Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday



p/s: Kalau mimi & aby datang MV, hilang sikit boring....kuikui

Tuesday, November 29, 2011

Hati berbunga-bunga bila Puding Caramel-ku Menjadi (^_^)

Ini merupakan kali ke-2 cubaan untuk membuat home made puding caramel.........Actually, percubaan pertama saya rujuk resepi tu dari blog someone.........Tapi, texture puding tu keras...Tak macam yang selalu saya beli kat bazaar ramadhan tu, huhuhu.........

Kali nie, saya rujuk resepi Puding caramel dari entri yang pernah dibuat sebelum ini......Terlupa pulak pernah buat entri pasal resepi ni, kuikui......Tapi, saya ada derhaka sikit kat resepi Puding caramel...Macam biasa, ada bahan saya kurangkan/ lebihkan...Ikut selera tekak masing-masing ;-)....So, inilah Puding Caramel tu:-




p/s: Kat bazaar aritu, saya beli 1pcs RM2.50 ....Modal nak buat puding nie tak mahal pun...Cuma telur, gula & susu cair......Dapat seloyang...Cuma rajin tak rajin membuatnya je lah ;-)

Cuti Hujung Minggu ~ Main Bowling

Minggu lepas dah plan nak main bowling dengan harga murah....Tapi, macam maner boleh lak tak perasaan yang hari Isnin tu PUBLIC HOLIDAY...Saya ingatkan, govt je yang cuti pada hari tersebut...kuwang! kuwang! kuwang!...So, Voucher murah yang saya beli kat My Deal tu, tak boleh digunakan...Hampeh betulll!!!! Nasib baik voucher tu valid sampai akhir bulan disember nie <---------Sila salahkan diri sendiri, kuikui

Dah drive jauh2x kalau tak main rugi lorrrrrrrr...So, saya pun ajaklah diorang main jugak...Bukan byk pun, main satu game jek.......









 and...Pemenang jatuhan pin paling banyak ADALAH :-



























































































Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Selamat menyambut Maal Hijrah. Moga tahun baru ini akan lebih memberi manfaat dan menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik InsyaAllah

Friday, November 25, 2011

Jom Main Bowling (^_^)

Saya dah beli dah promotion nie (^_^). Sebab promo nie agak murah sikit compare normal price...........


e-voucher pun dah selamat saya terima.........Memandangkan hari isnin nie hari cuti bagi kami suami isteri.....So, bolehlah bergumbira.............kuikui

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Buat Pasukan Harimau Muda~ Ibu Segala Emas Milik Kita

Dari blog mamatisya

Orang lain awal2 dah buat entry pasal kemenangan pasukan harimau muda kita di temasya sukan sea ke 26...Saya baru terkedek-kedek nak buat entry, hehehe..............

Saya pun, tak nak ketinggalan berkongsi kegembiraan pasukan kita menang. Walaupun, pada awalnya ramai yang meramalkan kemenangan Malaysia 50-50. TAPI.............dengan semangat berpasukan yang tinggi, Pasukan Harimau Muda kita berjaya mengalahkan pasukan Indonesia. Sunyi sepi stadium Gelora Bung Karno dengan sorakan penyokong Indonesia setelah Baddrol Bakhtia membuat jaringan gol penalti....Yezza!!! cayalah ;-)

Syabas juga saya ucapkan pada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat coz seringkali menjadi menyelamat setelah diasak pemain Indonesia....I Love U lah Fahmi.....Nasib baiklah si Sarbini tak jadi keeper malam tu, Kalau tak................mau lembik kita kena ganyang dengan si Indon.

Eventho, pemain kita banyak dikasari oleh diorang sampai injured, melambung2x/ melayang2x tergolek dog kat atas padang tu. Semangat nak menang tu tetap ada.....


p/s: TEAM Malaysia Hebat ..kerana MALAYSIA ade
seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang
GURU, dan yg penting Team MALAYSIA ade
khairul fahmi che mat yg sentiasa cermat
menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol
... ... bahtiar yg sentiasa berikhtiar menjaringkn gol dari
jarak jauh :) kekekeekekee dan yg paling Hebat ialah
kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!!..

Wednesday, November 16, 2011

CONTEST TEKA HARGA BURGER !!!


Jom try teka harga burger Cik Tikah. Kalau berjaya teka dengan betul Cik Tikah bagi hadiah :-)
Syarat penyertaan boleh rujuk kat blog cik tikah...



Jawapan saya : Saya rasa burger nie berharga RM1.70


p/s: 3 blogger yang ditag adalah Penjejak-mimpi, hanie83,mamahana

Tuesday, November 15, 2011

Kadar obesiti di Malaysia tertinggi di kalangan negara ASEAN

Topik hangat disurat kabar & radio pada pagi nie



Kadar obesiti di Malaysia tertinggi di kalangan negara ASEAN
KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.


"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).


Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan.


Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.


"Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.


Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.


"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. - SUMBER

Seronok pula saya dengar komen dari pemanggil Hot FM pagi tadi yang berjaya menurunkan berat badan diorang dengan mengamalkan diet seimbang. Kebanyakan mereka yang berjaya turunkan berat badan sampai 1/2 dari berat asal........Saya pulak, nak kurangkan 1kg lemak kat badan nie bukan main liat.....aduhaiii :-(

Walaupun berat badan saya tergolong dalam kategori IDEAL tapi,  pengiraan BMI saya hampir-hampir nak mencecah ke kategori obesiti.....Mana taknya sejak berkahwin, saya & en. suami jarang bersenam. Tambah lagi sejak ada anak sorang nie, lagilah susah. Nak keluar jogging waktu pagi, anis masih tido. Nak keluar jogging masa petang, budak nie masih tido lagi (gara2x malam tak tido.So, siang dia bantai tido cukup2x)...So, bila masanya saya nak pergi jogging???? huhuhu

Ok, demi menyahut cabaran orang disekeliling & demi nak mengurangkan ranking negara dalam kadar obesiti tu....Selepas nie, harus kurangkan makanan goreng-gorengan.........No more pizza, KFC, ect......

En. Suami ku sayang...............Bersiap sedialah merasa makanan sayur secara rebus (menu paling awak tak suka tu), ikan kukus/ bakar, fruits.......I like masak lauk2x macam nie. Sonang kerja mama. Tak payah duduk kat dapur berjam-jam & jimat duit beli minyak masak, hehehe.....


p/s: Memang perasan muka ku semakin bulat..Pipi semakin tembam & menenggelamkan lesung pipit ku....Yang paling ketara, Seluar jeans semakin bertambah saiz nya.....Saya yang semakin membesar ATAU baju/seluar yang semakin mengecil............Scary movie betul, huhu

Saturday, November 12, 2011

Lempeng Rangup Hot & Roll

Semalam saya layan benda nie. Makanan nie ala-ala macam apam balik/ lempeng tapi nipis & rangup..........Dan  saya pilih flavor banana & coklat.........TAPIKAN....................





Saya lebih suka kan crepe yang ini. Isi kat dalam tu kaw-kaw diaorang letak.............Waktu bujang dulu, saya memang selalu layan makanan nie. Tapi dulu kedai yang mula2x jual makanan nie bernama CREPE. Flavor yang selalu yang pilih banana & Penut coklat. Lebih kurang sama macam kat gambar atas tu tapi kat dalamnya di sapu mentega kacang & coklat. Kemudian dituangkan coklat cair....

Ranggup walaupun dah tawaf satu shopping kompleks dengan boyfriend (sekarang nie dah jadi suami saya (^_^), hihihi..............Tapi sekarang nie kedai tu dah lama tak der. Ganti dengan kedai buah-buahan & air mata kucing ;-(

google

Friday, November 11, 2011

E.M.O

Saya tersepit ditengah2x antara kehendak diri sendiri DENGAN kehendak orang lain.........Entah bila isu nie nak settle pun tak tahu ler.......Harap2x benda ini dapat settle secepat mungkin...

p/s: Sorry, saya emo petang-petang nie

Happy Birthday ~ My bos & Friendz


p/s: Dua hari berturut-turut makan free. Macamner lah tak gemuk....grrrrrrrrr

Thursday, November 10, 2011

Makan Time di Flying Chillies @ The Gardens

Minggu nie merupakan minggu terakhir bos saya bekerja di unit kami. Selepas nie, dia akan bertukar ke Cawangan lain atas sebab kenaikan pangkat....Disebabkan bos saya yang hansome tu akan berpindah so, my big bos yang baik hati tu deside nak belanja makan.

Kat sinilah kami semua makan tengahari tadi.......Pada mulanya saya ingatkan Flying Chillies nie kedai western food macam Chilies. Rupanya kedai nie kedai makanan Thailand. Actually, Flying Chillies nie satu company yang sama dengan Amarin Thai. Cuma nama kedai je lain2x. 
Kerabu mangga dengan isi catfish,tomyam seafood, kangkung belacan & ayam pandan.


Ikan Garoupa 3 rasa. Kalau korang singgah, silalah try.


Menu yang kami makan tadi semuanya sedap2x belaka......Tak sia2x bos belanja kami semua makan...Habis licin kami belasah semua, hehehe.................. Tak percaya???? Sila lihat bukti kerakusan kami


Punyalah dasyat sampai tinggal kepala ikan....Periuk & pinggan mangkuk pun habis tunggang langgang kami kerja kan, hehehe.........


p/s: Hilang kumbang seekor kat office nie......Yang tinggalnya penyengat jek. Congratulation En. A & good luck kat tempat baru

Wednesday, November 9, 2011

20 Petua Murah Rezeki

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasamenunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllahpasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihanpada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman.

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, jugaisteri dan anak-anak yang masih kecil. 

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezekidalam bentuk tertunainya hajat sendiri,

8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnyamaka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk

13.Selalu Bersedekah

14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperolehrezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dandoanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk denganurusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah

 p/s: Sharing is Caring

Thursday, November 3, 2011

Sekali sekala gambar dok front page best jugak (^_^)








 Dah besar dah anak mama sorang ni :-)

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur

gambar hiasan

Seorang laki-laki jika dia kesakitan,... maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA . Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang





SUMBER