Kamu-kamu Yang Comel

Monday, April 18, 2011

Kenapa Waktu Senja Bahaya ~ Petikan Dari ILuvIslam

Tadi dok berblogwalking kat blog atecar & tertarik dengan entry tuan tanah tu yang bertajuk ‘Kenapa Waktu senja bahaya’... Actually artikel asal tuan tanah dapat dari ILuvislam.com....Ermmm,,,patutlah kalau waktu keck-kecik dulu, kalau time nak senja tu mesti mak or abah panggil balik. Pastu mesti diorang akan cakap’ dah nak mahgrib nie, tak elok main-main kat luar’...Time tu mesti LLK pelik, nape pulak xelok main kat luar??? Bila LLK tanya kenapa kat mak & mak akan jawab ‘ time2x macam nie ada hantu kat luar.’ huhuhu, biar betullll....Ingatkan mak ngan abah tipu masa LLK kecik-kecik dulu, rupa-rupanya betul loorrrr....

Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja."(Riwayat Muslim)


Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.


Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.


Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya". [Riwayat Bukhari]


p/s: LLK suka tengok iklan time nak azan kat tv 9. Iklan tu mak panggil anak dia yang sedang bermain bola dengan kawan-kawannya & ketika tu hampir senja. Mak budak tu kata ‘ Meh balik, dah nak maghrib dah’...Tiba2x teringat masa kecik2xdulu......

0 comments :

Post a Comment