Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, May 3, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan. 50% Off

Kalau korang perasan lah sekarang nie anak syarikat dibawah KFC Holding sedang giat mengadakan promotion set makan tengahari dengan potongan harga 50%. Lebih kurang macam yang dibuat oleh restoren makanan segera MCD.....

Jom kita tengok, set makanan tengahari yang ditawarkan:-



Minggu lepas En. suami belanja lunch. LLK dah try lunch set roaster chicken black pepper with rice + air karbonat dengan harga RM4.95 (belum plus dengan gov. tax). Cuma kuantiti nasi & ayam tu je dikurangkan, huhuu....Makanan sedap tapi tak kenyang ;-(

Tenghari tadi, LLK & beberapa orang kawan  lunch kat KFC. LLK oder set yang ada nasi+ coslow+ 1 pcs ayam goreng hot N spicy dengan harga RM5.95 (belum plus gov. tax). Kenyang sangat makan set nie. Kiranya berbaloilah dengan harga yang dijual oleh KFC.

Tak sabar nak tunggu tengahari esok sebab ada orang dah janji nak belanja set makanan kat pizza hut, hehehe....Harap2x orang itu tak lupa dengan janji manis yang telah dibuat pada minggu lepas. Den dah lama nak try set makanan nie. Hanya ada hari Selasa jek ;-)


p/s: Habis punah diet ku ;-(

0 comments :

Post a Comment