Kamu-kamu Yang Comel

Monday, December 26, 2011

Makan Seafood @ Bagan Lalang

Semalam, adik LLK belanja kami sekeluarga makan seafood kat bagan lalang.......Asalnya, janji nak bertolak dari rumah mak pada pukul 4.30 petang.......TAPI, disebabkan ada seorang budak tu belum balik dari kursus memandu.....Maka, terpaksalah tunggu budak tu balik...Last2x, kitaorang gerak dari rumah mak pukul 6.10 petang and sampai kat sana pukul 7.45 malam (tak dapat nak jalan2x kat pantai, huhuhu)......Grrrrr..Nasib baiklah LLK dah call kedai makan tu siap2x for booking tempat.....Kalau tak, kompom kena tunggu lama... huhuhu



RESTORAN BAGAN LALANG SEAVIEW
Lot 1071 Jalan Pantai
Kg Bagan Lalang
43950 Sg Pelek Sepang,Selangor.
tel: 012 6321722-Ein



Kat area bagan lalang nie banyak restoren seafood.... Antara kedai makan seafood yang sedap dan murah adalah Senandung malam, Seaview & restoran Bayu Malam (atau dikenali sebagai kedai Wak Lan)......So, malam semalam kami makan kat Restoren Seaview.......

Harga seafood untuk ditimbang......


Seafood fresh2x


Kita kena pilih dulu seafood yang kita nak makan...Mana yang kita nak tu letak je kat dalam bakul & timbang.......Walaupun semalam ramai customer, tapi Q tak panjang sangat sebab kat kaunter ramai staff.....So, tak lama sangat kitaorang Q semalam





Sambil2x tunggu makanan sampai, kitaorang makan kepok palembang dulu.....Kat mana2x restoren kat bagan lalang nie, setakat 1-1 jam 30 minit untuk hidangan tu siap adalah NORMAL....So, kalau tak nak tunggu lama sila booking tempat and oder makanan siap2x sebelum sampai kat restoren tu. Tapi, jangan tak jadi datang pulak...Kesian kat tokey kedai  ;-)



Pepahat goreng cili

Kembung bakar

Jenahak bakar

Siakap masak stim

Sotong celup tepung

Mix Vegi

Kerapu 3 rasa

Sky juice and Sirap


Makanan yang kitaorang oder:-
  • 1 ekor Jenahak (saiz besar)
  • 1 ekor Kerapu (saiz besar)
  • 1 ekor Siakap (saiz sederhana)
  • 5 ekor sotong bersaiz besar
  • 1/2 kg Pepahat
  • 2 ekor kembung
  • Nasi putih 7 pinggan + 2 pinggan nasi tambah
  • Mix vegi (untuk 2 orang makan)
  • 1 jug sirap and 1 jug air kosong
Total makanan yang kitaorang makan berharga RM 161.00. Pada LLK, harga makanan ni sangat
reasonable. Mana nak dapat harga macam nie kalau makan kat area KL nie...........Masa celebrate birthday mak LLK kat Restoren ***** (kat area KL), menu yang kitaorang oder, siakap (saiz besar), sotong celup tepung, mix vegi, air buah-buahan & aiskrim pun dah nak RM 300......



Tips untuk datang ke Bagan Lalang.
1. Sekiranya korang nak datang makan pada hujung minggu.Sila booking tempat dulu.....Sebab pada hujung minggu customer sangat ramai.

2. Sila survey2x jalan terdekat ke bagan lalang kat google map or GPS. (Kalau korang terikut jalan jauh, mau 2 jam lebih baru sampai kat sana)
3. Rajin-rajinkan diri anda untuk baca blog  blogger OR tanya kawan yang dah pernah makan kat area bagan lalang nie...Dari sini, kita boleh dapat info kedai mana yang murah or mahal and yang paling penting SEDAP



p/s: Kalau lah bagan lalang nie kat dalam2x KL je.........Mau tiap2x hujung minggu aku ajak laki aku mai sini, hikhik............

3 comments :