Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, November 9, 2011

20 Petua Murah Rezeki

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasamenunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllahpasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihanpada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman.

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, jugaisteri dan anak-anak yang masih kecil. 

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezekidalam bentuk tertunainya hajat sendiri,

8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnyamaka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk

13.Selalu Bersedekah

14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperolehrezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dandoanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk denganurusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah

 p/s: Sharing is Caring

0 comments :

Post a Comment