Kamu-kamu Yang Comel

Monday, May 30, 2011

Shah Jazsle Menari Ghairah Dengan Perempuan Mana Tu???

LLK jumpa video klip nie masa tgh berinternet tanpa hala tuju malam semalam. Aduiiii,,, sakit hati & sakit mata aku tengok video klip nie. Dah serupa macam video klip perempuan j****g ...  Ohh Shah Jaszle!!!!....Kenapa kau tergamak berlakon & berjoget ghairah dengan perempuan yang tak cun tu....Kalau perempuan tu cun , aku boleh terima lagi, huhuhu.....

Semasa tengah aktif menggoogel, aku dapat tahu yang perempuan yang tak cun tu adalah non-muslim & namanya Prema Yin. Erkkk!!! si Prema nie penyanyi baru ke ape??? Kenapa aku tak pernah dengar pun nama dia sebelum nie????No wonderlah boleh joget-joget bukak baju ;-). Shah Jaszle , in future please fikir masak-masak sebelum terima sesuatu job tu. Bukan apa, nama u sedang meningkat naik. Peminat pun semakin ramai. Aku takut imej ko tercalar je. Silap2x peminat pun lari.

p/s: Nak muntah tgk video klip nie.........................

Thursday, May 26, 2011

Ayam Penyet @Waroeng Penyet. TERBAIK!!!!!

Nie kisah semalam semasa lunch @ The Curve Damansara. Asalnya salah seorang kawan nie ajak lunch kat Puteri Anis Corner, Pantai Dalam...Disebabkan LLK masa tu berdiskusi lama benor dengan bos. Tambah pulak nak menunggu si H nie yang tetiba M.I.A...so macam lewat sikit lah nak pergi sana. Coz kat sana  kalau dalam pukul 12.00 tengahari kedai dah sesak & jalan pun ajak jem. So, H cadangkan untuk makan meat ball kat Ikea....

‘Meat ball!!! Boleh jek..Jomlah g Ikea’..Pehh, bab makan laju je. Hehehe....Masa on the way ke sana (rasanya masa tu baru sampai kat Jalan Bangsar ) tetiba je si S nie bagitahu ‘ wei korang. Kalau makan nasi ayam penyet pun sedap jugak. Lagipun kedai ayam penyet tu sebelah dengan Ikea je’.

Aduh, hati memasing dah berbelah bagi. Dilema nak pilih meat ball atau ayam penyet.  Kalau ikutkan nafsu serakah nie, nak je balun dua-dua sekali.hahaha...Tapi last2x kitaorang agree makan ayam penyet . Lagipun, LLk tak pernah lagi makan ayam penyet. Rupa bentuk ayam penyet tu pun tak tahu macamner. Dulu, LLk ingatkan penyet tu PENYEKKK..Terkejut besar LLK. Tak tergamak aku nak makan ayam yang kena PENYEKKKK, yekkkkk...Rupa2xnya penyet tu dalam bahasa indonesia yang bermaksud goreng. Hahaha, punyalah jakun aku nie.

Sampai kat kedai Waroeng Ayam Penyet tu tepat pukul 1.00 tengahari. Kami berempat oder 3 set ayam penyet, 1 set bawal penyet & air lemon tea. Kalau tengok kan set makanan nie macam biasa-biasa je. Tapi bila dah makan,,fuhhhh!!!! Nikmat kesedapannya susah nak diluahkan dengan kata-kata...Memang sedap & rangup.. Bila makan, LLk teringatkan masakan mak,hhhuhu...Coz masa kecik LLK suka makan nasik dengan kicap manis......Tak rugi kami datang jauh-jauh semata2x nak merasai kesedapan ayam penyet yang selalu diperkatakan oleh ramai orang tu....

Sila jamu mata memasing ye ;-)

 


Ayam penyet, tauhu penyet, tempe penyet, ulaman & sambal

Bawal penyet, tauhu penyet, tempe penyet, ulaman & sambal

2 jenis sambal yang  berbeza tahap kepedasan. 1 mild je & yang lagi satu pedas kuasa dua, hohoho
Kicap pekat manis tu memang sedap..Teringat masa zaman kecik2x dulu. Sambal sebelah kiri tu tak berapa pedas sangat kalau compare yang sebelah kanan. Nasib baik LLK ambik sambal yang kurang pedas tu kalau tak mesti meleleh air mata ngan air hidung macam member sorang tu, hahahaha.......


Monday, May 23, 2011

Alhamdulillah.Syukur atas rezeki yang KAU berikan

Orang lain dah buat entry nie, LLK baru terhengeh2x nak buat..huhuhu....Sorrylah kawan-kawan semua. Semenjak dua menjak nie, mood nak mengupdate blog merundum jatuh...Ermm,,pasal tu nanti LLK cerita kat entry lain ye...

 19/5/2011 yang lepas, LLK & beberapa orang kawan dari Cawangan dot..dot telah menerima  Anugerah Pekerja Cemerlang bagi Tahun 2010.Syukur sangat-sangat, Alhamdulillah...... walaupun memang tak sangka langsung nama akan tercalon untuk anugerah tu sebabnya pada LLK ramai lagi senior-senior lain yang layak menerima anugerah tu. Untuk makluman semua, seramai 900 orang kakitangan kerajaan termasuklah JKR, CIDB, LLM, & KKR dari seluruh Malaysia..Dari 900 orang tu, giliran LLK yang ke -479..pehhh!!!berpeluh nak menunggu giliran beb, huhuu...Tempat duduk pulak barisan paling depan sekali. Betul2x berhampiran dengan kerusi VIP, Menteri & cameraman. So tak boleh lah nak ZZZZ ;-(

Selain itu, rasa macam reunion pun ada jugak...Masa nielah terjumpa kelibat kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa.  LLK dapat jumpa dengan member sekelas masa belajar kat IPTA dulu. Dan sekarang nie member tersebut telah menjadi suami kepada mamahana, Isteri kepada TA lama LLK. Member lama masa menghadiri kursus induksi antaranya Zai, minatchi,dan ramai lagi yg LLK pun dah ingat2x lupa nama diorang nie. TAHNIAH LLK ucapkan.

Rasa macam bertambah berat pulak tanggungjawab dibahu nie.....Harap-harap prestasi kerja LLK akan bertambah2x  meningkat lagi selepas  nie...Aritu, ada seorang sahabat nie pernah tanya kat LLK. Apa perasaan selepas terima anugerah ni...ok, nie dia jawapan kepada soalan sahabat kita tu..

Semestinya perasaan nie gembira & terkejut dengan anugerah yang diberikan. Bayangkan selama 6 tahun ++ mengabdikan diri dengan macam-macam perkara baik & buruk berlaku kat diri sendiri.Pernah kena marah & perli dengan bos & Pengarah Kanan. Segala kerahan tenaga  terutama sekali menguruskan Mesyuarat Ketua Jurutera dalam keadaan sarat mengandung 9 bulan  rasa berbaloi. 
 Eventho masa tu LLk ada jugak geram coz sekurang2xnya masa nie dah boleh dapat pengecualian daripada terlibat dengan aktiviti outstation tapi tak tahulah bos LLK nie buat-buat tak nampak ke atau memang sengaja nak suruh semua anak buahnya terlibat sama. Hanya Allah jelah yg tahu betapa risaunya pada masa tu. Kalaulah tetiba sakit nak bersalin kat awana genting tu, macamnerlah nasib aku time tu...
Selepas dah bersalin, kena pulak outstation lagi.....Kena tinggalkan Anis yang masa tu baru 3 bulan++. Kesian kat dia. Masa tu anis masih 100% brestfeeding. Seharian menangis tak nak minum susu formula. Tak sedap agaknya...Terpaksalah En.suami berulang dari KL ke Seremban semata-mata nak datang ambil stok susu aku tu.. ’

Pada kawan-kawan yang satu batch dengan LLK tapi masih tak dapat lagi APC, korang janganlah risau. Insyallah, ada rezeki tahun depan giliran korang pulak.   

Tepung Kek Segera Yang Tak Berapa Segera

Semalam try buat kek buah-buahan menggunakan tepung kek segera jenama nona.....Ingatkan kalau beli yang segera, SEGERA jugak lah dapat makan. Hampeh tull..Kek yang LLK buat tu tak jadi. Bayangkanlah LLK dah kukus hampir 2 jam  kek tu still tak nak naik2x...Geram betul dibuatnya. Dahlah masa tu perut tengah lapar ....

Lebih kurang macam nielah tepung kek tu. Tapi LLK beli tepung kek buah-buahan.


Rasanya bahan-bahan dalam adunan kek tu complete dah semuanya . Cuma cara LLk masak kek tu je salah. Kalau ikutkan arahan kat kotak kek tu, bancuhan kek tu perlu dibakar. Tapi LLK mana ada oven.So, cara alternative LLK masak kek tu secara kukus. So, sila jangan salahkan tepung kek yang ko beli tu ye LLK. Sila salah kan diri sendiri yang tak reti bahasa, hehehe...

Nasib baik En. Suami tak marah pasal kejadian kek yang berapa menjadi tu...Masa zaman LLk anak dara, kalau kek or masakan tak jadi, siaplah  kena marah2x dengan abah...Sampaikan nak buat kek or masak apa2x pun jadi fobia kalau abah ada..... Last2x, kek tu masuk dalam tong sampah jek....Membazir betulkan, huhhu.....Kalau ada ayam or itik boleh jugak bagi diorang makan ;-)


p/s: Moral of the story, selagi tak der baking oven jangan nak gatal2x nak buat kek...huhuhu

p/s/s: Pict by En. google 

Saturday, May 14, 2011

Kes Simbah Asid

Kes simbah asid nie semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan nie. Mangsa terbaru merupakan anak anggota polis. Dalam berita tv3 semalam, polis ada memberikan lakaran muka si  penjenayah  beserta no plat kenderaan yang digunakan. So, berhati-hatilah ye kepada korang semua terutama sekali wanita melayu & kanak-kanak.

Penjenayah nie dah bergerak aktif sekitar bangsar, brickfields, jalan conlay, Mantin, negeri sembilan, jalan pudu,tempatletak kereta berhampiran 101


sumber: zhuliana
Perhatian!!! Motor honda ex5. No WPV 4963 motor suspect simbah acid,got the information thru bala tun razak,please alert everyone for safety of our love one

p/s: Harap2xlah penjenayah nie cepat2x kena tangkap dengan polis. Pastu boleh tak abang2x polis tu simbah balik asid kat muka si jahat nie.

Lama Tak Bersiaran

Dah seminggu lebih tak der entry terbaru dari LLK...Sorrylah ye kawan-kawan. Sejak kebelakangan nie, den ada masalah sikit & mood nak berblog tu 'zero'. Sampaikan makan pun tak der selera..<------- yang nie tipu.. Tapi masalah tersebut dah selesai dah...so, kes selesai hahaha

Wednesday, May 4, 2011

Menternak Lemak Di TCRS

Seperti yang dijangkakan,  orang itu dah terlupa akan janji manis yang telah dibuat minggu lepas....Tapi takpelah, nasib baik ada orang lain ajak lunch kat TCRS. LLK oder set Healthy Good Lunch sebab nampak macam tak banyak sangat lauk. Lagipun perut nie still kenyang lagi sebab dah makan sebungkus nasi lemak ;-)





 p/s: Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati :-)

Tuesday, May 3, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan. 50% Off

Kalau korang perasan lah sekarang nie anak syarikat dibawah KFC Holding sedang giat mengadakan promotion set makan tengahari dengan potongan harga 50%. Lebih kurang macam yang dibuat oleh restoren makanan segera MCD.....

Jom kita tengok, set makanan tengahari yang ditawarkan:-



Minggu lepas En. suami belanja lunch. LLK dah try lunch set roaster chicken black pepper with rice + air karbonat dengan harga RM4.95 (belum plus dengan gov. tax). Cuma kuantiti nasi & ayam tu je dikurangkan, huhuu....Makanan sedap tapi tak kenyang ;-(

Tenghari tadi, LLK & beberapa orang kawan  lunch kat KFC. LLK oder set yang ada nasi+ coslow+ 1 pcs ayam goreng hot N spicy dengan harga RM5.95 (belum plus gov. tax). Kenyang sangat makan set nie. Kiranya berbaloilah dengan harga yang dijual oleh KFC.

Tak sabar nak tunggu tengahari esok sebab ada orang dah janji nak belanja set makanan kat pizza hut, hehehe....Harap2x orang itu tak lupa dengan janji manis yang telah dibuat pada minggu lepas. Den dah lama nak try set makanan nie. Hanya ada hari Selasa jek ;-)


p/s: Habis punah diet ku ;-(

Pesta Buku 2011 @ PWTC

Sabtu lepas, LLK+En.suami+Anis ke pesta buku di PWTC.....Punyalah sesak kenderaan kat atas jalanraya. Belum lagi tengok keadaan kat tempat parking kereta. Kami berlegar2x kat tempat parking kereta hentian putra lebih kurang 30min. Kesian kat anis, dah bising2x kat dalam kereta,huhuhu....

Disebabkan kami datang ke pesta buku nie tanpa dirancang sebelum nie, so kami macam blur2x sikit nak beli buku apa kat dalam tu. Tahu-tahu ajelah kat dalam tu banyak booth yang jual buku-buku...Dari buku2x untuk kanak-kanak hingga lah ke buku ilmiah untuk orang dewasa. Tapi dari pemerhatian LLK, kebanyakan both menjual buku2x agama.




Jalan punya jalan singgah sekejap kat booth PTS.. Niat dihati nie nak rembat 1-2 buku masakan. Tapi, bila fikir2x balik buku tu bukan satu keperluan pun sebab LLK selalu BW kat blog penulis buku resepi tu, hehehe.....Tapi, LLK rembat 2 buah buku dari booth telaga biru and dapat diskaun 20%. Untuk anis, mama belikan kad ABC, 123, Alif Ba Ta &cara-cara bersolat dengan harga 4pcs RM10.


nie lah alat yang macam pen tu...Best tapi mahal sangat ;-(

Semasa singgah kat booth Ameen, LLK tertarik dengan satu alat bantuan belajar untuk kanak-kanak seawal 3 tahun. Bentuknya seperti pen. Setiap kali pen tu ditujukan ke objek didalam buku, pen tersebut akan sebutkan nama objek yang kita tunjuk tu. So, budak-budak senang nak ikut. Tapi disebabkan harganya RM300++,  tak mampu nak belikan untuk anis. Sorry ye anis. Nanti mama carikan benda lain untuk anis.


Dalam pukul 7.00 mlm, kami bertolak meninggalkan perkarangan PWTC . Tapi kami sempat lagi berposing sebelah van syarikat majalah ANIS yang kebetulan sama nama dengan my little anis, hehehe....

Sekian, TAMAT

Monday, May 2, 2011

Apam Polka Dot Tak Menjadi. Tapi Jadi Apam Lain ler Pulak ;-(

Tengah-tengah hujan lebat nie, perut pun jadi lapar, huhuhu….Petang tadi sepatutnya LLK  nak buat apam polka dot yang cute miut tu. Tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, tak jadi nak buat apam tu dalam paper cup yang comel…LLK buat apam tu terus dalam loyang.  Lebih kurang sama macam cara yang mat gebu buat… So, tak bolehlah nak panggil apam kiut :-(

Resepi asal, LLK ambil dari blog mamafami.

Fresh from my pengukus ;-)


Benjol sikit apam nie, hehehe
Ready to eat

Bahan-bahan
3 biji telur (sejuk dari peti ais)
275g tepung gandum
220g  gula halus
150g susu cair/ susu segar
3 sudu teh baking powder
1sudu teh ovalette
1 sudu teh vanilla essence

Blueberry filling - put in a piping bag (LLK tak bubuh pun)
Pewarna (LLK guna warna hijau & oren. Tu je yang adooo)

Cara-Cara
1.        Pukul telur & gula hingga kembang. Kemudian, masukan bahan-bahan yang lain sehingga sebati

2.        Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3.        Masukkan setiap warna ke dalam bekas yang berasingan

4.        Masukan adunan ke dalam loyang. Selang selikan aduanan dengan warna yang berlainan

5.       Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 30 minit.       

Nota:-
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana sahaja. Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar

p/s: Dah separuh daripada apam tu LLK dah bantai dah. En. Suami makan beberapa potong je coz dia tak berapa suka makan apam nie. En. suami ku lebih kearah kuih-kuih tradisional pantai timur, huhuhu...SEDIH ;-(

p/s/s: Free2x nanti  LLK ceritakan pasal ke Pesta Buku @PWTC k ;-)