Kamu-kamu Yang Comel

Friday, September 30, 2011

Dadali ~ Di saat aku mencintaimu

Dadali ~ Di saat aku mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aktiviti Mengemas rumah.........

Aktiviti esok adalah mengemaskan semua harta karun kat dalam bilik anak dara saya....................Mahu make over sikit bilik tersebut dgn warna baru coz warna cat sebelum ni agak gelap (patutlah cicak suka benor menyorok kat dalam bilik ni, huhuhu).

Frame2x hiasan & ayat kursi yang kitaorang beli masa bulan puasa aritu pun masih tersadai kat bilik stor..Entah bila en. karie tu nak gantung frame2x tu semua......Bilik stor tu dah mcm nak terlebih muatan je..Macam2x ada kat dalam tu, hehehehe........

Harta karun kepunyaan en. karie yang disimpan kat ruangan dapur tu pun perlu dikosongkan......Sakit mata ni tgk....

'Kemas' sungguh bilik ni...Macam ada anak 10 orang, hahaha

Wall kosong......Tak der hiasan langsung....Sila abaikan lampu tidur ala~ala hantu pocong tu & car sit anis ;-)

Itulah tentative cuti hujung minggu kami nanti......Harap rumah akan lebih selesa & kemas berbanding sebelumnya ;-)


p/s: kena panggil eric leong untuk deko rumah ni baru nampak lagi chantik, hahaha

Thursday, September 29, 2011

[Rania Gold ] or [Iffah Gold& Platinum]

Keliru.............................tak tahu  nak pilih yang mana satu....Dua-dua pun ok.




 OR



p/s: Nak cantik macam RCW & AA.............hahaha,, perasan tul.

Teman Baru Saya (^_^)


 Saya amat mengidamkan kamu.............................tapi kerana tak mampu memiliki mu, saya beralih arah pula ke ini.





































































My Favourite colour (^_^)
Hampir2x nak memiliki mu TAPI.........disebabkan kamu jenis yang sensitif and mudah rosak. Saya terpaksa melupakan kamu walaupun hati ini berat sangat2x nak melepaskan kamu setelah di offer RM499 jekkk.......huwargggghhhhh!!!!!!!




AKHIRNYA


v














v












v







v








v


Saya memilih Si merah jambu ni sebagai gajet baru saya........Ya..ya...teman baru kepada En. Olympus saya yang banyak berjasa...




p/s: En.Karie, jangan lupa janji-janji manis mu aritu ye....Tak kira, saya akan selalu ingatkan awak......hahahaha.........

Wednesday, September 28, 2011

Open Office @ Office

Hampir2x terlupa hari nie ada jemputan raya di tingkat 8..........Ingatkan dah habis dah sesi open office kat sini...Rupa2xnya, masih ada....hehehe.....Actually, di tingkat tersebut terdapat 3 unit iaitu Bahagian Rekabentuk D2, Unit Akustik & ELV serta Bahagian Rekabentuk E........

Lokasi 1st open office tadi adalah di Bahagian Rekabentuk D2...Antara lauk-pauk yang berjaya LLK bedal adalah laksa penang, nasi impit beserta rendang daging & rendang ayam, sate, puding karamel & koktail buah-buahan....... Punah diet saya, huhuhu.....

Lokasi ke 2 pula di Unit Akustik & ELV....LLK & kawan2x sempat merasa air buah kiwi yang sodap tu [serius sedap kan dianza, hehehe]

Lokasi terakhir di Bahagian Rekabentuk E....Soto & air limau kasturi + asam boi pun sgt marveles.1st time seumur hidup minum air ni...

Siap dapat goodies lagii...........Repeat again.goodies ye bukan kudis, hehehe


p/s: Kalau asik hari2x makan sedap jek, memang wishlist yang no.4 tu tak menjadi kenyataan....... huhuhu

Wordless Wednesday [ Jam kesayangan beta ]

Tuesday, September 27, 2011

Sambutan Raya @ Office

Semalam merupakan sambutan raya peringkat Cawangan...... Tapi baru petang ni terhegeh2x nak update kat blog,hihihi..........Untuk menu event ni, setiap unit telah diberikan menu2x yang telah dipersetujui & dikumpulkan di admin kami di tingkat 11. Kira macam potluck la kot.......

Untuk unit LLK, kami perlu menyediakan buah-buahan, bubur kacang, bubur pulut hitam & food for V.I.P. Actually, kami sepatutnya kena buat puding, tapi disebabkan menu tersebut permintaan last2 minit dari ajk AKSI maka........... puding tersebut tak dan nak buat, huhuhu........


 Jom layan gambar






p/s: Jamuan raya tahun ni macam tak ramai sangat staff yang datang berbanding tahun lepas..............Ke ramai yang cuti semalam????

Friday, September 23, 2011

Jamuan Hari Raya

google

Minggu-minggu terakhir nie ramai pulak yang buat jamuan hari raya........Insyallah, esok akan memenuhi jemputan 2 tempat berbeza. Tulat pula, rumah bos pula buat open house.....Suami LLK dah excited nak pergi rumah bos LLK (erkkk...napelah laki aku terlebih excited sgt.Padahal bukan bos dia pun....)


Hari-hari dapat makan sedap & free...........Semakin gemuk big mama mcm nie, huhuhu

Thursday, September 22, 2011

Selamat Pengantin Baru [Pengantin baru ke??? hehehe]


Terjumpa gambar nie masa tengah tengok album-album lama. Actually, gambar ni diambil 2 minggu selepas LLK selamat di ijab kabulkan..See, inai dijari masih pekat lagi tu, hihihi

Banyak album-album lama yang masih terperuk dalam PC ni. Gambar masa LLK bertunang dulu tu pun masih belum cuci lagi, huhuhu.......hardisk kat folder D dah hampir2x nak terlebih muatan.......Buatnya kang PC ni buat hal, habis gambar2x lama ku hilang.....Entah bila lah nak pergi cuci gambar2 nie kat kedai...

Baru-baru nie, nak cuci gambar dari 4 folder album dari gobok LLK.....Ambik ko,,,,Total semua sekali 1900 keping. tu baru 4 folder album ye....ada lebih dari 50 album dalam simpanan yang LLK dah buat pekasam, huhuhu.......Kedai Key Colour tu charge 0.38sen/pcs....So, LLK kena sediakan RM722 untuk cuci gambar sahaja...huhuhu.....


p/s: Sebulan kena cuci maxima 1 folder sahaja...YAAAA!!! Itulah Misi saya. Sikit-sikit lama2x jadi bukit, huhuhu.......

Monday, September 19, 2011

Nasi Kebuli [Bunyiknya agak pelik tapi sedap]

1st time LLK makan nasi kebuli nie masa kenduri kawin SIL baru baru nie di Terengganu...Sebelum ni tak pernah makan pun.....hanya pernah dengar dari MIL tentang kelazatan nasi kebuli ni. Orang pantai timur rasanya mesti tahu nasi nie sebab famous masa kat kenduri kawin........Orang luar macam LLK nie memang tak tahu.

Masa mula2x dengar dulu bunyi macam begoli/ beguli/ beguni/ bebuli, huhuhu.......Bila search kat google sekali keluar nasi benggali dah.....Tak putus asa, LLK cuba search lagi dan akhirnya JUMPA juga......Rupa2xnya nasi tu adalah nasi kebuli. Kesian kat aku...Memang sah2x mak kau ni sound trouble, huhuhu........


Nie lah rupanya nasi yang LLK makan aritu......Walaupun warna nasi nie tak berapa nak menarik hati  tapi rasanya serius sedap. Makan tanpa lauk sampingan pun dah cukup sedap...... Ada 2 version resepi nasi kebuli nie yang LLK jumpa kat beberapa blog.(resepi 1 : pakai rempah ratus w/out use coconut milk manakala resepi 2: pakai rempah ratus dan menggunakan coconut milk)....Cuma tak tahu yang mana satu betul & sedap.......Kalau kawan2x kat sana tu tahu nak masak  nasi kebuli  yang betul, share lah resepi dengan LLK ye ;-)

Thursday, September 15, 2011

Sambutan Hari Raya & Majlis Perkahwinan SIL

Tahun nie sepatutnya turn kami beraya di rumah FIL & MIL di Terengganu.....Tapi disebabkan 2 orang adik ipar akan melangsungkan perkahwinan pada minggu pertama & kedua syawal ....Disebabkan En. suami tak mau apply cuti banyak2 kali so, kita orang ambik cuti 2 minggu terus.....

Pada 1st day syawal, kami beraya dulu kat rumah mak+ abah.....Kemudian, berkunjung ke rumah sanak saudara serta nenek sebelah abah yang terletak berhampiran dengan rumah mak.... Dalam pukul 3.00 petang, LLK sekeluarga serta mak+abah & adik beradik yang lain bertolak ke kampung nenek & atuk sebelah mak di Melaka.....LLK paling suka beraya di Melaka sebab kami akan spent masa dari siang hingga ke malam menziarahi sanak saudara....Kiranya dari pagi sampai malam asik berjalan je...Memang tak lekat kat rumah, hehehe.....Selalunya setiap kali hari raya ke2 or 3, saudara pakcik ijan di umbai akan buat open house serta jamuan untuk anak-anak yatim...... tapi tahun ni agak kuciwa sikit sebab majlis tu ditunda pada tarikh lain...So, tak dapatlah nak merasa ikan bakar umbai, ketam, sotong dll tu........

Pada 3 syawal, LLK sekeluarga serta mak+abah & adik2 bertolak balik ke KL.........Dan LLK pulak nak balik ke Terengganu untuk menyaksikan berkahwinan SIL.............

4 syawal : My SIL Ct Sarah akan menikah dengan pasanganya Azrul....Keesokkannya, kedua SIL, MIL & FIL bertolak ke Kuala Terengganu bagi mengurusan persiapan perkahwinan kedua mempelai...Cuma LLK & suami serta adik ipar yang kecik2 nie kena stay kat rumah sini coz budak2 tu kena pergi sekolah. Dan sepanjang tempoh tersebut LLK kena jadi bibik untuk budak2 tu, huhuhu.....

10 Syawal: My 2nd SIL, Masnira pula menikah dengan pasangannya Johari........Keesokkannya majlis persandingan kedua-dua pasangan diadakan di rumah atuk En. Khairi di Kuala Terengganu.....Agak jauh sikit dari rumah MIL & FIL...Perjalanan dari KL ke rumah MIL & FIL 5 jam + 3 Jam ke Kuala Terengganu..So total perjalanan ± 8 jam, huhuhu......

Masa kenduri kawin aritu, LLK dapat juga bertemu dengan kawan lama iaitu mamahana. Terharu pulak sebab mamahana sudi datang ke majlis kawin SIL.....Masa nie mamahana baru je pas habis pantang melahirkan anak ke dua.....tq banyak2x mamahana

Overall, majlis tersebut sangat meriah ditambah pulak masih dalam mood raya. ;-)

alamak....karangan dah panjang sangat.....aci tak kalau korang layan je gambar wedding my SIL. malas pulak nak menaip byk2 ;-)

sekali lafaz jek


My SIL




Majlis sambut menantu pihak pengantin lelaki



lauk pauk kenduri sebelah lelaki sgt sedappppp...sampai sekarang Asik teringat2x patin bakar



 p/s: Selamat pengantin baru buat adik-adik ku

Wednesday, September 14, 2011

Wednesday Blues [ 1st day start kerja selepas cuti panjang ]

Hari ni 1st day start kerja setelah 2 minggu bercuti lama di kampung...Dan selama itu juga blog tuan tanah tak berupdate gara2x tertinggal bb, ......Pagi nie nak buka email pun dah lupa password ...Tu baru cuti 2minggu. Kalau cuti 2 tahun agaknya jalan nak pergi kerja pun boleh lupa

Banyak benda nak citer sepanjang cuti beraya 2 minggu nie....Pasal hari raya, pasal kenduri kawin adik2 ipar, pertemuan dgn kawan lama, etc......Nak buat entry malas pulak pagi nie...mood kerja belum ada lagi.....Tunggu petang2 kang baru update


Macamner boleh tak perasan Jumaat ni public holiday.....Kalau tahu aritu apply cuti sampai 15hb. Boleh duduk kampung lama sikit