Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, June 23, 2011

Domino's & Pizza Hut Masing2x berlawan Buat Promotion




Rambang mata dibuatnya bila dua restoren terkenal nie buat promotion macam nie......

p/s: Lambat sikit publish entry ni sebab pc kat office cam problem sikit. Entah kenapa mozilla aku tu tak berfungsi dengan baik. IE pun macam tunggu masa nak OUT jek ;-(

Wednesday, June 22, 2011

Another Refrigerator Latch Again.....

Refrigerator latch yang sama beli aritu khas untuk anak mama sorang nie. Tapi kali nie beli untuk letak kat rumah nenek anis. Nenek anis dah complain peti ais dia dah tak sejuk sebab anis suka buka-tutup peti tu. Aritu, aku ada belikan latch kat cosway tapi tak sampai 5 minit benda tu dah tercabut :-(.

So, kali nie mama belikan sebijik macam yang guna kat rumah. Yang nie sampai sekarang masih ok lagi

Tuesday, June 21, 2011

Mcdonalds Buat Promotion. Buy 1, Get 1 FREE Chicken McNuggets


Mcdonalds tengah buat promotion 21-22 Jun 2011. Sape2x yang teringin nak makan chicken mcnuggets nie just print kopun kat atas tu & reedem kat mcd terdekat..

Sana Haram Sini Haram ...........

Sekarang ni banyak sangat makanan haram berleluasa kat Malaysia. Aritu secret recepi katanya tak halal. Tapi pihak pengurusan secret resepi menafikan dakwaan tersebut. Katanya diorang Tidak Guna Tepung Keluaran Puratos...

Tak lama lepas tu, mentega jenama golden churn disahkan tak halal olehJabatan Agama Islam Johor kerana mengandungi DNA babi. Maklumat lanjut, sila klik sini.
Nasib baik aku memang tak gunakan mentega nie. Harganya mahal sangat. Lebih baik guna planta. Murah pun murah ;-)



Yang terbaru, sos tabasco juga disahkan tak halal oleh jabatan agama islam. Aduhaiii,,, aku rasa sos nie kat nandos &  pizza berlambak-lambak.... . Dunia-dunia..... lama2x aku pun jadi was-was nak makan makanan kat luar. So, bila dah jatuh was-was jadi haram jugak kan..

                   
p/s: Kalau dulu ada seorang brahman Brahmin vegiterian menang kes saman sebab salah satu syarikat penerbangan Malaysia secara tak sengaja menghidangkan makanan yg mengandungi ayam. So, macam kes kita nie rasa-rasa boleh buat macam tu jugak tak???

Kamera Dah Rosak :-(


Boleh pulak kamera Olympus aku tu buat hal masa temankan MIL  shopping kat Nilai 3 aritu. Lens kat kamera tu macam nak tak nak je keluar. Memang sah-sah kamera Olympus aku tu dah rosak. Sayang pulak kat kamera digital tu. Masa mula2x beli dulu, harganya RM800++.. Konon2x nak buat hantaran untuk kawen, last-last  En. En. Tunang aku kata tak payah :-(
Lama juga kamera tu berjasa kat kitaorang. Selama kitaorang pakai kamera tu, tak pernah lagi buat hal. Kalau ada pun cuma bateri je yang kong. Kualiti gambar memang ok. Jarang mengecewakan kitaorang, hehehe....
Semalam, lepas lunch terus singgah kedai Olympus kat Midvalley. Niat nak repair kamera tu. Tapi, awal2x lagi aku tanya dulu kos repair tu berapa RM kat tokey kedai tu.. kalau mahal sangat kompom tak jadi repair. Tapi tokey kedai bagitahu , Kos repair maybe dalam RM200+++...Tapi sebelum kerja2x merepair dibuat, pihak HQ Olympus akan call dulu untuk bagitahu kos yang perlu dibayar & jenis kerosakan pada kamera tu. Sekiranya aku setuju dengan harga tersebut, baru diorang akan repair. Tapi sekiranya aku tak setuju, diorang akan pulangkan semula kamera tu balik.

Harap2x kos repair tu tak mahal sangat......Kalau tak, kena beli yang barulah nampak gayanyer,huhuhu...............

p/s: Bilalah staff Olympus tu nak call agaknya ;-)

p/s/s: Anis, lepas nie tolonglah jangan main2x dengan kamera mama ye...Ini bukan kamera mainan, huhuhu.....

Saturday, June 18, 2011

Jom Main Game Tumblebug


Anis pun dah pandai tunjuk bakat main game tumblebugs..

p/s: Entry autopublis!!..Tuan rumah tengah temankan MIL shopping-mopping kat nilai 3

Friday, June 17, 2011

Aksi Si Kecik Di Malam Hari ;-)



Sempat pulak tengok tv masa ni, huhu...Sila abaikan mural kat wall tu ye ;-)

Aksi spontan si budak kecik bila dia dah boring kat rumah....Tiba-tiba je budak kecik nie ambil sejadah & kopiah papa dia. Lepas tu, boleh pulak dia hamparkan sejadah tu dan tiru gaya macam papa dia nak solat, Tapi....sejadahnya terbalik lah sayang. Lagi satu, baby girl solat kena pakai telekung. Kopiah untuk boy sajek ;-)

Wednesday, June 15, 2011

Farewell Officemate






Hari-hari terakhir bersama En. Fadly,huhuhu.....Bermula 15.6.2011, Fadly akan melapor diri kat tempat baru di Kementerian Penerangan, Angkasapuri...Sedih..sedihh....Bukan apa, kitaorang kat sini sangat-sangat senang bekerja dengan fadly. Lagi satu, fadly nie tak kedekut ilmu kalau kita tanya apa2x kat dia. Semoga sukses kat tempat baru ye.


p/s: staff kat office aku nie asik silih berganti  dengan orang baru je. Yang aku nie entah bila nak berhijrah kat unit lain agaknya :-(

Tuesday, June 14, 2011

Gempa Bumi Di Sumatera

Pagi tadi, kawan lama a.k.a ex-staff kat opis tadi telefon.Saje tanya khabar berita...hampir 10 minit berpot...pet...poe...pet....kawan lama aku tu bagitahu pagi tadi berlaku gempa bumi di sumatera utara. So, office dia kat sinun tu terasa jugaklah gegaran nya....Macam kami yang kat Midvalley nie, takder lah pulak rasa bergegar ke ape.....Lagi bergelekek bersuka ria kat office nia ada lah, hehehe....oppps, gurau jek..

Sebelum nie, aku ada terbaca berita tentang Mesteri udang, & ikan  datang bergolek2x kat Johor. Sebab selalunya kalau nak berlaku bencana macam gempa bumi or tsunami, hidupan laut akan naik ke tempat cetek.....So, macam dah boleh agak dah akan berlaku sesuatu yang tak baik dalam beberapa hari nie.....

Tengahari kang ada jamuan makan2xkat Tupai-Tupai meraikan perpisahan officemate kitaorang yang akan bertukar ke tempat baru nanti.



Monday, June 13, 2011

Jamuan Tengahari Tadi ;-)



Murah betul rezeki harini sebab tengahari tadi ada seorang hamba Allah nie belanja makan. Menu makan tengahari tadi adalah nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging & gulai dalcar beserta jelatah. Nyummie.....Sedap betul masakan dari air tangan rakan sekerja kitaorang nie, kak ani. Walaupun kak ani nie berasal dari Kelantan tapi masakan akak nie tak terlalu pedas sangat & tak terlalu manis sangat. Sedang-sedang elok...Ermmmm,,, Like 100 x

Friday, June 10, 2011

Ada Orang Murah Hati Nak Jahitkan Langsir Untuk Aku :-)

Bulan puasa dah tak lama dah...Baju raya tak buat lagi nie. Kalau nak suruh tailor jahit memang kompom (potong kuku lah) diorang tak ambil tempahan lagi, huhuhu...Setiap tahun insiden nie memang akan berlaku..Niat dihati tahun ni macam nak tukar langsir baru. Langsir lama dah nak 3 tahun asik routed pakai corak yang tu je . Jiran-jiran pun dah boleh agak tahun nie rumah aku pakai langsir colour ape, huhuhu....


Tetiba adik aku yang study kat UTHM tu tanya kat aku “ kak long nak nak buat kain langsir design macam mana?”

“Design biasa-biasa je fad. Kalau aku suruh tailor tu jahit design grandlavina kang lambat pulak siap.Silap-silap, lepas raya baru dapat agaknya”

“Kalau macam tu buat apa nak susah2x cari tailor. Design yang biasa-biasa tu aku boleh jahit. Takpelah, biar aku jahitkan kain langsir tu untuk ko.”

“Biar betul nie, adik aku pandai jahit kain langsir nie... Kang silap haribulan kain aku jadi benda lain pulak, hahaha..” (xsenonoh betul gelak kat adik macam tu)
“Amboi, Mulut tak der insuran betulah ko nie. See my leglah. Ko tahu tak langsir masa ko kawin dulu tu, aku yang tolong mak jahit”

Lagi sekali aku terkejut beruk....Pehhhh!!!

Pastu terus hati aku berbunga-bunga. Alhamdulillah, dapat jugak nak merasa langsir baru, hahahah.(punyalah excited. Pada hal belum beli kain lagi tu, huhuhu).....Lepas nie, kena survey kain kat Nagoya or Jakel... Tak sabar nak bagi tukang jahit diraja tu jahit, hahaha....Thank you very much fad


p/s: Nak pilih kain warna ape ek???

Monday, June 6, 2011

Anis’ Speech Progress Sehingga Tahun 2011





Risau sangat dengan perkembangan si Anis nie bila aku tengok anak kawan-kawan, anak makcik aku, rakan blogger yang ada anak sebaya anis kebanyakannya dah pandai mengira , menyebut A, B, C.

Sekarang nie, bila dah sedar anak kitaorang macam  lambat je bercakap so, sekarang nie kitaorang berusaha sedaya upaya untuk bersembang dengan dia masa kat rumah.  Belikan anis buku-buku education, toy’s yang merangsang anis untuk bercakap, huhuhu.....

Tapi kebanyakannya anis akan sebut perkataan yang kiraorang tak berapa nak faham...Tak kesahlah, at least Anis still bercakap..cuma kebanyakannya kitorang tak paham (serius, memang tak faham)..hahaha..sebab aku cam perasan macam ade ayat yang sama dier selalu cakap..maknanya mesti la ayat tu bermakna kat dier kot..tapi kitorang jek tak paham..sorry anis....

Kat bawah ni some of words yang Anis kenal and selalu sebut:
  • ooh oohhh (bila anis kentut / terkentut/ or sesiapa sahaja yang kentut berhampiran dengan dia, hahahah
  • one two sampai three  je(kadang-kadang dia sebut four and five. Bergantung pada mood)
  • cat
  • bird
  • mama (kekadang ma je)
  • papa (kekadang sebut pa je)
  • bah ( anis panggil atuk dia abah, huhu)
  • ma ( anis panggil mak aku makk)
  • nak (untuk Nak)
  • nak nak  (untuk tak nak)
  • aaaangeee .. Perkataan yang selalu anis sebut setiap kali nak masuk rumah...(Susah betul nak eja perkataan yang anis selalu sebut ni. Yang nie untuk sebut assalammualaikum.

Dan selebihnya banyak kepada bahasa tubuh. Contoh: kalau nak susu, anis akan tunjukan botol susu kat mama or papa dia.or sometime kalau angin dia tak elok, dia main mengamuk tak tentu pasal ;-(



Kalau dia nak suruh tukar pampers pun mcm tu jugak. Sesuka hati akan tanggalkan seluar & buka pampers sendiri. Pampers yang kotor tu anis akan buang sendiri kat dalam tong sampah. (yang nie, aku tak ajar. Maybe sebab anis selalu tengok aku or papa dia buang pampers kotor tu kat dalam tong sampah kot). Seluar yang dah pakai tu pulak, dia akan masukan dalam bakul baju-baju kotor. Sometime, kalau kitaorang lambat layan permintaan dia tu, anis akan masuk sendiri dalam toilet, huhuhu....

Tu jelah kot kemajuan anak dara kitaorang. Agak lambat anis nie dah bercakap secara proper kalau dibandingkan budak-budak sebaya dengan dia. Anak makcik aku yang beza umur 2 bulan dari anis dah pandai kira 1,2,3.............10, dah pandai bercakap, dah mengadu kat mak dia.. Huhuhu, risau sangat dengan si anis nie. Kalau ikutkan hati nak jek aku hantar dia pergi taska kat bawah rumah mak aku tu. Tapi cikgu kat situ terima budak2x berumur 4 tahun keatas sahaja ;-(

 p/s: Usaha tangga kejayaan :-)

Bestnyer Shopping kat Warehouse

Semalam, selepas singgah ke kenduri kahwin kat blok depan, kitaorang terus ke jualan gudang kat Brem Mall, Kepong. Sekarang nie, kitaorang memang suka bebenor pergi ke warehouse sale. Tak kisahlah jual baju ke kasut ke. Asal nampak je banner/ bunting  WAREHOUSE SALE, memang kitaorang akan pergi, hehehe.....

Actually, kitaorang sebenornya tengah cari mainan untuk Anis. Dah lama tak belikan dia mainan. Kereta yang aku belikan sempena besday anis tahun lepas macam dah tak boleh support berat badan anis dah. Kalau Anis main ganas2x, mulalah anak aku tu asik terlentang dengan kereta2 sekali, huhuhu...Nak tahu kitaorang belikan apa untuk anis????.........Jom layan gambar nie

Warehouse sale@ Brem Mall

Sampai-sampai je terus anis duduk kat buaian nie. Anis macam suka je kat buaian nie tapi, harga mahal sangat..Lain kali jelah mama belikan, huhhu



Kereta Audi tu :-)

Kereta BMW nie cantik jugak mama

Posing kat meja tulis

Try scooter
Disebabkan Anis takut sangat kat kereta BMW & motor chopper dia tu so, papa tak jadi belikan untuk dia mainan tu....

Tapi papa belikan mainan ini untuk Anis :-
basikal & mini scooter



Selepas tu, terus papa bawak anis pergi Taman Tasik Perdana. Dengan mainan masih berplastik terus nak bawa anis pergi main kat sana. Excited betul papa anis nie, hehehe



Tapi.....Bila anis dah nampak playground kat taman tu, terus dia tinggalkan mini scooter dia...Last2x, aku yang kena jaga mainan dia tu & anis dengan happynya bermain-main dengan papa


Mama pulak kena jaga mainan anis nie :-(


Bila kitaorang balik kat rumah, anis masih lagi nak berposing dengan mainan baru dia tu..


Masa tengah rehat2x sambil tengok tv , budak kecik nie dah tertido akibat kepenatan....Kesian
Anak mama nie tido memang style macam nie. bantal mesti letak kat telinga. Peel sape lah agaknya dia ikut nie ;-)






3
23232 

Friday, June 3, 2011

Ding..Dong...Domino's Dah Sampai

Di sebabkan arini macam malas nak masak so, aku rasa macam nak oder domino’s pizza jek… Lagi pun, sejak petang semalam aku dah tergoda sangat2x bila tengok gambar2x domino’s pizza mrs fiza tu, huhuhu…..Ni merupakan 2st time kitaorang oder menggunakan perkhidmatan delivery. 1st time rasanya bulan lepas kot tapi kitaorang oder pizza hut.…

Kalau ikutkan En. suami ajak makan terus kat kedai. Lagipun jarak kedai domino’s pizza tu dengan rumah kitaorang taklah jauh sangat.  Tapi memandangkan Cik Anis nie semakin nakal & semakin tak mengikut arahan kitaorang  so, better kitaorang makan kat rumah je. Lagipun, kalau delivery kat rumah tak dikenakan cas. Tu yang mokcik suka sangat tu, hehehe…..

Memandangkan aku ada coupon nie, so dapat FREE regular pizza. Kitaorang oder large pizza extravaganza, regular classified chicken, dan banana kaya dessert. 

Kupon Domino's pizza yang aku beli bulan lepas ;-)

1st time makan banana kaya dessert nie. Sedap!!! Rasa kaya+banana+ cheese.

classified chicken pun sedap

extravaganza my favorite dari dulu lagi. Tak kira kalau makan kat pizza hut ke domino's pizza ke mesti wajib oder extravaganza

Kitaorang oder pukul 8.30PM tapi pizza sampai kul 10 PM+++. Lambat gilerrr :-(
Semuanya sedap-sedap belaka.Selepas nie, bolehlah beli lagi.... Anis pun suka makan banana kaya dessert. Maybe sebab manis kot. Sebab tu anis suka ;-).  Sepatutnya kitaorang dapat FREE 1 kopun regular pizza dari domino's sebab diorang awal2x dah bagitahu diorang akan hantar pizza tu lambat. Tapi  budak pizza tu terlupa nak bagi kupon tu kat kitaorang,  hhuhuu.... Tapi Suami aku pun terlupa jugak nak bagi kupon yang kitaorang guna tu...So rasa macam fair kan, huhuhu

Thursday, June 2, 2011

Refrigerator Latch Untuk Budak Nakal, Hehehe

Al-kisahnya Cik Anis sekarang nie dah pandai buka petis ais. Satu hari entah berapa puluh kali asik dok buka-tutup pintu peti ais. Sampai peti ais aku pun tak sejuk dah. Disebabkan tension sangat dengan perangai cik Anis nie, aku diside nak beli refrigerator latch. Aritu survey kat little whizz. Aku berkenan refrigerator latch macam picture kat sebelah kiri tu. Kan best kalau boleh dapat barang tu on the spot :-)
carian en. google
So, semalam aku pergi window shopping kat segala mak nenek kedai yang ado kat midvalley nie semata-mata nak cari refrigerator latch.1st sekali masuk kat jusco. Ingat nak cari refrigerator latch jenama 1st safe tapi refrigerator latch tu out of stock :-( . Selepas tu terus pi singgah kat carefour. Pun non ado jugak, benciiii...

Last sekali, aku pergi mothercare. Tetiba jumpa benda alah nie. Rasanya nie lah kot refrigerator latch. Siap doube comfirm balik kat salegirl tu..YES!!! memang benda tu refrigerator latch yang aku dok cari2x...Akhirnya,,,,,dapat  jugak beli benda alah ni ....Habis terbang $$$$ aku, huhuhu

carian en.google

Nilah hasilnya bila aku dah install kat peti ais.

 Dan nie reaksi anis bila dia tak boleh buka peti ais
   
Ingat lepas nie nak beli satu lagi untuk letak kat rumah mak. Mak aku dah complain coz anis suka main-main kat peti ais. Pastu siap ambik telur and baling-baling kat lantai...Kesian kat mak aku coz dapat cucu yang agak nakal, huhuhu...... Kat ikea ada jugak jual benda nie, Tak sampai RM10...Kat Daiso pun ada gak, RM7++...Erm,,,,tengoklah kalau rajin cuti hujung minggu nanti nak pergi cari lagilah benda alah nie.



p/s: Sekarang nie, anis pun suka main tingkap. Semalam masa aku & En.suami tengah tido boleh pulak dia pi bukak tingkap tu seluas-luas alam.Adoiiiii..buatnyer kang ju-on masuk ikut tingkap tu kang...naya makcik

Wednesday, June 1, 2011

Tarif Elektrik Dah Naik. Terima kasih Malaysia.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik pada masa depan tidak akan menjejaskan rakyat di samping menggalakkan penggunaan serta penerokaan tenaga alternatif di negara ini.
Perdana Menteri berkata, tarik elektrik ada kaitan dengan keadaan semasa dan realiti semakin banyak keperluan tenaga, termasuk gas yang perlu diimport mengikut harga pasaran.
“Kita akan kaji dari semasa ke semasa supaya apa yang kita lakukan itu setimpal dari segi beban kepada rakyat. Kali ini kita sudah tentukan 75 peratus daripada isi rumah tidak menghadapi kenaikan bil elektrik sama sekali di samping melaksanakan langkah menjimatkan tenaga,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Tindakan Belia 2011, di sini semalam.
Najib berkata, kerajaan memberi jaminan subsidi tenaga elektrik dirangka khusus untuk memberi manfaat kepada rakyat negara ini dan tidak sekali-kali bertujuan untuk memberi manfaat kepada Stesen Tenaga Bebas (IPP).
Katanya, pemberian subsidi itu akan disalurkan terus kepada rakyat menerusi tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan adalah salah untuk membuat andaian ia bertujuan meningkatkan keuntungan IPP.
“Ia adalah subsidi terus kepada pengguna menerusi tarif TNB. Adalah salah untuk menyatakan IPP mendapat manfaat daripada sejumlah tertentu subsidi ini,” katanya.
Kelmarin, kerajaan mengumumkan tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada 33.54 sen/kwj berkuat kuasa, hari ini.
Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70MMBtu.
Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang.
Perdana Menteri berkata, semakan tarif elektrik itu dirangka bagi mengurangkan tarif elektrik kepada rakyat, kesan daripada pemberian subsidi ditanggung kerajaan.
“Jadi tidak timbul sebarang dakwaan menyatakan subsidi itu memberi manfaat kepada IPP,” katanya.
Beliau berkata, dalam menimbangkan aspek tarif elektrik kerajaan turut mengambil kira usaha menggalakkan pelaburan dalam bentuk cari gali gas dan minyak.
“Jika harga tempatan terlalu rendah, syarikat minyak termasuk PETRONAS tidak akan mendapat insentif untuk mencari punca gas dan minyak yang baru untuk keperluan tenaga negara,” katanya.
Sementara itu, di PUTRAJAYA, Najib menggariskan tiga kriteria yang perlu dipenuhi untuk mengupaya serta mengarusperdanakan inovasi dalam sektor awam
Berucap pada pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2010 di sini, malam tadi, beliau berkata, tiga kriteria inovasi itu ia perlu memberi impak besar; pengurangan kos atau nilai pada wang serta memendekkan tempoh pelaksanaan penyampaian kepada rakyat.
Kerjasama strategik dalam memperkasakan keselamatan dan pertahanan negara antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diumumkan sebagai pemenang AIPM 2010


Hari tu harga gula naik. Kali nie tarif elektrik pulak naik. Eeeeeeee!!!! Mak geram betul dengan keadaan sekarang nie. Habis semua benda nak naik...Baru berangan nak pasang aircond....Nampaknya, terbantut lagi hasrat mak nak pasang aircond kat umah :-( .



p/s: Syukur alhamdulillah aku tinggal kat selangor. Bil air & elektrik  F.O.C bagi bil yang kurang RM20. Sekurang-kurangnya membantu rakyat yang tak berapa ber'wang macam aku nie. Aku rasa sebab takder persaingan dari syarikat lain. Sebab tu TNB sesuka hati nak naikkan tarif elektrik. Walhal, dalam berita asik umumkan untung berjuta-juta ringgit.

p/s/s: Kalau asik macam gini je ghuper nyer, harus-harus pilihanraya akan datang aku pangkah orang lain.