Kamu-kamu Yang Comel

Monday, May 2, 2011

Apam Polka Dot Tak Menjadi. Tapi Jadi Apam Lain ler Pulak ;-(

Tengah-tengah hujan lebat nie, perut pun jadi lapar, huhuhu….Petang tadi sepatutnya LLK  nak buat apam polka dot yang cute miut tu. Tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, tak jadi nak buat apam tu dalam paper cup yang comel…LLK buat apam tu terus dalam loyang.  Lebih kurang sama macam cara yang mat gebu buat… So, tak bolehlah nak panggil apam kiut :-(

Resepi asal, LLK ambil dari blog mamafami.

Fresh from my pengukus ;-)


Benjol sikit apam nie, hehehe
Ready to eat

Bahan-bahan
3 biji telur (sejuk dari peti ais)
275g tepung gandum
220g  gula halus
150g susu cair/ susu segar
3 sudu teh baking powder
1sudu teh ovalette
1 sudu teh vanilla essence

Blueberry filling - put in a piping bag (LLK tak bubuh pun)
Pewarna (LLK guna warna hijau & oren. Tu je yang adooo)

Cara-Cara
1.        Pukul telur & gula hingga kembang. Kemudian, masukan bahan-bahan yang lain sehingga sebati

2.        Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3.        Masukkan setiap warna ke dalam bekas yang berasingan

4.        Masukan adunan ke dalam loyang. Selang selikan aduanan dengan warna yang berlainan

5.       Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 30 minit.       

Nota:-
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana sahaja. Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar

p/s: Dah separuh daripada apam tu LLK dah bantai dah. En. Suami makan beberapa potong je coz dia tak berapa suka makan apam nie. En. suami ku lebih kearah kuih-kuih tradisional pantai timur, huhuhu...SEDIH ;-(

p/s/s: Free2x nanti  LLK ceritakan pasal ke Pesta Buku @PWTC k ;-)


1 comment :

  1. Salam..knp apam saya xnaik? Yang kali ke 4... Sblom nie kali ketiga naik... Adkah kesan sebb masok kan esn vanilla lambat,.. Dy jadi x naik.. Walhal saya gunakan tpong naik sndri...seperti sblom ni... Saya ad mgunakan yogurt sbgai bhan... Dr org yang mgajar.. Boleh ke...?

    ReplyDelete