Kamu-kamu Yang Comel

Saturday, January 14, 2012

~ Makan Limau Bagus Untuk Kulit & Awet Muda Katanya ~


Chinese New Year dengan  limau memang tak boleh dipisahkan. setiap kali perayaan CYN, limau wajib ada.....Masa nak raya CYN lah boleh  makan limau mandarin puas2x......Kadang2x, dapat free lagi dari supplier ;-) .......kalau hari2x biasa, susah sikit nak jumpa kat pasar

Sedikit info tentang CYN



"Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei" ~SUMBER~


 Jom makan limau. Bagus untuk kulit dan awet muda katanya ;-)



p/s: Dah lama tak dapat limau dari supplier........Last dapat masa tahun tahun 2006 and 2007.......Berkotak-kotak supplier hantar kat office...Sampaikan tak termakan budak2x kat office tu...Siap diorang nak perah buat juice, hahaha.........

0 comments :

Post a Comment