Kamu-kamu Yang Comel

Monday, June 6, 2011

Anis’ Speech Progress Sehingga Tahun 2011





Risau sangat dengan perkembangan si Anis nie bila aku tengok anak kawan-kawan, anak makcik aku, rakan blogger yang ada anak sebaya anis kebanyakannya dah pandai mengira , menyebut A, B, C.

Sekarang nie, bila dah sedar anak kitaorang macam  lambat je bercakap so, sekarang nie kitaorang berusaha sedaya upaya untuk bersembang dengan dia masa kat rumah.  Belikan anis buku-buku education, toy’s yang merangsang anis untuk bercakap, huhuhu.....

Tapi kebanyakannya anis akan sebut perkataan yang kiraorang tak berapa nak faham...Tak kesahlah, at least Anis still bercakap..cuma kebanyakannya kitorang tak paham (serius, memang tak faham)..hahaha..sebab aku cam perasan macam ade ayat yang sama dier selalu cakap..maknanya mesti la ayat tu bermakna kat dier kot..tapi kitorang jek tak paham..sorry anis....

Kat bawah ni some of words yang Anis kenal and selalu sebut:
  • ooh oohhh (bila anis kentut / terkentut/ or sesiapa sahaja yang kentut berhampiran dengan dia, hahahah
  • one two sampai three  je(kadang-kadang dia sebut four and five. Bergantung pada mood)
  • cat
  • bird
  • mama (kekadang ma je)
  • papa (kekadang sebut pa je)
  • bah ( anis panggil atuk dia abah, huhu)
  • ma ( anis panggil mak aku makk)
  • nak (untuk Nak)
  • nak nak  (untuk tak nak)
  • aaaangeee .. Perkataan yang selalu anis sebut setiap kali nak masuk rumah...(Susah betul nak eja perkataan yang anis selalu sebut ni. Yang nie untuk sebut assalammualaikum.

Dan selebihnya banyak kepada bahasa tubuh. Contoh: kalau nak susu, anis akan tunjukan botol susu kat mama or papa dia.or sometime kalau angin dia tak elok, dia main mengamuk tak tentu pasal ;-(



Kalau dia nak suruh tukar pampers pun mcm tu jugak. Sesuka hati akan tanggalkan seluar & buka pampers sendiri. Pampers yang kotor tu anis akan buang sendiri kat dalam tong sampah. (yang nie, aku tak ajar. Maybe sebab anis selalu tengok aku or papa dia buang pampers kotor tu kat dalam tong sampah kot). Seluar yang dah pakai tu pulak, dia akan masukan dalam bakul baju-baju kotor. Sometime, kalau kitaorang lambat layan permintaan dia tu, anis akan masuk sendiri dalam toilet, huhuhu....

Tu jelah kot kemajuan anak dara kitaorang. Agak lambat anis nie dah bercakap secara proper kalau dibandingkan budak-budak sebaya dengan dia. Anak makcik aku yang beza umur 2 bulan dari anis dah pandai kira 1,2,3.............10, dah pandai bercakap, dah mengadu kat mak dia.. Huhuhu, risau sangat dengan si anis nie. Kalau ikutkan hati nak jek aku hantar dia pergi taska kat bawah rumah mak aku tu. Tapi cikgu kat situ terima budak2x berumur 4 tahun keatas sahaja ;-(

 p/s: Usaha tangga kejayaan :-)

0 comments :

Post a Comment