Kamu-kamu Yang Comel

Friday, June 10, 2011

Ada Orang Murah Hati Nak Jahitkan Langsir Untuk Aku :-)

Bulan puasa dah tak lama dah...Baju raya tak buat lagi nie. Kalau nak suruh tailor jahit memang kompom (potong kuku lah) diorang tak ambil tempahan lagi, huhuhu...Setiap tahun insiden nie memang akan berlaku..Niat dihati tahun ni macam nak tukar langsir baru. Langsir lama dah nak 3 tahun asik routed pakai corak yang tu je . Jiran-jiran pun dah boleh agak tahun nie rumah aku pakai langsir colour ape, huhuhu....


Tetiba adik aku yang study kat UTHM tu tanya kat aku “ kak long nak nak buat kain langsir design macam mana?”

“Design biasa-biasa je fad. Kalau aku suruh tailor tu jahit design grandlavina kang lambat pulak siap.Silap-silap, lepas raya baru dapat agaknya”

“Kalau macam tu buat apa nak susah2x cari tailor. Design yang biasa-biasa tu aku boleh jahit. Takpelah, biar aku jahitkan kain langsir tu untuk ko.”

“Biar betul nie, adik aku pandai jahit kain langsir nie... Kang silap haribulan kain aku jadi benda lain pulak, hahaha..” (xsenonoh betul gelak kat adik macam tu)
“Amboi, Mulut tak der insuran betulah ko nie. See my leglah. Ko tahu tak langsir masa ko kawin dulu tu, aku yang tolong mak jahit”

Lagi sekali aku terkejut beruk....Pehhhh!!!

Pastu terus hati aku berbunga-bunga. Alhamdulillah, dapat jugak nak merasa langsir baru, hahahah.(punyalah excited. Pada hal belum beli kain lagi tu, huhuhu).....Lepas nie, kena survey kain kat Nagoya or Jakel... Tak sabar nak bagi tukang jahit diraja tu jahit, hahaha....Thank you very much fad


p/s: Nak pilih kain warna ape ek???

0 comments :

Post a Comment