Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, June 21, 2011

Kamera Dah Rosak :-(


Boleh pulak kamera Olympus aku tu buat hal masa temankan MIL  shopping kat Nilai 3 aritu. Lens kat kamera tu macam nak tak nak je keluar. Memang sah-sah kamera Olympus aku tu dah rosak. Sayang pulak kat kamera digital tu. Masa mula2x beli dulu, harganya RM800++.. Konon2x nak buat hantaran untuk kawen, last-last  En. En. Tunang aku kata tak payah :-(
Lama juga kamera tu berjasa kat kitaorang. Selama kitaorang pakai kamera tu, tak pernah lagi buat hal. Kalau ada pun cuma bateri je yang kong. Kualiti gambar memang ok. Jarang mengecewakan kitaorang, hehehe....
Semalam, lepas lunch terus singgah kedai Olympus kat Midvalley. Niat nak repair kamera tu. Tapi, awal2x lagi aku tanya dulu kos repair tu berapa RM kat tokey kedai tu.. kalau mahal sangat kompom tak jadi repair. Tapi tokey kedai bagitahu , Kos repair maybe dalam RM200+++...Tapi sebelum kerja2x merepair dibuat, pihak HQ Olympus akan call dulu untuk bagitahu kos yang perlu dibayar & jenis kerosakan pada kamera tu. Sekiranya aku setuju dengan harga tersebut, baru diorang akan repair. Tapi sekiranya aku tak setuju, diorang akan pulangkan semula kamera tu balik.

Harap2x kos repair tu tak mahal sangat......Kalau tak, kena beli yang barulah nampak gayanyer,huhuhu...............

p/s: Bilalah staff Olympus tu nak call agaknya ;-)

p/s/s: Anis, lepas nie tolonglah jangan main2x dengan kamera mama ye...Ini bukan kamera mainan, huhuhu.....

2 comments :

  1. Salam..Kamera sy pom rosak lensa yang macam keluar tak keluar..Brapa kos baiki kamera 2?
    http://indahsutera0605.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam.....Aritu saya repair lens dalam Rm200 jugak lah.....sebab lens yang kat dalam tu dah patah....sebab tu lens tu macam taersangkut-sangkut nak keluar masa kita on kan button

      Delete