Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, April 12, 2011

Thanks To Scott Emulsion (^_^)

Seingat LLK lah, sejak Anis berumur 6 or 7 bulan kot Anis dah jadi pengunjung setia kat Klinik Segera kat bangsar.....Kalau ikutkan dari rekod perubatan klinik tu, anis sebulan sekali mesti kena selsema, and batuk-batuk sehinggalah umur dia hampir nak 2 tahun, huhuhu...Actually, dulu mak  & abah pernah pesan suruh bagi anis makan vitamin untuk kuatkan imunisasi badan. Tapi disebabkan LLK ni degil , sampai kesudah tak belikan vitamin untuk si kecik tu.  Sebab sebelum nie, LLk pernah dengar kalau makan vitamin nanti badan jadi gemuk...So, tak naklah Anis jadi gemukkkk.,huhuhu.....

Nak dijadikan cerita, masa awal Januari 2011, LLK and En. Suami bawa anis ke klinik yang selalu kami pergi tu. Doktor pulak macam dah bising2x sebab Anis tu sedari kecik dah selalu diberikan makan ubat..Doktor kata untuk jangkamasa panjang ianya tak elok untuk perkembangan baby. So, doctor tu nasihatkan LLk supaya bagi cik Anis tu makan scott emulsion.... dan yang paling tak best sekali, doctor tu bagi tempoh kat Anis selama 2 bulan. Sekiranya selepas tempoh 2 bulan tu Cik Anis still deman , selsema & batuk, doctor tu akan terus buat surat untuk transfer Anis ke hospital PPUM....Errkkkk!!! tak kanlah sampai macam tu sekali, huhuhu......

So, disebabkan kami takut sangat Anis kena transfer ke hospital, kami pun akur je dengan nasihat doctor tu supaya bagi anis makan scott emulsion....Sekarang dah hampir 4 bulan berlalu. Anis pun dah kurang batuk & selsema...So, LLK nasihatkan kat para ibu kat luar sana tu supaya rajin2x lah bagi anak korang makan scott emoulsion or apa2x jenis vitamin yang sememangnya untuk baby. Sekurang2xnya baby kurang sket terseksa dari kena penyakit2x macam tu. Dan yang paling penting, kos perubatan anak2x korang dapat dikurangkan..... 


p/s: Anak LLK suka makan scott emulsion perasa oren.Kalau makan tu mesti anis cakap’mmm,,,,dakkkkk' <------maksudnya: 'mmm, sedapppp,huhuuhu’

2 comments :

  1. nak cuba gak bagi anak Mama Hana....tp my hubby asyik nk bg vitamin yg kakak dia cadang....huhuhhu

    ReplyDelete
  2. vitamin ape yang kakak ipar mama hana cadangkan tu??? aritu doktor ada bagitahu kat LLK, tak semua vitamin kat pasaran tu elok. antaranya appetton. Appetton tu hanya tingkatkan selera makan sahaja. Xder vitamin yg diperlukan utk kuatkan imunisasi badan baby...Apa2x pun nanti mama hana tanyalah kat doktor.

    ReplyDelete