Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, May 3, 2011

Pesta Buku 2011 @ PWTC

Sabtu lepas, LLK+En.suami+Anis ke pesta buku di PWTC.....Punyalah sesak kenderaan kat atas jalanraya. Belum lagi tengok keadaan kat tempat parking kereta. Kami berlegar2x kat tempat parking kereta hentian putra lebih kurang 30min. Kesian kat anis, dah bising2x kat dalam kereta,huhuhu....

Disebabkan kami datang ke pesta buku nie tanpa dirancang sebelum nie, so kami macam blur2x sikit nak beli buku apa kat dalam tu. Tahu-tahu ajelah kat dalam tu banyak booth yang jual buku-buku...Dari buku2x untuk kanak-kanak hingga lah ke buku ilmiah untuk orang dewasa. Tapi dari pemerhatian LLK, kebanyakan both menjual buku2x agama.




Jalan punya jalan singgah sekejap kat booth PTS.. Niat dihati nie nak rembat 1-2 buku masakan. Tapi, bila fikir2x balik buku tu bukan satu keperluan pun sebab LLK selalu BW kat blog penulis buku resepi tu, hehehe.....Tapi, LLK rembat 2 buah buku dari booth telaga biru and dapat diskaun 20%. Untuk anis, mama belikan kad ABC, 123, Alif Ba Ta &cara-cara bersolat dengan harga 4pcs RM10.


nie lah alat yang macam pen tu...Best tapi mahal sangat ;-(

Semasa singgah kat booth Ameen, LLK tertarik dengan satu alat bantuan belajar untuk kanak-kanak seawal 3 tahun. Bentuknya seperti pen. Setiap kali pen tu ditujukan ke objek didalam buku, pen tersebut akan sebutkan nama objek yang kita tunjuk tu. So, budak-budak senang nak ikut. Tapi disebabkan harganya RM300++,  tak mampu nak belikan untuk anis. Sorry ye anis. Nanti mama carikan benda lain untuk anis.


Dalam pukul 7.00 mlm, kami bertolak meninggalkan perkarangan PWTC . Tapi kami sempat lagi berposing sebelah van syarikat majalah ANIS yang kebetulan sama nama dengan my little anis, hehehe....

Sekian, TAMAT

2 comments :

  1. LLK, ate ape tajuk buku yg mike beli tu? X kabo kan kat teman pon?

    ReplyDelete
  2. teman terlupa tajuk buku yang teman beli. Sebab tu teman tak kabo dalam blog teman nie..Tapi buku tu tentang motivasi. Kalau tak silap salah seorang dari penulis yg terlibat adalah dato dr. fadilah kamsah

    ReplyDelete