Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, October 30, 2011

Mash Potato

Petang semalam hujan sangat lebat & tak boleh keluar rumah, (sob...sob...sob)......Cuti hujung minggu kitaorang sekarang nie banyak dihabiskan kat rumah je. (nanti saya ceritakan di entri lain)........Sangatlah bosan sehinggakan saya terbuat benda nie petang tadi ;-)




Kalau anda nak cuba resepi mash potato ni, sila lah rujuk resepi asal di SINI

Saturday, October 29, 2011

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

Gambar hiasan


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



SUMBER

Friday, October 28, 2011

Photobook Only RM79@Photo Talkz~Saya nakkkkkk!!!!


Hari tu saya dah terlepas peluang nak beli photobook dengan harga promo RM50++. Murah bangat sei..Menyesal tak beli kat groupon awal bulan oktober aritu (padan muka, huhuhu).....

Semalam, saya dah tanya en. karie pasal promotion INI & dia pun dah bagi green light....Bukan senang en.suamiku tu nak setuju dengan benda tah apa2x nie ;-)

Ok, malam nie boleh cungkil bakat terpendam untuk design sendiri photobook saya tu....hahaha




p/s: Jom hilangkan stress anda dengan cuci mata kat Everyday.com, Groupon, Milkdeal

Thursday, October 27, 2011

Wednesday, October 26, 2011

Cendawan Goreng Crispy ~ again


 Cendawan goreng crispy lagi...sama seperti yang pernah sebelum INI


Cicah bersama cheezy cheese & sos cili


p/s: Happy Deepavali  & selamat bercuti

Monday, October 24, 2011

Levi's ~ Sale up to 60%



Levi's sekarang ni tengah buat sale.......Harga sedikit murah compare harga asal dijual & jeans yang dijual sangat2x cantik...

Yang saya try ni dis 50%. Tapi sayang, bukan saiz saya.......sob...sob

Seronoknya diorang ni...dapat jeans baru tu, hoho

Sogo Member Card

Gara-gara nak pergi beli jeans baru punya pasal, sanggup pi buat sogo card ni...Sebelum nie tak terbuka hati lagi nak buat card ni... Kalaulah sejak dulu lagi buat member card ni.... mesti dah banyak point saya kumpul, huhuhu......


saya dah jadi ahli............ hoho....poyos betul


Apa yang saya beli semalam?????

Hanya yang ini sahaja yang padan dengan paha mak yang macam drum stick, huhuhu.......

wristlet baru...Tapi bukan jenama ni, hohoho


p/s: Kalau bab beli seluar & sandal memang en. karie ku kena tunggu lama kat dalam kedai......Nasib baik en. karie faham masalah bini dia ni.......hehehe

Monday Blues ~ Moody

Geram pulak pepagi buta nie....Enjin baru nak warm-up, dah ada orang spoilt kan mood saya yang dah memang monday blues......benda kecik pun nak dibesar-besarkan......Tak pasal2x dah berlaku pembaziran....






p/s: Apa hal tah, sejak minggu lepas asik tak puas hati dengan orang ITU.......Ke orang ITU yang tak puas hati dengan saya..hohoho

Friday, October 21, 2011

Nuffnang vs Advertlets

Saya dapat info berkenaan advertlets ni melalui entri mamaema. Adverlets nie merupakan syarikat pengiklanan sama seperti nuffnang. Memandangkan En.nuffnang sangat kedekut nak bagi BE kat saya (seperti yang pernah diceritakan dalam entri INI) so, better saya beralih kasih ke advertlets. Manalah tahu, rezeki saya murah kat sana ;-)



p/s: Thank Q mamaema

Thursday, October 20, 2011

Bencana Besar Pada Tahun 2012 ~ Wallahualam

Google
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20... Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... 

Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. 

Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau tidak.



p/s: Takutnya aku baca petikan nie...Terus badan jadi seram sejuk bagai....Mengenangkan amalan ibadatku selama ini & teringatkan my lil anis, en. karie & kaum keluarga, huhu

SUMBER

Wednesday, October 19, 2011

Hujan





Kat luar tu hujan lebat.....Yang kat dalam office pulak sejuk macam kat kutub utara........mmm, mesti balik kang jalan jem :-(

Barang apa dalam bungkusan ini??? Ceciter........


Barang apakah yang ada dalam bungkusan INI???...Nak tahu barang apa kat dalam bungkusan ni???


Barang tersebut adalah :-











































































Tadaaaa........


Ini bukan dadah, ganja or serbuk kunyit cap babas ye anak2x...........Ini adalah Cheezy Powder yang dibeli beberapa minggu yang lalu........Beli dah lama & dah siap jadi baja dah kot :-).....tapi baru arini nak buat entri... :-(

Cheezy powder ni rasa dia lebih kurang sama macam yang dibubuh atas potato wedges kat KFC........ Nak sediakan pun sesenang ABC.....Cuma bancuh dengan air suam & kacau hingga rata........












p/s:Mood arini sangat2xlah ke laut DALAM.......

Wordless Wednesday~Anis

Tuesday, October 18, 2011

Red Rose (^_^)

google
1 kuntum... i love u
2 kuntum...marilah bersamaku
3 kuntum...kau dan aku....cinta kita akan bersatu
6 kuntum...aku sedang mencintaimu
12 kuntum...jadilah kepunyaanku
24 kuntum...aku milikmu
50 kuntum...cintaku padamu tiada batasan
lebih 50 kuntum.............................
 
 
 v
 
 
 
 v
 
 
 
 
 v
 
 
 
 
 
 
 
 
 v
 
 
 
 
 
 v
 
 
 
 
 
 
 v
 
 
 
 
 
 v
 
 
 
 
 
 
 
 v
 
baik beli sayur boleh masak & makan

Mulianya Ibu Mengandung Dalam Islam



google

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

INFO




p/s: Saya paling suka dengan statement no. 7......Boleh digunakan sebagai alasan PALING KUKUH untuk ambil cuti tanpa gaji,ngehhhhhh :-) 

p/s: Apa macam En. karie.....Ada berani ka nak bagi big mama ni cuti lama2x

Anugerah Tak terhingga Dari Allah ~ My Lil Anis


Anak anugerah yang tak terhingga yang diberikan oleh Allah swt........Sayangi & pelihara anugerah yang diberikan itu kerana, bukan semua orang diberikan peluang untuk melahirkan zuriat dari rahim ibu tu sendiri.




p/s: Sorry, emo pulak pepagi ni........Sedih tgk video budak umur 2 tahun kena langgar kat China......Tak sanggup nak tgk video tu sampai habis......
Dunia semakin maju tapi akal masih kat kepala lutut.....Ihsan sesama manusia dah semakin hilang....

Monday, October 17, 2011

Monday Blues ~ Semangat yang hilang melayang2x


Isnin yang penuh dengan bluess.....Mood kerja belum sempat nak warm-up, big bos dah bagi mandat....Aiseymen, boleh terkejang urat saraf mak nie..... huhuhu............Tak lama lagi bos saya yang hansome tu akan berpindah ke cawangan lain, huhuhu.......Kemungkinan besar jawatan kosong bos hansome saya tu tak akan diisi..........OMG!!!! Masa bos saya ada tu pun dah rasa mcm tak cukup tangan nak buat kerja...Kalau dia tak der, lagilah macam sotong paul agaknya :-( ....Silap haribulan boleh kena sawan lah saya lepas nie. Help!...help!!

Burger murah datang lagi ~Quarter pounder With Cheese RM6.99 Only


Promotion bermula 17 Oktober ~ 25 Oktober 2011.......Macam biasa, hanya print je coupon nie & serahkan kat adik cashier MCD ;-)

p/s: Bilalah agakya boleh makan burger@ Cili's

Thursday, October 13, 2011

Popeyes ~ Lepas makan, comfirm kuat mcm popeyes :-)


Kalau setiap kali saya lalu depan kedai ni, mesti saya akan gelak.....bukan apa.. Dalam banyak2x nama, nama POPEYES jugak yang dipilihnya......Tak der nama lain ke nak bubuh

Lunch hour tadi, saya & officemate cuba lunch meal POPEYES..Kebetulan, sekarang POPEYES tengah buat promotion lunch meal RM4.90......Kalau tak, jangan haraplah kitaorang nak makan kat sini, hehehe.....


Saya suka bangat kat fries tu.....Sama rasa macam curly fries prosperity burger Mcd..2 Ketul isi ayam tanpa tulang tu pula sangat rangup, kruuup..kruuuppp & nasi + gravy pun sedap....ok, lepas ni boleh recommend kat en. suami makan kat sini . Cik epal pernah bagi tahu yang mashpotato kat sini sedap....ermm, rugi pulak tak try tadi   

p/s: Teringat pulak 'bini popeyes'  kat foodcourt kami tu :-)

1st & last @ Silver Spoon, Damansara


Bulan Ogos aritu, saya & kawan-kawan ada beli groupon promotion ni dengan harga RM10. Semalam, barulah masing2x ada kelapangan nak join lunch sama-sama..Kalau tidak, masing2x sibuk dengan kerja masing2x, huhuhu......

Lokasi lunch kami semua bertempat di Silver Spoon, Damansara.......Nama & lokasi tempat bukan main gah...sebelum nak pergi makan tu, WAJIB kena booking tempat dulu......Booking pukul 12.30 tengahari tapi 12.15tgh masih ada kat flyover berdekatan One Utama. Macammaner tu,huhuhu.........................Member saya tu punyalah laju tekan padle minyak nak kejar masa punya pasal..............TAPI, bila sampai kat sana customer ada 2 orang je...Lorrrrr!!!!!!!!!!!



Cuba tengok jam dinding kat dalam picture tu....Jam dah pukul 1.20 tgh tapi makanan masih tak siap2x lagi..........Service memang out betul kedai ni........Hampir 30minit baru dapat makanan yang kitaorang oder tu, grrrrrrrrrrr.....

Dahlah service out, makanan yang kitaorang dapat pulak tak seperti yang kami sangka..........Grill chicken chop tu sangatlah kecik....mix vegi yang dihidangkan sangatlah sikit... Ada 4 slice carrot je. Punyalah kedekut kedai ni.....Kedai Westfood kat Kg Baru tu lagi besar chicken chop diorang bagi tau...Emo sekejap petang2x ni....

Nampak macam sedap giler babas kan..............Betul2xlah Tipah kena tipuu

Maybe this is 1st &last kitaorang bertandang kat sini....never & ever dah lepas ni

Bila Nak Dapat Cek Dari Nuffnang nie???? Grrrrrrrrr

Orang sana dah kali ke-6 dapat cek dari nuffnang....................Orang sinun 7 kali....Orang belakang 10 kali dapat......bla...bla..bla.................SAYA!!!! Habuk pun tak der.......

google

 Dah nak setahun asik memanjang 0.25 sen jek...Yup, iklan terakhir pada nov tahun lepas.....punyalah lama tu......... huhuhu......



Wahai En. Nuffnang, tolonglah letak iklan banyak2x kat blog saya nie......Saya pun nak merasa jugak duit FREE dari awak, hehehe..............

Wednesday, October 12, 2011

Ding....Dong....Curier dah sampai (^_<)


Yang ni memang tuan tanah yang oder 2 hari lepas..So, memang tak terkejut bila abang despatch datang hantar kat office :-) .....Cepat betul barang ni sampai......

Ok, tunggu tuan tanah CUBA, TEST barang ni dulu.....Baru boleh bagitahu BEST ke TIDAK ;-)

wordless wednesday ~ Cayang Cat




Tuesday, October 11, 2011

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina



Jom men-joinkan diri dalam GA yang dianjurkan oleh Lulu Caldina. 
Sebelum ni saya memang tak tahu 'Angry Bird' ni apa benda......Saya ingatkan ianya kartun kat tv ke.......................................Rupanya salah satu game kat dalam I-Phone. Patutlah saya tak tahu sebab saya bukan pengguna I-Phongggg ;-)

           Syarat penyertaan seperti berikut:
  1. Ambik banner kat atas, beserta link dan buat entri dengan tajuk
    "Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina"
  2. Dah siap, tinggalkan URL link entri kat ruangan komen.
  3. Tarikh Tutup : 18 Oktober 2011.. 2 Petang.


 p/s: Ramai benor blogger buat GA angry bird nie ek????.....Famous betul burung 5 ekor ni ;-)

p/s/s: Awak yang tengah baca blog saya nie....Ye, awak.......Meh lah join GA nie ;-)

Angry Bird di dunia sebenar ~ Cute


Comel jugak burung 5 ekor ni :-) ........Paling comel, burung merah..Temuk betui badan dia, hehehe....Yang biru tu pun cute jugak......Yang paling tak tahan tu, Burung kaler kuning & hitam.....Brutal betul muka burung 2 ekor ni....Memang patut2x ANGRY BIRD, hehehe


SUMBER

Monday, October 10, 2011

Fantaghirolynn Giveaway



Jom join GA yang dianjurkan oleh Fantaghirolynn.......Saya dapat tahu pun masa BW di blog Leily..Untung2x kang dapat selipar Angry Bird nie ;-)

Asik dok jeling2x kat MV tapi tak beli pun, huhuhu



Syarat Penyertaan :

1. Follow Blog INI.
2. Buat simple entry mengenai GA ini.
3. Letak banner di entry dan linkback.
4. Tak perlu letak banner di sidebar.
5. Tinggalkan url link anda di entry ini.
6. Tarikh tutup adalah pada 1 November 2011.

p/s: mamahana, penjejak-mimpi, Dianza Wirdani,cikpuanfinaz jom join GA nie, ngehhhhh