Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, April 3, 2011

Kek Batik ~ Mudah dan Sedap

Assalammualaikum & salam sejahtera semua...

Hampir 2 minggu tak der entry terbaru kat blog LLK nie...Minta maaf sangat2x sebab sepanjang 2 minggu tersebut LLK tak sihat... Sehingga kehari nie selsema tak sembuh lagi. Ditambah pula Ck Anis yang tak mahu tido & berjaga hingga ke pagi. Keadaan nie menyebabkan LLK jadi bertambah2x letih & tak sihat, huhuu...

Ok, tinggalkan sekejap pasal Anis & selsema LLK yang tak sembuh2x tu.. Hari nie LLK nak bercerita tentang aktiviti petang semalam.  Semalam merupakan 2nd time dalam hidup LLK buat Kek Batik (ayat Jakun). 1st time LLK try buat kek batik nie masa berumur 12 tahun. Masa nie, kek batik sangat2x famous. Siap minta resepi dari kawan. Selepas balik dari sekolah agama, terus memulakan operasi membuat kek tersebut. Habis milo mak aku kerjakan, hehehe.....Tapi..kek tu tak menjadi. Maybe sebab tak bubuh telur & tak mampatkan kek tu. :-(...sejak daripada tu LLK dah malas nak try buat kek tu. Tapi petang semalam, semangat nak buat kek batik tu dah datang balik :-). Kebetulan bahan2x yang diperlukan memang ada kat rumah. Resepi yang sangat simple, tak perlukan oven or what ever. Just masak kat dapur guna kuali jek. Resepi kali nie LLK ambil  dari sebuah majalah. Tapi LLK dah derhaka. Suka-suki menambah or kurangkan sukatan. Nasib baik kek batik LLK menjadi. Kalau tak, mesti tak buat dah kek ni sampai bila-bila, hehehe....


Bahan-Bahan:
1. 250 gram biskut marie cap ping pong (dipatah 4)
2. Milo 3/4 cawan (LLK guna 1cawan)**
3.2 biji telur (dipukul)**
4. 125 gram marjerin
5. 3/4 cawan susu pekat manis**
3. 1/2 cawan air ** ( LLK guna susu)
4. 1 sudu teh esen vanila**
5. 1 1/2 sudu besar serbuk koko **



Cara-Cara


Kacau bahan-bahan **  dalam bekas sehingga sebati. Kemudian, masukan bahan yang telah dikacau tadi kedalam kuali dengan api yang sederhana.Masukan mentega & kacau sehingga pekat.Kemudian, agak2x dah pekat, masukan biskut yang telah dipatah 4. Kacau dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian, masukan bahan tadi kedalam bekas/ loyang yang telah disapukan mentega. Terap or tekan bahan2x tadi sehingga mampat. Setelah selesai, boleh masukan kedalam peti sejuk selama 1 jam. Siap untuk dimakan.


p/s: Kek batik nie sodapp, coklat & lemak berkrim...Hinggakan lemakkat badan nie pun bertambah2x erkkkk,,,,habis diet aku.

7 comments :

  1. aaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

    sedapnya! nak jugak, pleaseee....hukhuk =)

    ReplyDelete
  2. NaMPaK MNYeLeRkaN, TaPi SiS TaK SKe SaNGaT KeK CoKLaT... HuHu!~

    ReplyDelete
  3. mary ann: serius memang sedap....belanja mary ann tengok gambar kek batik aci tak hehehe,,gurau jek..

    sis nad: Dulu masa kecik2x, member makcik ada jual kek batik perasa oren...memang sedappp. Nanti LLk try cari resepi tu. Kalau jumpa, bolehlah try buat.

    ReplyDelete
  4. ann: ambuih!! sume nak dibedal ek?

    LLK: ulorq la kat orang tingkat 9 nih...

    ReplyDelete
  5. PM: LLK dah tapaukan sket untuk PM rasa. Esok pagi sampailah kat tingkat 9.

    ReplyDelete
  6. sedap tak kek tu...boleh pos ke rumah..hehehe

    ReplyDelete
  7. cik zem: kalu ikutkan tekak nie, semuanya sedap...hehehe....Nak tahu sedap/tak kena tanya penjejak-mimpi coz dia dah pernah rasa kek batik ulaq sawa tu

    ReplyDelete