Kamu-kamu Yang Comel

Monday, May 23, 2011

Alhamdulillah.Syukur atas rezeki yang KAU berikan

Orang lain dah buat entry nie, LLK baru terhengeh2x nak buat..huhuhu....Sorrylah kawan-kawan semua. Semenjak dua menjak nie, mood nak mengupdate blog merundum jatuh...Ermm,,pasal tu nanti LLK cerita kat entry lain ye...

 19/5/2011 yang lepas, LLK & beberapa orang kawan dari Cawangan dot..dot telah menerima  Anugerah Pekerja Cemerlang bagi Tahun 2010.Syukur sangat-sangat, Alhamdulillah...... walaupun memang tak sangka langsung nama akan tercalon untuk anugerah tu sebabnya pada LLK ramai lagi senior-senior lain yang layak menerima anugerah tu. Untuk makluman semua, seramai 900 orang kakitangan kerajaan termasuklah JKR, CIDB, LLM, & KKR dari seluruh Malaysia..Dari 900 orang tu, giliran LLK yang ke -479..pehhh!!!berpeluh nak menunggu giliran beb, huhuu...Tempat duduk pulak barisan paling depan sekali. Betul2x berhampiran dengan kerusi VIP, Menteri & cameraman. So tak boleh lah nak ZZZZ ;-(

Selain itu, rasa macam reunion pun ada jugak...Masa nielah terjumpa kelibat kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa.  LLK dapat jumpa dengan member sekelas masa belajar kat IPTA dulu. Dan sekarang nie member tersebut telah menjadi suami kepada mamahana, Isteri kepada TA lama LLK. Member lama masa menghadiri kursus induksi antaranya Zai, minatchi,dan ramai lagi yg LLK pun dah ingat2x lupa nama diorang nie. TAHNIAH LLK ucapkan.

Rasa macam bertambah berat pulak tanggungjawab dibahu nie.....Harap-harap prestasi kerja LLK akan bertambah2x  meningkat lagi selepas  nie...Aritu, ada seorang sahabat nie pernah tanya kat LLK. Apa perasaan selepas terima anugerah ni...ok, nie dia jawapan kepada soalan sahabat kita tu..

Semestinya perasaan nie gembira & terkejut dengan anugerah yang diberikan. Bayangkan selama 6 tahun ++ mengabdikan diri dengan macam-macam perkara baik & buruk berlaku kat diri sendiri.Pernah kena marah & perli dengan bos & Pengarah Kanan. Segala kerahan tenaga  terutama sekali menguruskan Mesyuarat Ketua Jurutera dalam keadaan sarat mengandung 9 bulan  rasa berbaloi. 
 Eventho masa tu LLk ada jugak geram coz sekurang2xnya masa nie dah boleh dapat pengecualian daripada terlibat dengan aktiviti outstation tapi tak tahulah bos LLK nie buat-buat tak nampak ke atau memang sengaja nak suruh semua anak buahnya terlibat sama. Hanya Allah jelah yg tahu betapa risaunya pada masa tu. Kalaulah tetiba sakit nak bersalin kat awana genting tu, macamnerlah nasib aku time tu...
Selepas dah bersalin, kena pulak outstation lagi.....Kena tinggalkan Anis yang masa tu baru 3 bulan++. Kesian kat dia. Masa tu anis masih 100% brestfeeding. Seharian menangis tak nak minum susu formula. Tak sedap agaknya...Terpaksalah En.suami berulang dari KL ke Seremban semata-mata nak datang ambil stok susu aku tu.. ’

Pada kawan-kawan yang satu batch dengan LLK tapi masih tak dapat lagi APC, korang janganlah risau. Insyallah, ada rezeki tahun depan giliran korang pulak.