Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, May 26, 2011

Ayam Penyet @Waroeng Penyet. TERBAIK!!!!!

Nie kisah semalam semasa lunch @ The Curve Damansara. Asalnya salah seorang kawan nie ajak lunch kat Puteri Anis Corner, Pantai Dalam...Disebabkan LLK masa tu berdiskusi lama benor dengan bos. Tambah pulak nak menunggu si H nie yang tetiba M.I.A...so macam lewat sikit lah nak pergi sana. Coz kat sana  kalau dalam pukul 12.00 tengahari kedai dah sesak & jalan pun ajak jem. So, H cadangkan untuk makan meat ball kat Ikea....

‘Meat ball!!! Boleh jek..Jomlah g Ikea’..Pehh, bab makan laju je. Hehehe....Masa on the way ke sana (rasanya masa tu baru sampai kat Jalan Bangsar ) tetiba je si S nie bagitahu ‘ wei korang. Kalau makan nasi ayam penyet pun sedap jugak. Lagipun kedai ayam penyet tu sebelah dengan Ikea je’.

Aduh, hati memasing dah berbelah bagi. Dilema nak pilih meat ball atau ayam penyet.  Kalau ikutkan nafsu serakah nie, nak je balun dua-dua sekali.hahaha...Tapi last2x kitaorang agree makan ayam penyet . Lagipun, LLk tak pernah lagi makan ayam penyet. Rupa bentuk ayam penyet tu pun tak tahu macamner. Dulu, LLk ingatkan penyet tu PENYEKKK..Terkejut besar LLK. Tak tergamak aku nak makan ayam yang kena PENYEKKKK, yekkkkk...Rupa2xnya penyet tu dalam bahasa indonesia yang bermaksud goreng. Hahaha, punyalah jakun aku nie.

Sampai kat kedai Waroeng Ayam Penyet tu tepat pukul 1.00 tengahari. Kami berempat oder 3 set ayam penyet, 1 set bawal penyet & air lemon tea. Kalau tengok kan set makanan nie macam biasa-biasa je. Tapi bila dah makan,,fuhhhh!!!! Nikmat kesedapannya susah nak diluahkan dengan kata-kata...Memang sedap & rangup.. Bila makan, LLk teringatkan masakan mak,hhhuhu...Coz masa kecik LLK suka makan nasik dengan kicap manis......Tak rugi kami datang jauh-jauh semata2x nak merasai kesedapan ayam penyet yang selalu diperkatakan oleh ramai orang tu....

Sila jamu mata memasing ye ;-)

 


Ayam penyet, tauhu penyet, tempe penyet, ulaman & sambal

Bawal penyet, tauhu penyet, tempe penyet, ulaman & sambal

2 jenis sambal yang  berbeza tahap kepedasan. 1 mild je & yang lagi satu pedas kuasa dua, hohoho
Kicap pekat manis tu memang sedap..Teringat masa zaman kecik2x dulu. Sambal sebelah kiri tu tak berapa pedas sangat kalau compare yang sebelah kanan. Nasib baik LLK ambik sambal yang kurang pedas tu kalau tak mesti meleleh air mata ngan air hidung macam member sorang tu, hahahaha.......


2 comments :