Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, August 9, 2011

Bonus Setengah Bulan Gaji Bagi Penjawat Awam ~ TQ PM

"KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama"

p/s : Syukur sangat dengan pemberian bonus 1/2 gaji nie.....Bagi keluarga yang berpendapatan rendah sederhana macam LLK nie memang sangat-sangat bermakna........

p/s/s: Blogku dah banyak sawang.......Ni lah akibat asik leka ber'fb' je, huhuhu..........

2 comments :

  1. dh ada hajat baik ni utk duit bonus tu..hahaha

    ReplyDelete
  2. hajat tu memang banyak fiza....tapi, kena tunggu green light dari en. suami dulu....kalau tak, nanti kena 'tulah' ;P

    ReplyDelete