Kamu-kamu Yang Comel

Monday, December 5, 2011

Sinopsis Ombak Rindu

Sorry...Ini Entri Basi



Jumaat lepas, saya & kawan2 tengok movie OMBAK RINDU.....Tiket saya pada pukul 11.30am..Disebabkan ada kerja2 disaat akhir yang terpaksa saya settlekan, saya terlepas 30minit babak pertama....Kesian kat dianza wirdani kerana terpaksa tunggu saya kat luar pintu masuk GSC hampir 30minit.....Sorry dianza.. Saya dah lari selaju kungfu hustle..........

Filem ini diadaptasi dari novel terkenal masa zaman saya muda-muda dulu bertajuk ' OMBAK RINDU' karya Fauziah Ashari.



Sinopsis:
Lakonan : Aaron Aziz, Maya Karin,Lisa Surihani, Bront Palarae , Azizah Mahzan, Zaidi Omar,Normah Damanhuri & Julia Zieger....

Izzah menjadi yatim piatu setelah kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan. Izzah kemudiannya dijaga oleh bapa saudaranya, pakcik Taha. Walaubagaimanapun, bapa saudaranya itu telah menjual Izzah pada taukeh kelab malam yang juga bapa ayam kat situ........Kat kelab malam tulah Izzah dinoda oleh Hariz (lakonan Aaron Aziz). Kemudian, Izzah dibeli oleh Hariz & tak lama selepas tu....Atas permintaan Izzah, Hariz & Izzah berkahwin dengan syarat perkahwinan tersebut perlu dirahsiakan....

Kehadiran artis terkenal, Mila menggugat kebahagiaan yang dikecapi oleh Izzah & Hariz..........Hariz terpaksa kawin dengan Mila sebab tak tahan asik kena push je dengan mak dia & Mila yang garang macam singa betina, hehehe.....


Last sekali................................................................................SILA TENGOK SENDIRI KAT CINEMA..kang kalu semua benda saya citer tak best nanti....


Komen saya Tentang Filem OMBAK RINDU ini.


1. Babak 45min pertama tayangan macam tak sesuai ditayangkan sebab banyak adegan romen2x......Tak sesuai langsung... Masa dalam cinema aritu, ramai jugak parent yang bawak anak2x diorang tgk filem nie.......So, korang rasa sesuai ke budak2x kecik tu tengok adegan ITU....Saya yang dah kawin ni pun malu-malu kucing kat kawan sebelah yang masih bujang tran tang-tang.......aduiiiii.........

2. Maya Karin tu chantek....TAPI nape dia pakai tudung tak semenggah langsung.......Maksud saya, tak kemas.....Dah rupa macam mualaf aku tgk ;-)...Lain kali, diorang kena sediakan tudung ala-ala Ariani....Baru kemas, hehehe

3.Masa Izzah baca Yassin.......Lain macam jek bunyik nya......

4.Azizah Mahzan (Sebagai mak Hariz) pakaiannya sangat seksi.....Adegan kat tepi pool kot...Atas bertutup, kat dada tu terdedah sampai nampak buah-buahan yang masak ranum.....Tolonglah si mak Hariz nie..Tampar laju-laju kang baru tahu....

5. Adalah beberapa babak yang saya & kawan2 pun macam kompius sama ada member Izzah tu dah ada anak ke belum & Izzah masa tu dah bersalin ke belum.......... ;-)

6. Overall, citer nie best.......Jangan lupa bawak tisu or sapu tangan masa tgk citer nie nanti ye ;-)

0 comments :

Post a Comment