Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, January 31, 2012

Nak Tujukan Lagu nie Buat En. Suami, Kui...kui..kui....



Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya



p/s: Sejak dua menjak nie, en.suami saya suka sangat nyanyi lagu nie...Apesal tah dia suka sangat layan lagu nie....Nak kena cubit kot laki aku nie. kihkihkih.........

Monday, January 30, 2012

Coupon dah nak expired.....Album tak siap lagi........Bagus2x

Coupon Photobook murah yang beli kat everyday aritu dah nak expired.....Gambor tak siap-siap edit lagi..Bagus betul mama anis ni.....Ciss!!!!!!..Berusahalah wahai mama anis untuk siapkan album gambor tu.....Tak banyak dah pun...Tinggal touch-up sket2x jek, huhuhu




p/s: Pukul 10 pagi kang, nak pergi Port Dickson.........Nak buat 'lawatan sambil belajar'....kuikuikui


Hafiz, Awan Nano Juara AJL ke 26/2012


Sempoi giler pakaian hafiz malam tadi....Hanya T-shirt, track suit and berkaki ayam...Tak payah pening2x nak pakai baju apa............Tahniah buat Hafiz yang berjaya dinobatkan sebagai Juara AJL ke-26/ 2012. Vokal hafiz memang best...Tak semput pun (^_^)


1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano



Thursday, January 26, 2012

Gaya Tidur Ketika Ber-2 and Ber-3


Masa baru-baru kawin tidurnya begini (^_^)........... Bila dah ada anis,,,tidurnya begini pulak



Gaya tido "H is for hell" memang kegemaran anis untuk mengejutkan mama and papa nya untuk  buat susu....huhuhu

CNY~ Tuan Tanah Masih Mood Cuti

Lamanya tak update blog.......Cuti lama, blog pun turut bercuti jugak,kuikui..................Ada masa free2x kang boleh lah nak update blog...Tu pun kalau ada modal nak citer....bye

Monday, January 16, 2012

Hari Gaji Se-Malaysia ~ Masa Untuk Makan Best2x


 Menu b/fast: LLK pilih Bubur ayam KFC....Kawan saya pulak pilih set yang ada omelette, hash brown and Pan cake





Lunch pulak, dianza ajak makan kat Little Penang..........Kali nie saya try makan asam laksa...Aritu member cakap dalam laksa tu diorang bubuh isi ikan seketul-seketul and rasanya sedap..........Bila dah makan, pada saya rasanya so so jek......Masih tak boleh lawan asam laksa yang kababoommm kat jusco tu ;-)




time supper pulak.............


Ada orang letak atas meja LLK......Terima kasih banyak...Semoga Allah murahkan rezeki awak sekeluarga...Amin

Hilangkan Monday Blues Dengan Lagu Rihanna ft. Calvin Harris - We Found Love


Sunday, January 15, 2012

Menu Eksotik Hari Nie ~Siput Sedut Masak Lemak

Google

Inilah 1st time masak makanan eksotik, siput sedut masak lemak sepanjang bergelar isteri........Dah lama tekak ni teringin nak makan...Tapi, takut pulak en. khairi tu tak makan......Dia manalah nak makan makanan eksotik macam ni, hahaha..........Lainlah Cikpuanfinas..Dia memang suka makan siput sedut ni ;-)

So, semalam saya cekal kan hati jugak beli siput sedut nie kat pasar malam....Beli senyap2x masa en.khairi tengah sibuk memilih durian.....Sebungkus yang kecil RM4 jek ....Kalau yang yang besar RM8 tapi dah habisss.....Memandangkan, 1st time nak masak siput sedut ........baik saya beli yang kecil dulu ...bila dah expert, boleh lah beli banyak-banyak ;-)



Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 1 kilo siput sedut ( Saya guna tak sampai 500g)
  • 10 batang cili padi(saya guna 2 biji jek)
  • 2 inci kunyit hidup (saya guna kunyit serbuk)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih(tak letak pun)
  • 1 mangkuk santan pekat(dari 1/2 biji kelapa)
  • garam dan perasa
  • 3 keping asam keping
  • sedikit daun kunyit
Cara-cara
  1. Bersihkan siput dengan hampas kelapa hingga bersih,perahkan air limau kasturi bagi menghilangkan hanyir siput
  2. Blend cili api,bawang merah,bawang putih dan kunyit dengan sedikit santan.
  3. Masukkan kedalam periuk bahan yang telah diblend tadi.
  4. Masakkan bahan ini sebentar dan masukkan sekali asam keping dan siput.
  5. Kacau sebentar dan masukkan santan.kacau lagi.
  6. Perasakan dengan garam dan perasa.pastikan santan tidak pecah dengan mengacau kuah siput ini sentiasa dengan api yg perlahan
  7. Bila telah mendidih ,masukkan daun kunyit tadi.kacau sebentar..siap untuk dihidang
~SUMBER~


Memandangkan masa makan tadi, en suami tak der complaint apa2x and makan pun menambah-nambah....So, saya anggap masakan saya tadi kira LULUS .......(kalau tak, en. khairi mesti makan separuh ataupun asik dok complaint jek...itu tak kena, ini kurang , ini terlebih..... huhuhu)....Siap ada request untuk masak lagi for the next time


p/s: Happy...Happy..Happy (^_^)

p/s/s: Kesian kat Anis..Dia punyalah takut sangat kat siput sedut hidup ni.....menjerit-jerit ketakutan....Katanya benda tu ULAT.....masa kitaorang tengah makan, anis siap cakap 'eeeeee, ulattttt (sambil menunjukan jari kat siput sedut dalam pinggan mama and papa dia)' ....

Urusan Rumah Tangga Adalah Tanggungjawab Suami, Bukan Isteri

Dah lama LLK mencari artikel pasal benda nie...baru sekarang jumpa..........Meh, nak tepek sikit kat blog nie...Bagi kesedaran sikit kat en. khari saya tu and also suami-suami kat luar sana.....

sekadar hiasan

Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tuntutan kerja di pejabat. Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.

Hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’

Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.

Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.

Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala. Bukan selalu pun kan (^_^)



~SUMBER~

14.01.2012 ~ Happy Birthday to .............







~ to ~






Alhamdulillah......Dengan izin Allah swt, saya masih disini lagi.......Secara official nya hari ini bertambah lagi satu angka, kuikui.....


p/s: En. suami ku...........Apa hadiah best nak bagi kat mama???mama tunggu nie, hikhik

Saturday, January 14, 2012

SAYA PUNYA BLOG DAH LA , BEN ASHAARI !



Syarat untuk join segmen ni adalah:-
  1. Buat satu entri khas ..
  2. Tajuk , SAYA PUNYA BLOG DAH LA , BEN ASHAARI ! dan linkkan ke entri ini ..
  3. Letak header benashaaari.com
  4. Tuliskan punca utama kenapa anda buat blog ..
  5. Berikan 5 buah blog baru yang korang kenal .

 note: Segmen tamat pada 12 malam pada 14/1/2012 ..



Jawapan:
4. Tuliskan punca utama kenapa anda buat blog:-

a.Nak abadikan moment2x indah bersama family....Bila anis dah besar nanti, boleh lah dia baca....Opps, En. suami ku pun boleh baca jugak ;-)

b. Boleh tambah kenalan and berkongsi ilmu ( masakan, tempat bercuti yang best kat dalam Malaysia or luar negara etc)


5.Berikan 5 buah blog baru yang korang kenal .
a- http://cikbetty.blogspot.com/
b-http://alongwaniey.blogspot.com/
c-http://sha-myheart.blogspot.com/
d-http://nasyieen.blogspot.com/
e-http://ezaiza.blogspot.com/

Beyoncé - Best Thing I Never Had (Alternate Live Version).

~ Makan Limau Bagus Untuk Kulit & Awet Muda Katanya ~


Chinese New Year dengan  limau memang tak boleh dipisahkan. setiap kali perayaan CYN, limau wajib ada.....Masa nak raya CYN lah boleh  makan limau mandarin puas2x......Kadang2x, dapat free lagi dari supplier ;-) .......kalau hari2x biasa, susah sikit nak jumpa kat pasar

Sedikit info tentang CYN



"Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei" ~SUMBER~


 Jom makan limau. Bagus untuk kulit dan awet muda katanya ;-)



p/s: Dah lama tak dapat limau dari supplier........Last dapat masa tahun tahun 2006 and 2007.......Berkotak-kotak supplier hantar kat office...Sampaikan tak termakan budak2x kat office tu...Siap diorang nak perah buat juice, hahaha.........

Friday, January 13, 2012

Aktiviti ketika tersangkut dalam Kesesakkan j/raya

 Ni kisah masa balik kerja petang tadi........

Sambil-sambil nak menunggu traffic light tu bertukar ke colour hijau,,,,,,,jom hilangkan stress anda dengan aktiviti senaman mulut..............









Chocolate Pretzel Stix Eclairs ~ 6pcs RM 3.90




penuh dengan coklat......Habis comot tangan

Segmen Mencari Bloglist 2012






Cara nye :
1. Jadi Pengikut/Follower blog ini ~ sudah
2. Buat Entri Dengan Tajuk "Segmen Mencari Bloglist 2012".~sudah
3. Letak Banner didalam entri dan link kan ke entri ini semula.~ sudah
4. Tag kan kepada 2 orang rakan blogger anda.~ saya tag penjejak mimpi & hanie
5. Tinggalkan link entri anda dibahagian komen entri ini.~ sudah


p/s: Segmen ini akan berlangsung selama 5hari iaitu dari 9 January 2012 - 13 January 2012 *Jumaat @ pukul 4 petang 

~Lunch Time @ Sweet Chat ~

 Kali nie oder curry laksa....Boleh tahan jugak sedap & banyak..... Jenuh nak perhabiskan



Saya oder ice lemon tea. Just add-on RM1.99.....Sorry dianza coz jadi model part time ice lemon tea saya :-)

Ini kali ke-2 saya lunch kat Sweet Chat......Entri pasal masa 1st time kat sini, boleh klik kat link nie  
~ 1st TIME @SWEET CHAT CAFE~





p/s: Esok nak jalan-jalan pergi mana ek????

Manjakan Kaki Dengan Foot Bath


Semalam saya dah cuba sendiri herba rendaman kaki nie.......Actually, produk ni saya beli di Watson dan ianya masih baru dipasaran. Selain digunakan untuk mengurangkan bengkak pada kaki, herba ini juga boleh digunakan semasa mandi.........

Walaupun namaya herba...Tapi, takderlah bau rempah or akar kayu yang baunya menyengat ke hidung..Pada saya, baunya masih boleh diterima oleh hidung saya, hahaha.....


p/s: Jom rendam kaki ala-ala foot spa (^_^)

Thursday, January 12, 2012

Penantian Satu Penyeksaan :-(

12 Januari 2012


KABINET ARAH TANGGUH SKIM SBPA SEKTOR AWAM

Sinar Harian
G MANIMARAN
January 12, 2012



SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam. SUMBER



 p/s: berapa kali mau tangguh dahhhhhh.......... Penantian itu satu penyeksaan, huhuhu

Jom Breakfast

Rendang daging + nasik lemak telur mata

Jom breakfast................Pagi nie makan nasik lemak pakcik Zin...Mak oiiiii!!!!Bukan main banyak apak saya nie bubuh nasik dengan lauk.....Nie memang nak kasik anak dia kenyang sampai tertido kat meja nie



p/s: Ayah saya meniaga kat depan Maybank Bangsar Park......Sape yang kerja or tinggal kat sana, sudi2xlah beli....muahahaha....bye

Wednesday, January 11, 2012

Perlu ke pandang2x, bisik2x & gelak2x???

Pernah tak korang alami situasi mcm aku nie....Tengah-tengah makan, tetiba budak-budak kat meja sebelah or belakang pandang ko........And then, masing-masing saling berbisik sambil gelak macam SETAN....


Serius giler, tak selesa langsung tadi...Rasa macam nak tanya jer kat mamat 2 ekor tu apesal pandang2x....Nak kata aku telanjang....Aku berbaju jek tadi.......Bengong punya orang...

Nak je aku pandang balik mamat 2 ekor tu sambil buat muka gini....Biar diorang tersedak, tercekik...kuikui

Tuesday, January 10, 2012

Egg Sandwich Untuk Orang Diet

Bahan2x
1 biji telur (direbus)
1/2 sudu teh lada sulah (Saya guna jenama ajishio)
Serbuk lada hitam (secukup rasa)
2 sudu besar mayonis
Tomato (dipotong nipis)
Timun (dipotong nipis)
**Note: hidangan untuk 2 set sandwich


Cara-Cara
Telur rebus dilecek hancur. campurkan bersama lada sulah, serbuk lada hitam, mayonis & dikacau sehingga sebati. Hiaskan sandwich bersama sayur-sayuran sekiranya anda suka.



p/s: Dah seminggu makan malam asik roti! roti! roti! huhuhu

Sunday, January 8, 2012

Ezani Juara Masterchef Malaysia Pertama ~ Tahniah




Inilah dia Juara Masterchef Malaysia Pertama, Ezani Farhana.......Resepi salad nusantara, kek ubi bit dan lamb (masak apa tah...lupa lak namanya, huhuhu) berjaya mencuri hati juri-juri professional.....Tahniah...

Suka tengok ezani nie sebab dia nie cool memanjang walaupun masa tinggal beberapa minit je lagi....... Lagi satu yang saya suka tengok gigi dia....cantik (apa yang aku melalut nie, kuikui).......Nak suruh Dr. Ezani nie repair gigi sayalah...Aci tak, hihihi ;-)

Zoo Mini Kemaman

Zoo Mini Kemaman dibuka pada setiap hari pada pukul 9.00 pagi ~ 5.00 Petang. Tiket bagi dewasa : RM10, Kanak2x: RM7.00..Manakala, Pelajar: RM5.00



Bergambar di Akuarium Ikan......Besar betul ikan arapaima tu..


Kucing hutan, singa,musang & gajah
skodeng burung bangau & siamang



Taman Burung.....En. Suami kata, sejarah bukit kuang diambil sempena nama burung kuang ni...Entah betul entah tidak fakta laki aku tu, hahaha



Playground dalam zoo..........Berhadapan Playground, ada air terjun. Kalau nak mandi, bayaran tambahan dikenakan ;-)



~BYE~

Saturday, January 7, 2012

Misi Mencari Kepok Lekor & Satar @Kuala Kemaman







abg hansem tengah beli satar ;-)




Banyak sungguh kedai yang jual kepok lekor kat area kuala nie.....Pilih je yang mana berkenan.




Disebabkan kedai pak Aziz Satar tak buka lagi masa kami datang ke kuala nie.....Kitaorang beli je satar & kepok lekor kat kedai lain..... Sedap jugak ;-)

Satar


kepok lekor









~BYE ~

Thursday, January 5, 2012

Pantai Mak Nik a.k.a Monica Bay

Sepanjang duduk kat rumah MIL, hujan tak henti3x turun dari pagi sampai ke malam..Negeri pantai timur sekarang nie musim tengkujuh.....Aktiviti agak terbatas sepanjang berada kat kampung MIL...Tapi, ada jugak sehari tu cerah molek.....So, masa ni lah en. suami ajak jalan2x kat sekitar Pantai Mak Nik................


Ini Pantai Mak Nik.......Juga dikenali sebagai Monica Bay (Name orang putihhh....Glamour gitu)....Terletak didalam daerah Kemaman dan berhampiran dengan Pusat Latihan Timur INTAN........






Ingat masa tu nak bawak anis mandi manda kat pantai nie.....Tapi, ombak kuat sangat...Laut pun tengah bergelora giler2x babas.........Tak mau ambik risiko. So, tunggu next time lah bawak family MIL & SIL berpicnic kat sini ;-)