Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, November 15, 2011

Kadar obesiti di Malaysia tertinggi di kalangan negara ASEAN

Topik hangat disurat kabar & radio pada pagi nie



Kadar obesiti di Malaysia tertinggi di kalangan negara ASEAN
KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.


"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).


Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan.


Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.


"Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.


Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.


"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. - SUMBER

Seronok pula saya dengar komen dari pemanggil Hot FM pagi tadi yang berjaya menurunkan berat badan diorang dengan mengamalkan diet seimbang. Kebanyakan mereka yang berjaya turunkan berat badan sampai 1/2 dari berat asal........Saya pulak, nak kurangkan 1kg lemak kat badan nie bukan main liat.....aduhaiii :-(

Walaupun berat badan saya tergolong dalam kategori IDEAL tapi,  pengiraan BMI saya hampir-hampir nak mencecah ke kategori obesiti.....Mana taknya sejak berkahwin, saya & en. suami jarang bersenam. Tambah lagi sejak ada anak sorang nie, lagilah susah. Nak keluar jogging waktu pagi, anis masih tido. Nak keluar jogging masa petang, budak nie masih tido lagi (gara2x malam tak tido.So, siang dia bantai tido cukup2x)...So, bila masanya saya nak pergi jogging???? huhuhu

Ok, demi menyahut cabaran orang disekeliling & demi nak mengurangkan ranking negara dalam kadar obesiti tu....Selepas nie, harus kurangkan makanan goreng-gorengan.........No more pizza, KFC, ect......

En. Suami ku sayang...............Bersiap sedialah merasa makanan sayur secara rebus (menu paling awak tak suka tu), ikan kukus/ bakar, fruits.......I like masak lauk2x macam nie. Sonang kerja mama. Tak payah duduk kat dapur berjam-jam & jimat duit beli minyak masak, hehehe.....


p/s: Memang perasan muka ku semakin bulat..Pipi semakin tembam & menenggelamkan lesung pipit ku....Yang paling ketara, Seluar jeans semakin bertambah saiz nya.....Saya yang semakin membesar ATAU baju/seluar yang semakin mengecil............Scary movie betul, huhu

2 comments :

  1. kadar obesiti paling tinggi tu rasanya lebih tertumpu kepada kanak-kanak
    mana taknya, kanak-kanak skang makan fast food, mcd, kfc, pizza, dll
    tp kurang aktiviti outdoor macam kita dulu, lari keliling kampung, main itu main ini
    kanak2 skang, makan mewah tapi duk depan laptop, hadap ipad, dan ps3

    apapun, makan kena jaga

    ReplyDelete
  2. Penaberkala: Ya, betul tu....kalau zaman dulu2x, makanan fast food ni dikatakan makanan mewah. Jarang2x boleh dapat makan.

    Sekarang nie, boleh dikatakan sebulan paling minimum sekali dpt makan.....Dan tak dikatakan makanan mewah dah sekarang nie.

    Dan sekarang ni, saya perhatikan memang budak2x zaman sekarang byk bermain game kat PC, PS2, IPAD etc.....diorang kurang aktiviti outdoor. SAma kes macam adik saya ;-)

    ReplyDelete