Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, April 28, 2011

Happy Birthday Nurul Anis


27.04.2011 (semalam) merupakan birthday Anis yang ke-2. Tak celebrate besar-besar pun, just beli kek sebiji dan jamu makan adik beradik & mak abah je.

Macam tahun sebelum nie, selalunya LLK akan belikan kek dari secret recepi tapi untuk kali nie rasa macam nak tukar selera kat SENCE. kek yang LLK beli tu flavour coklat banana. Boleh tahan jugak rasa kek nie, lebih kurang macam kek kat secret resepi..Plan asal ingat nak tempah custom kek theme kartun mickey mouse  or Upin Ipin kat online. Tapi disebabkan aku ada pengalaman buruk pasal beli kek secara online, last-last tak jadi ......Betulah orang kata beli barang kat online nie banyak yang indah khabar dari rupa. Tengok gambar kek kat dalam blog si penjual tu nampak macam sedap. Bila dah beli kek tu & makan rasanya.....MASYALLAH keras macam batu & tawar..Menyesal LLK beli. Kalau tahu jadi macam tu, tambah lagi RM10 dah boleh dapat kek secret resepi yang sedap tu. Sekarang nie, taubat tak mau beli kek kat online lagi.... ;-(

see, kek tu dah berlubang sikit..... hehehe

Back to story about birthday anis,disebabkan Anis still tido lagi & macam tak nak bangun2x.Puas En. suami, mak & abah pujuk si Anis nie bangun tido tapi tak berjaya, huhuhu, aku pun deside untuk potong je kek tu bagi pihak Anis. Yelah, berapa lama nak tunggu, hari pun dah malam. kang nak balik rumah kat PJ tu lagi harus-harus pukul 10.00 mlm baru sampai ). Tapi selepas 20 minit kot, barulah si birthday girl tu bangun dari tido & dapat juga cik Anis nie tiup lilin ;-)

Insyallah, Jumaat nie LLK nak buat pulut kuning & rendang untuk bagi budak-budak mengaji al-quran and also untuk para muslimin & muslimah yang baca yassin and doa selamat malam tu. Tengoklah kalau ada rezeki lebih, next year nak buat makan-makan untuk sedara mara pulak. INSYALLAH

p/s: Happy birthday anis. Sekarang anis dah 2 tahun so, tak boleh nakal-nakal sangat ;-)

3 comments :

  1. Happy besday Nurul Anis yg ke-2.....tp kek tu macam mama n papa anis je yg habiskan

    ReplyDelete
  2. mama hana: mama & papa makan sikit je, huhuhu....

    ReplyDelete
  3. mama hana: tak percaya tanya anis,hahaha

    ReplyDelete