Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, September 15, 2011

Sambutan Hari Raya & Majlis Perkahwinan SIL

Tahun nie sepatutnya turn kami beraya di rumah FIL & MIL di Terengganu.....Tapi disebabkan 2 orang adik ipar akan melangsungkan perkahwinan pada minggu pertama & kedua syawal ....Disebabkan En. suami tak mau apply cuti banyak2 kali so, kita orang ambik cuti 2 minggu terus.....

Pada 1st day syawal, kami beraya dulu kat rumah mak+ abah.....Kemudian, berkunjung ke rumah sanak saudara serta nenek sebelah abah yang terletak berhampiran dengan rumah mak.... Dalam pukul 3.00 petang, LLK sekeluarga serta mak+abah & adik beradik yang lain bertolak ke kampung nenek & atuk sebelah mak di Melaka.....LLK paling suka beraya di Melaka sebab kami akan spent masa dari siang hingga ke malam menziarahi sanak saudara....Kiranya dari pagi sampai malam asik berjalan je...Memang tak lekat kat rumah, hehehe.....Selalunya setiap kali hari raya ke2 or 3, saudara pakcik ijan di umbai akan buat open house serta jamuan untuk anak-anak yatim...... tapi tahun ni agak kuciwa sikit sebab majlis tu ditunda pada tarikh lain...So, tak dapatlah nak merasa ikan bakar umbai, ketam, sotong dll tu........

Pada 3 syawal, LLK sekeluarga serta mak+abah & adik2 bertolak balik ke KL.........Dan LLK pulak nak balik ke Terengganu untuk menyaksikan berkahwinan SIL.............

4 syawal : My SIL Ct Sarah akan menikah dengan pasanganya Azrul....Keesokkannya, kedua SIL, MIL & FIL bertolak ke Kuala Terengganu bagi mengurusan persiapan perkahwinan kedua mempelai...Cuma LLK & suami serta adik ipar yang kecik2 nie kena stay kat rumah sini coz budak2 tu kena pergi sekolah. Dan sepanjang tempoh tersebut LLK kena jadi bibik untuk budak2 tu, huhuhu.....

10 Syawal: My 2nd SIL, Masnira pula menikah dengan pasangannya Johari........Keesokkannya majlis persandingan kedua-dua pasangan diadakan di rumah atuk En. Khairi di Kuala Terengganu.....Agak jauh sikit dari rumah MIL & FIL...Perjalanan dari KL ke rumah MIL & FIL 5 jam + 3 Jam ke Kuala Terengganu..So total perjalanan ± 8 jam, huhuhu......

Masa kenduri kawin aritu, LLK dapat juga bertemu dengan kawan lama iaitu mamahana. Terharu pulak sebab mamahana sudi datang ke majlis kawin SIL.....Masa nie mamahana baru je pas habis pantang melahirkan anak ke dua.....tq banyak2x mamahana

Overall, majlis tersebut sangat meriah ditambah pulak masih dalam mood raya. ;-)

alamak....karangan dah panjang sangat.....aci tak kalau korang layan je gambar wedding my SIL. malas pulak nak menaip byk2 ;-)

sekali lafaz jek


My SIL




Majlis sambut menantu pihak pengantin lelaki



lauk pauk kenduri sebelah lelaki sgt sedappppp...sampai sekarang Asik teringat2x patin bakar



 p/s: Selamat pengantin baru buat adik-adik ku

0 comments :

Post a Comment