Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, January 15, 2012

Menu Eksotik Hari Nie ~Siput Sedut Masak Lemak

Google

Inilah 1st time masak makanan eksotik, siput sedut masak lemak sepanjang bergelar isteri........Dah lama tekak ni teringin nak makan...Tapi, takut pulak en. khairi tu tak makan......Dia manalah nak makan makanan eksotik macam ni, hahaha..........Lainlah Cikpuanfinas..Dia memang suka makan siput sedut ni ;-)

So, semalam saya cekal kan hati jugak beli siput sedut nie kat pasar malam....Beli senyap2x masa en.khairi tengah sibuk memilih durian.....Sebungkus yang kecil RM4 jek ....Kalau yang yang besar RM8 tapi dah habisss.....Memandangkan, 1st time nak masak siput sedut ........baik saya beli yang kecil dulu ...bila dah expert, boleh lah beli banyak-banyak ;-)



Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 1 kilo siput sedut ( Saya guna tak sampai 500g)
  • 10 batang cili padi(saya guna 2 biji jek)
  • 2 inci kunyit hidup (saya guna kunyit serbuk)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih(tak letak pun)
  • 1 mangkuk santan pekat(dari 1/2 biji kelapa)
  • garam dan perasa
  • 3 keping asam keping
  • sedikit daun kunyit
Cara-cara
  1. Bersihkan siput dengan hampas kelapa hingga bersih,perahkan air limau kasturi bagi menghilangkan hanyir siput
  2. Blend cili api,bawang merah,bawang putih dan kunyit dengan sedikit santan.
  3. Masukkan kedalam periuk bahan yang telah diblend tadi.
  4. Masakkan bahan ini sebentar dan masukkan sekali asam keping dan siput.
  5. Kacau sebentar dan masukkan santan.kacau lagi.
  6. Perasakan dengan garam dan perasa.pastikan santan tidak pecah dengan mengacau kuah siput ini sentiasa dengan api yg perlahan
  7. Bila telah mendidih ,masukkan daun kunyit tadi.kacau sebentar..siap untuk dihidang
~SUMBER~


Memandangkan masa makan tadi, en suami tak der complaint apa2x and makan pun menambah-nambah....So, saya anggap masakan saya tadi kira LULUS .......(kalau tak, en. khairi mesti makan separuh ataupun asik dok complaint jek...itu tak kena, ini kurang , ini terlebih..... huhuhu)....Siap ada request untuk masak lagi for the next time


p/s: Happy...Happy..Happy (^_^)

p/s/s: Kesian kat Anis..Dia punyalah takut sangat kat siput sedut hidup ni.....menjerit-jerit ketakutan....Katanya benda tu ULAT.....masa kitaorang tengah makan, anis siap cakap 'eeeeee, ulattttt (sambil menunjukan jari kat siput sedut dalam pinggan mama and papa dia)' ....

4 comments :

  1. PM tak reti nak makan sipot sedut ni.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. @Penjejak Mimpi

    lorrr...Sedut jek kuat2x sampai siput tu terkeluar dari cengkerang dia.....sedap..rugi tak try :-)

    ReplyDelete
  3. nak makan siput sedut ini jgn tgk pada isinya..terus sedut saja..kalau tak terus tak selera,

    ReplyDelete
  4. @Mama Ema

    betul tu mamaema....kalau sedut, jangan tengok isi siput tu...sebab takut hilang selera makan kang....

    ReplyDelete