Kamu-kamu Yang Comel

Monday, April 4, 2011

Siang Mengantok, Malam Berjaga~[ Dah macam cerita musang berjanggut jek]

Main masak2x kat depan TV. Habis barang2x skin care mak dia di keluarkan

Inilah dia wajah2x budak kecik bernama Nurul Anis yang tak mau tidur malam. Keadaan ni berlaku sejak Anis batuk and selsema 2 minggu lepas( kes berjangkit dari mak dia, huhuhu). Sejak dari itu, setiap malam dia akan melayan rancangan kegemarannya kat channel PHDC. Sampaikan LLK and suami pun dah naik bosan tengok cerita sama yang asik di ulang tayang, hehehe..


Pernah satu hari tu Cik Anis tidor awal (around 10.30 mlm) so, bila dah tengok Cik Anis dah 'pengsan', LLK ajak En. suami cepat2x masuk tidur (dengan harapan Anis tak bangun berjaga pada pagi nanti). Tapi semua tu sementara je..Dalam pukul 1.30 pagi, boleh pulak Anis tu bangun and menangis-nangis minta kami bukakan tv, huhuhu....Dah puas pujuk suruh tidor balik pun dia tak nak..Boleh pulak dia bantai menangis melalak2x. Semestinya jiran-jiran terganggu dengan suara lunak manja si Anis ni, hehehehe...So, nak tak nak terpaksalah kami turutkan aje kehendak Cik Anis tu. Lupa lak nak bagitahu, Anis nie kalau menangis kuat, dia akan termuntah. So, disebabkan hal tulah kami merelakan je kehendak Anis. Walaupun kami tak rela, huhuhu...sadis betul

Sekarang nie waktu tidor kami memang betul2x terganggu. Sebab Anis bukannya boleh tengok tv tu diam2x. Kang kejap-kejap dia kejut kan LLK or bapaknya suruh buat susu. Kang kejap lagi dia bantai menangis sorang2x sebab suruh tukar channel. Kang sat lagi dia pergi panjat atas meja makan or kabinet TV. Aduhai anak. Penat betul nak melayan kamu. Patutlah nenek kamu asik mengeluh je sekarang nie..Erm,, rasa2x kalau bagi Cik Anis nie adik, adakah dia akan jadi baik???? Kalau jadi sebaliknya macmner pulak, huhuhuh....Tak pe. nie merupakan Plan B yang boleh LLK buat. Plan A bila Anis  umur 3 or 4 tahun, nak masukan dia kat taska. Dengan harapan dia dapat jumpa ramai kawan & berkelakuan baik kat rumah nanti.


P/S: Psssst!!! korang ada cara tak nak bagi anak LLK nie tidor macam manusia biasa. Sekarang nie rasa dia macam tak normal je. 9.30 malam dia tido sekejap pastu dalam pukul 11.00 malam dia berjaga sampailah ke pagi.. Sepanjang 2 minggu lebih nie, kitaorang sakit kepala kalau sampai kat office pagi2x sebabnya tak cukup tido. Kalau korang ada petua, kongsilah dengan LLK ye... 

p/s/s : Tak sabar nak tunggu makcik2x kamu cuti semester. Boleh minta bantuan diorang jaga Cik Anis. Mesti Anis suka sebab makcik2x dia nie memang jenis siang tidor malam berjaga, hahaha

4 comments :

  1. LLK, bagi ubat tido. konpom lena sampai pagi... hahahahaha

    p/s idea paling keji, kan?

    ReplyDelete
  2. PM: Salah disisi undang2x. Kang tak pasal2x Kena tidor dalam lokap..Xrela uuuuuuu...

    ReplyDelete
  3. kelakar tul.....ssh nk bg tips...coz peel bdk2 ni xsama....anak sue klu tak nak tdo tegas skit kt dia suh tdo....dia tdo la...

    ReplyDelete
  4. mawar puteh: bagusnya anak MP..anak LLK kalau kita bertegas kat dia, dia melawan....last2x kita yang kalah..adehhhh

    ReplyDelete