mempunyai ciri2x ke-tradisional-an / ke-Malaysia-an.

cth: 50sen: wau bulan 
20sen : tepak sirih
10sen : Congkak
5 sen : gasing
1 sen: rebana ubi
RM 1 (Duit Syiling lama...Tapi sekarang dah tak der lagi dah) : Keris



p/s: LLK lebih suka kan ciri2x duit syiling lama dari yang baru nie.......Korang pulak suka yang mana satu?????

Counting The Days

Lambatnya nak tunggu 23.02.2012....LLK dah nafas2x ikan nie.................Cepatlah masa berlalu

Friday, February 17, 2012

Jom Beli Photobook RM54 Instead Of RM208



Terjumpa promotion nie baru jek beberapa minit yang lepas (^_^)...........Harga pun boleh dikatakan murah sebab RM54 boleh pilih antara 3 jenis saiz......

Saiz yang kita boleh pilih :-

Medium Portrait Imagewrap (RM208 value)   
8 " X 11" = 40 pages 

Small Square Imagewrap (RM208 value)
8" x 8"; 40 pages

Small Landscape Imagewrap (RM208 value)

8" x 6"; 40 pages

** Boleh redeem voucher sehingga 1st Aug 2012



Sebelum nie, LLK ada beli promotion kat Groupon.....Promotionnya lebih kurang mcam nie jugak....Tapi, tak buat2x lagi album....Asik berebut pc dengan anis. So, macamaner mama anis nak siapkan photobook (alasan je tu)....Nasib baiklah voucher expired bulan Jun 2012



p/s: Kalau korang nak beli, klik kat ---------> <<<<<< LIVING SOCIAL COUPON>>>>>>

Wednesday, February 15, 2012

Penjelasan Pihak Ramly Berkenaan Khabar Angin Yang Tersebar



Pihak pengurusan Ramly Food sudah pun membuat penafian berkenaan dengan salah satu produk keluarannya yang dikatakan mengandungi DNA babi.......So, bolehlah makan tanpa was-was....

Sebelum nie, LLK sangat terkejut tentang penyebaran kabar angin yang mengatakan produk Ramly ni dikatakan TIDAK HALAL......Macam maner pulak boleh tak halal....Sedangkan, Ramly ni 100% bumiputera and bukan baru dipasaran..Dah lebih 30 tahun tau...Dari zaman LLK kecik lagi dah ada......

Sapelah punya keje buat khabar angin macam nie....Dahlah buat surat palsu menggunakan coverletter dari JAKIM..(ke angkara pesaing yang dengki tengok RAMLY maju and maju)...............


p/s:  Isu halal haram macam mainan je sekarang nie.............Susah betul kalau dalam hati tu ada hasat dengki.........

Tuesday, February 14, 2012

Photobook Anis Dah Sampai.................

Baru sebut-sebut pasal photobook semalam, pagi nie dah dapat dah (^_^).........Hasil tangan mama anis yang tak berapa kreatif, huhuhu.......




Ingatkan masa beli aritu dapat album w/out sleeve box.....Rupanya phototalkz bagi sekali sliding sleeve boxes tu.....yehhhh!!!! I Like






Tq phototalkz.....


p/s: Thumbs up dengan layanan customer support centre diorang nie.....Next time, boleh beli lagi (^_^)

Monday, February 13, 2012

Trend Yang Menjadi Ikutan Sekarang.......Tapi, Tahux Kenapa Ianya Di Letakkan Disitu???

Mengapa Orang Meletakkan Anak Patung Bawah kereta ?



Sudah tentu sahabat-sahabat... pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..



p/s: Dulu saya ingatkan ianya sebagai trend untuk nak kasik cantik kan kete (kononnya)....Bila dah tahu KENAPA..........Hampeh betul

Cameron Highland Memanggil-manggil

Walaupun pergi Cameron pada awal bulan Feb aritu, sampai sekarang masih teringat2x kat cameron highland, huhuhu....Tak puas bercuti kat sana......Jom layan gambar..Ni pun cilok dari fb En. suami..(Asik lupa je nak copy gambar kat pc rumah...Last2x, citer pun basi....heheh)



 Berangan macam dalam citer Ombak Rindu....hahaha


Banyak barang2x zaman budak-budak dulu disimpan dalam muzium nie...Betul2x teringat zaman kecik2x....Sampaikan adik yang ikut sekali tu cakap "Kak...Aku rasakan.owner muzium ni mesti ambik barang2x kita masa kita nak pindah rumah dulu kan...Habis semua barang kita ada kat sini"......Dan saya pun layan " a,ahh lah....Kak pun rasa mcm tu..." hahaha...................Tak rugi masuk dalam muzium nie ;-)






~BYE~

Mari Beli :-)


Teringin lama nak minum air nie tapi .........................Maklumlah, tak pernah beli pun sebelum ni. So, agak2x jakun sikit,hehehe........

Kalau kat RnR pun ada jual jugak air+pearl / Bubble mcm nie....Nama kedainya Cool blog...Sangat famous kat RnR and negeri disebelah selatan. Harganya pun murah sikit compare Come Buy.



So, tadi saya oder Mango Smoothie with Bubble..Tapi, saya minta letak gula 70% je...Rasanya just nice..Taklah manis gilos......


Jom come buy :-)

Saturday, February 4, 2012

Settle sudah satu bala............Lega!!!!!


Settle sudah kerja yang lama diperam2x sampai nak jadi jeruk.....Sampai gaduh2x manja dengan en. suami arini, kuikui...........Gara2x saya tak nak kuar jalan2x sebab nak menyiapkan photobook yang akan expired pada pukul 12.00 tengah malam nie (dasyat...dasyat...)

Nasib baiklah network malam nie tak buat hal.....Kalau tak, burn saje2x je coupun yang saya beli aritu. Dan En. suami semestinya akan bagi tazkirah panjang lebar.........Sila jangan contohi saya yang suka buat kerja last2x minute (^_^)


p/s: Ada masa kang, nak upload pasal percutian bajet kita orang......bye