Kamu-kamu Yang Comel

Monday, December 26, 2011

Makan Seafood @ Bagan Lalang

Semalam, adik LLK belanja kami sekeluarga makan seafood kat bagan lalang.......Asalnya, janji nak bertolak dari rumah mak pada pukul 4.30 petang.......TAPI, disebabkan ada seorang budak tu belum balik dari kursus memandu.....Maka, terpaksalah tunggu budak tu balik...Last2x, kitaorang gerak dari rumah mak pukul 6.10 petang and sampai kat sana pukul 7.45 malam (tak dapat nak jalan2x kat pantai, huhuhu)......Grrrrr..Nasib baiklah LLK dah call kedai makan tu siap2x for booking tempat.....Kalau tak, kompom kena tunggu lama... huhuhu



RESTORAN BAGAN LALANG SEAVIEW
Lot 1071 Jalan Pantai
Kg Bagan Lalang
43950 Sg Pelek Sepang,Selangor.
tel: 012 6321722-Ein



Kat area bagan lalang nie banyak restoren seafood.... Antara kedai makan seafood yang sedap dan murah adalah Senandung malam, Seaview & restoran Bayu Malam (atau dikenali sebagai kedai Wak Lan)......So, malam semalam kami makan kat Restoren Seaview.......

Harga seafood untuk ditimbang......


Seafood fresh2x


Kita kena pilih dulu seafood yang kita nak makan...Mana yang kita nak tu letak je kat dalam bakul & timbang.......Walaupun semalam ramai customer, tapi Q tak panjang sangat sebab kat kaunter ramai staff.....So, tak lama sangat kitaorang Q semalam





Sambil2x tunggu makanan sampai, kitaorang makan kepok palembang dulu.....Kat mana2x restoren kat bagan lalang nie, setakat 1-1 jam 30 minit untuk hidangan tu siap adalah NORMAL....So, kalau tak nak tunggu lama sila booking tempat and oder makanan siap2x sebelum sampai kat restoren tu. Tapi, jangan tak jadi datang pulak...Kesian kat tokey kedai  ;-)



Pepahat goreng cili

Kembung bakar

Jenahak bakar

Siakap masak stim

Sotong celup tepung

Mix Vegi

Kerapu 3 rasa

Sky juice and Sirap


Makanan yang kitaorang oder:-
  • 1 ekor Jenahak (saiz besar)
  • 1 ekor Kerapu (saiz besar)
  • 1 ekor Siakap (saiz sederhana)
  • 5 ekor sotong bersaiz besar
  • 1/2 kg Pepahat
  • 2 ekor kembung
  • Nasi putih 7 pinggan + 2 pinggan nasi tambah
  • Mix vegi (untuk 2 orang makan)
  • 1 jug sirap and 1 jug air kosong
Total makanan yang kitaorang makan berharga RM 161.00. Pada LLK, harga makanan ni sangat
reasonable. Mana nak dapat harga macam nie kalau makan kat area KL nie...........Masa celebrate birthday mak LLK kat Restoren ***** (kat area KL), menu yang kitaorang oder, siakap (saiz besar), sotong celup tepung, mix vegi, air buah-buahan & aiskrim pun dah nak RM 300......



Tips untuk datang ke Bagan Lalang.
1. Sekiranya korang nak datang makan pada hujung minggu.Sila booking tempat dulu.....Sebab pada hujung minggu customer sangat ramai.

2. Sila survey2x jalan terdekat ke bagan lalang kat google map or GPS. (Kalau korang terikut jalan jauh, mau 2 jam lebih baru sampai kat sana)
3. Rajin-rajinkan diri anda untuk baca blog  blogger OR tanya kawan yang dah pernah makan kat area bagan lalang nie...Dari sini, kita boleh dapat info kedai mana yang murah or mahal and yang paling penting SEDAP



p/s: Kalau lah bagan lalang nie kat dalam2x KL je.........Mau tiap2x hujung minggu aku ajak laki aku mai sini, hikhik............

Friday, December 23, 2011

Shopping Coklat Murah Sempena Christmas Day

RM17.88
Setiap pembelian RM30 keatas, layak join Spin & Win.........Di sebabkan tangan LLK tak berapa ong sangat tadi, LLK hanya berjaya dapat :-



vv

vv

vv


vv


vv



DAN


Oppps, yang ni kelentong je....Dianza Wirdani yang belanja ;-)


p/s: LLK lupa hari nie birthday Dianza Wirdani.....Happy birthday dianza.....Nanti saya belanja makan kek ek...tapi CUPCAKE jelah, hehehe

Minggu terakhir bekerja

Kerja tak siap lagi TAPI........................................Mood dah ke laut dalam, huhuhu.........Minggu depan LLK dah start bercuti selama seminggu. Awal tahun depan baru jumpa officemate balik ;-)

p/s: Siapkan kerja.......Chayok3x (^_^)

Thursday, December 22, 2011

Duit Kertas Malaysia Yang Baru

Cantik pulak duit kertas baru nie. Tapi duit nie akan digunakan secara rasmi pada pertengahan tahun 2012


 




Duit kertas RM20 muncul kembali......Mesti orang ganu bangga sebab gambar penyu ada kat duit kertas tu,hikhik


















Inilah duit kertas RM20 yang lama. Nenek anis ada simpan sekeping kat rumah..Maklumat tentang duit kertas baru nie juga boleh cari kat SINI dan SINI



p/s: Pagi nie, pegawai dari sumber manusia akan bagi taklimat berkenaan SPBA.......Harap2x, apa yang akan diterangkan nanti JELAS. Coz sekarang nie saya masih KABUR dengan SBPA......

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday ~Edisi berangan

Tak pernah lagi sampai kat Fraser Hill nie.....Tak tahulah best ke tidak :-)














Even though dah pergi awal tahun nie....Tapi macam tak puas pulak sebab cuaca yang tak mengizinkan masa tu :-(















Teringat citer Ombak Rindu...Maya Karin and Aaron kan berlakon kat area nie ;-)

p/s: Tak salah berangan2x...........Sebab berangan tak payah pakai duit pun ~ lalala

Wordless Wednesday ~Handphone Idaman (^_^)

















kalau tak, paling cikai yang nie pun ok kan.....................























p/s: Berangan nak beli handphone.........Kalau bonus dapat sebulan gaji takpe jugak, huhuhu...........................Tak salah berangan kan :-)

Tuesday, December 20, 2011

Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.

Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

“Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.

Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.

Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.

Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.

Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.

“Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini,” katanya. -SUMBER-

p/s: Syukur alhamdulillah.......Berasap lagi dapur saya, hehehe.....

Monday, December 19, 2011

Bestnya Main Bowling Dengan Harga Murah





Dapat juga main bowling menggunakan voucher murah yang saya beli dari MYDEAL aritu..........Sebelum nie, pernah datang nak main gunakan voucher murah tu......Tapi, disebabkan kesalahan diri sendiri......Tak dapatlah nak gunakan voucher tu ;-(

Disebabkan voucher murah nie akan expired pada hujung bulan nie......En. suami ajak main bowling selepas balik dari kerja.......Ingatkan main bowling waktu malam tak ramai orang............Rupa2xnya, ramai pulak yang datang main menggunakan voucher MYDEAL nie, hehehe........So, kami berdua pun enjoy baling bowling sampai 9 games...

Selepas penat baling bowling......En. suami belanja makan KENNY ROGERS..Kalau tak disebabkan Jusco bagi Birthday Voucher pada En. suami, kompom tak merasa makan kat Kenny Rogers, huhuhu........Actually, voucher nie murah lah sikit.....BUY 2 set Quarter meal (B/pepper/Original/BBQ), get 1 FREE Quarter meal....


Kenyang sampai esok pagi, hihii....Tapi, muffin (termasuk dalam set hidangan nie) kitaorang tak dapat sebab dah habis...So, diorang gantikan dengan aiskrim....Aiskrim pun aiskrimlah.....Janji dapat ;-)



p/s: Pelik betul....sepatutnya tangan yang sakit sebab baling bola bowling tu guna tangan...ni tak der, Esok pagi kaki sakit, muntot sakit, pinggang sakit...............grrrrr...

Makan besar sempena dapat gaji (^_^)

Mentang-mentanglah hari nie gaji dah masuk, tengahari terus makan besar kat SECRET RECEPI............Bab makan laju je si mama Anis nie.....Macamner lah tak tembun, huhuhu.......................




Jom layan gambar :-)

Mee Kari, Black pepper grill chicken, mee tomyam & oren juice


chocolate ice blended with whipped cream & cappucino ice blended....slurrrpppp!!! ;-)

Thursday, December 15, 2011

Promo Double Zinger Burger Dihentikan~ Bior Benar Nie??

Semalam baru jek buat entri pasal ~KFC Double Zinger Burger Combo. Tup2x, arini terbaca kat blog SYANA. Pihak KFC dah menghentikan promo KFC Double Zinger Burger Combo. Ramai giler meroyan kat FB KFC.....Mana taknya, kat voucher kata until 15 Januari 2012....Hari nie baru 15 Dis 2011...Alih2x dah distopkan...Katanya stok habis......




Untuk pastikan kesahihan pasal benda nie.....Lunch kang, saya nak try guna voucher tu......Kalau 2 beradik kat rumah tu ada rezeki, dapatlah makan zinger burger nie. Sebab, hari nie berniat nak belikan burger ni untuk adik2 kat rumah mak tu.


p/s: Nasib baik semalam dah merasa burger free tu...Kalau tak, kempunan...huhuhu...

Wednesday, December 14, 2011

Jom redeem Burger FREE ~KFC Double Zinger Burger Combo

Jeles tengok amoi2x guna voucher nie masa lunch tadi......Saya & kawan, hanya mampu tengok jek, huhuhu.......Jom, kawan2x...kita pergi redeem burger free nie...Senang je..Print voucher ni & tunjuk pada budak KFC....


p/s:Bukan main ramai orang guna voucher ni tadi...........


14.12.2011 ~ Happy Birthday En. Suami




14.12.2011 ~ Hari nie Birthday En. Suami.....Happy birthday ya En. suami....Bertambah lagi 1 angka,hikhik......Semoga dikurniakan kesihatan yang baik & dimurahkan rezeki..

Selalunya lagi 2 minggu sebelum tarikh birthday, pihak JUSCO akan hantar voucher birthday bagi pemegang member card jusco...........Semalam, en. suami dapat sms dari pihak JUSCO untuk ambil voucher tu.......Alhamdulillah, dapat jugak voucher tu ;-)

Tuesday, December 13, 2011

Sweet Chat Cafe

1st time lunch kat Sweet Chat  tengahari tadi......Apesal selama nie tak pernah jumpa pun kedai nie....?Padahal hari2x lalu kat area nie ;-)

Sekali sekala ubah selera makan kat tempat-tempat macam nie pun best jugak...........TAPI..Kalau hari-hari makan kat tempat-tempat macam nie, boleh botak poket gabenor....hehehe....Jom, layan gambar

Ice Lemon Tea & Penut Sup... Sedap jugak penut sup ni.....Rasa macam kuah kacang tapi version manis2 buah





Pulut Kuning dengan rendang ayam & Spagetti Spicy Smoked Beef Pasta..Atau dikenali juga sebagai Spagetti masak lemak cili padi......


Makanan yang saya & kawan2x makan tengahari tadi semua sedap2x.....TAK PERCAYA!!!!...Tengoklah bukti kesedapan makan kat sini



Cafe nie terletak di tingkat 2, Midvalley Megamall.........Kalau nak maklumat lanjut tentang sweet chat nie, boleh klik SINI

Anis & Rabbit


Anis memang suka dengan binatang......Kat rumah nenek anis nie, dah macam mini zoo.......Ada ikan, kura-kura, burung, kucing, hamster (tapi mak saya dah bagi kat orang......Mak saya takut sejak kes kencing tikus mengganas) & rabbit.......

Actually, yang rajin membela binatang peliharaan ni  pak ucu anis A.K.A adik bongsu saya bernama Rezal...Adik saya ni memang dari kecik suka dengan binatang.Perangai saling tak tumpah macam arwah datuk belah abah......Kalau kat rumah tu, dialah yang rajin bagi makan + minum, tukar air ikan kat akuarium & bersihkan taik burung....uwekkkkkkk......

Satu kelebihan budak nie, kalau dia tukar/ gantikan air ikan kat akuarium...Ikan peliharaan dia jarang mati....Kalau abah or mak saya yang take over kerja dia, kompom ikan tu MATI.........Lepas tu, kompom adik saya tu naik angin.Terpaksalah orang tua tu gantikan ikan baru........hahaha

So, sekarang ni anis pulak ikut jejak pak ucu dia yang sukakan binatang.........Cuba tengok gambar kat atas tu....Langsung tak takut kat rabbit....



p/s: mama anis suka kucing...Tapi tang nak mandikan & nak bagi makan memang malas :-)

Monday, December 12, 2011

Hari nie public holiday bagi orang Selangor ~ Macamner boleh tak tahu nie

Hari nie parking kat area rumah saya sangat sesak....selalunya, kalau pagi2x nak pergi kerja tu kereta dah kurang dah kat parking bawah tu....Pagi ni macam pelik pulak sebab kereta tak kurang2x....Nak keluarkan kereta pun bukan main susah :-(..........

Atas highway pulak sangat lengang......Laju jek En. suami saya tekan padle minyak, hihihi.....kalu tak...highway pun boleh jem w/pun dah bayar tol RM1.60 :-(

Kat dalam shopping kompleks sangatlah sesak dengan manusia.......Lagi stress time lunch hour, semua kedai makan pun penuh dengan umat manusia.................... Jangan kata kat tempat makan, kat toilet pun berebut :-(


Rupa-rupanya...........................

 v

  v



 v
 v


 v
Google
Hari ini merupakan hari cuti am bagi rakyat Selangor sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor........Mamner boleh tak perasan.........Asal Selangor cuti, KL mesti sesak.........grrrrr...





p/s: bestnya orang Selangor....Selalu dapat public holiday.......

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)




Minggu lepas, kerajaan telah pun mengedarkan borang bantuan rakyat 1 Malaysia secara percuma.....Harap2x, bantuan tersebut sampai pada orang yang benar2x layak menerimanya.................Orang yang gaji memang dah byk tapi, tak declare dengan LHDN tu tak perlulah sibuk2x nak ambil juga duit bantuan tu.......Dulu2xkanlah pada orang yang lebih susah dari kita yang berduit nie,huhuhu...........




p/s: Kakitangan awam dapat bonus 1/2 bulan gaji......Lagi 1/2 bulan gaji tu pergi mana????renung2x kan....

Sunday, December 11, 2011

Hasil Rembatan Di Karnival MPH


v
v
v
v
v



Rembat 3 buah buku untuk anis dengan harga 70% discount........ Total semua sekali RM10.70....





Anis lepas dapat buku tu, terus baca.............Budak2 memang suka kalau buku tu colourfull........Ohh ya..sape2x yang belum lagi pergi ke karnival ni baiklah pergi ....12.12.2011 last day karnival tu diadakan di Midvalley.......bye

Friday, December 9, 2011

Prosperity Burger datang Lagi


Masa 1st burger ni dijual, sos black peppernya sangat pedas...Nak terkoyak mulut saya nie makan...Tapi sekarang ni, sos dia dah kurang pedas berbanding dulu..........Maybe customer complain pedas sangat kot.......OR ....nak jimat sos punya pasal. Dan saya tak jemu2x makan Curly fries Mcd nie......sedap....


Korang dah try ke belum burger nie???

Rahsia Ciuman


Suka cium dahi isteri...... ..suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri...... ..suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri...... .suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri...... ..suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri...... ...suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri...... ...suami yang penyabar.
Suka cium payudara isteri...... ..suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri...... .suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri...... .suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium punggung isteri...... .suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri...... .suami yang terlalu menghormat isteri.
Suka cium orang lain punya isteri...... .suami mata keranjang


p/s: Sekadar suka-suka jek.....Entah betul, entah tidak ;-)