Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, April 27, 2011

Kisah 27 April 20**

Hari nie birthday Anis yang ke-2...Happy birthday anis....So, tetiba macam nak cerita balik kisah yang berlaku pada 27 April. Harap korang faham lah kot cerita yang cuba aku sampaikan nie sebab kekadang ayat bahasa melayu aku nie macam rojak sikit, hehehe

13 April 2009
8.30am ~ 10.00am
Appointment dengan doctor at Hospital Assunta, PJ. disebabkan tempoh kandungan dah 36 minggu & masih tak bersalin lagi, doctor suggest kan untuk induce, huhuhu...So, doctor bagi change kat aku untuk pilih tarikh untuk induce...Akhirnya aku & suami setuju memilih tarikh 27.04.2009 . Lagipun, doctor tak galakan aku pilih tarikh lewat dari tarikh 27hb tu sebab takut risiko pada baby nanti:-(


20 ~ 25 April 2009
Dengan perut yang sarat, minggu nie aku memang betul-betul tak larat nak jalan lama-lama. Nak window shopping pun aku dah tak der mood. Kaki semakin bengkak, muka semakin sembam tapi tiada tanda-tanda nak melahirkan baby lagi, hhuhu...Dalam tempoh minggu nie je dah 4 hari aku ambik cuti rehat, ..doktor kat klinik berhampiran dengan rumah aku ada bagi nasihat & tips untuk mempercepatkan kelahiran dengan selalu aktif , contoh: turun  or naik tangga, berjalan & kena banyakan ‘bersama’ dengan suami coz air mani suami mampu melembutkan dinding rahim & sekaligus baby tu boleh cepat sampai kat tempat sepatutnya untuk keluar melihat dunia.....En. suami dah sengih2x dah bila dengar tips doctor tu, ish3x...


26 April 2009
8.00am
Pagi hari ahad tu dah mula keluar tanda. Tapi aku buat rilex je & tak bagitahu langsung kat suami pasal hal tu.Lagipun tak rasa sakit, so taknak lah bagi En. Suami tu panic. Siap call mak bagitahu keadaan aku sekarang tu. Mak nasihatkan tunggu sampai sakit baru pergi hospital.

12.00tgh
En. Suami ajak lunch kat Anis Putri Corner@Pantai Dalam. Tapi time tu aku macam dah tak larat nak kuar jalan. So, aku mintaa En. Suami tolong tapaukan je untuk aku. Tapi En. Suami dah buat muka cam Cipan dia tu. So, nak tak nak, terpaksalah juga gagahkan diri nie pergi makan kat sana. Harap2xlah time nie aku tak terberanak kat kedai tu, huhuhu....


Kat sana, sempat lagi tu makan nasi putih dengan gulai kawah, ayam percik, ulam-ulam & air kelapa .selepas tu, balik rumah & rest...


4.00~5.00pm
Masa nie, contraction dah jadi semakin kerap. 2~3 jam sekali...Pastu, aku pun terus buat pengakukan kat suami aku pasal pagi tadi dah kuar tanda. Terus suami aku jadi panic. Kan dah kata dah..sebab tu aku malas nak bagitahu kat dia awal2x, huhuhu....Masa nie, aku sempat lagi tengok tv. Hati semakin dup..dap..dup..dap, huhuhu...


2.00 am
contraction dah jadi 30min ~1jam sekali beserta sakit dibahagian pinggang yang amat sangat....Memang aku tak boleh tahan wooo masa nie....Terus suami aku hantar pergi hospital. Masa Kat hospital tu, siap duduk kat wheelchair lagi. Aduiii, macamlah aku nie nak terberanak sangat. Takpelah, dah diorang offer suh duduk kat wheel chair tu so aku duduk jelah. Rezeki jangan ditolak, hehehe...


Nurse minta aku tukar baju yang disediakan. Pastu buat check-up sikit kat tut untuk nak tahu dah berapa cm bukaan..Time ni kalau tak silap aku baru 3cm rasanya..Punyalah lama menahan sakit, baru 3cm jek,huhuhu....

6.00 am
Darah dah banyak keluar, rahim pun dah terbuka 6cm...Siap doctor offer kat aku nak ubat tahan sakit lagi tak....So, aku pun angguk je. Pas kena ‘das’ yang kedua terus mamai2x & tido.....

10.00am
Doktor datang check keadaan aku time tu & nak pecahkan air ketuban...Punyalah banjir air ketuban tu keluar, hehehe....After 15min, rasa macam nak terberak je. Doktor kata baby dah nak keluar dah tu. So, doctor minta aku push kuat2x..Pehhh!!!berjenuh aku nak push, huhuhu...Masa nie, menangis En. Suami tengok keadaan aku masa tu. Mungkin dia menyesal cakap kat aku ‘Adik saya bersalin senang je. Tak mati pun, ok je keadaan dia’. Sampai sekarang LLK still ingat lagi kata2x En. Suami tu. Tapi, bagus jugak kan En suami berada disamping kita semasa proses bersalin tu. Sekurang2x si suami dapat  tengok kepayahan si isteri nak melahirkan darah daging dia. Insaf sekejap laki aku tu ;-)


10.09am
selamat melahirkan baby girl secara vacuum.....Selepas memerapa saat keluar dari perut LLK, doctor tunjukan baby tu kat LLK. Selepas tu doctor sedut lendir kat hidung baby & bersihkan badan. Doktor pun ada tunjukan uri kat aku...Erkkk, kenapalah pulak doctor tu g tunjukan aku uri, huhuu.....


Pas dah siap jahit, diaorang letakan baby tu kat dada aku. Masa nie aku tengah mamai ingatkan kucing ke ape tah yg diorang letakan kat aku,...Terdengar jugaklah nurse & doctor dok gelak2x kan aku sebab aku asik cakap merapu-rapu jek. Ini sebab kesan ubat tahan sakit tu tak hilang lagi.


Doktor pindahkan aku ke ward yang ada 6 katil, sebab ward yang 4 katil tu ada patient yang belum kuar...so, kitaorang kena tunggu kejap lorrr...Selepas 3 jam kot, baru kitaorang dapat masuk kat dalam ward yang ada 4 katil. Memang dari awal kitaorang dah setuju untuk pilih ward 4 katil tu. Lagi pun, taklah aku rasa takut time tido malam-malam nanti. Masa nie, sempat jugaklah aku tengok patient sebelah katil aku tu. Dia pun baru bersalin tapi secara C-ser. Asik merintih sakit je...Erkkk, aku yg dengar pun jadi takut, huhhu..tapi baby dia sangat tembam & besar....Yang pasti cute ;-)
Selepas lahirkan Anis, aku pun bantai tido sampai ke petang, hehehe....bayangkan seharian menanggung sakit, letihh woooo...

1st night tido kat hospital sorang-sorang. Tak der sape nak temankan aku malam tu. Lagipun, lelaki tak dibenarkan temankan isteri pada waktu malam. Malam keesokannya barulah adik aku, temankan...

1st night tu, aku ada masalah sikit nak brestfeeding kat Anis. Maklumlah 1st time jadi mak. Kesian kat dia, nangis2x nak minum...tapi tak boleh nak minum sebab aku ada masalah inverted nipple...Dahlah nak gerak2xkan badan pun susah sebab luka kat bawah tu agak besar. So, terpaksa minta bantuan banyak kali kat nurse yang ada kat situ. Lantaklah kalau korang nak marah kat aku. Aku dah bayar mahal2x kat korang ok.


28 April 2009
Pagi2x nurse dah letak b/fast kat atas meja.  Pagi tu makan roti dengan mentega & jem strawberry dan air milo....Pastu tak lama pastu, En. Suami pun datang dengan barang2x yang aku pesan suruh bawak tu...So, bolehlah aku mandi2x, gosok gigi dll...

Nurse datang bawak baby sekali....bulatnya muka baby aku nie, hehehe..Tapi kulit anis masa baru2x lahir agak gelap sikit. Orang kata sebab duduk dalam perut lama sangat. Selepas tu, doctor pun datang check luka & nurse bersihkan luka tu dengan iodine....Tapi sebelum tu, nurse suruh kencing dulu kat bekas yang diorang sediakan. Erk, masa tu macam takut2x nak kencing...Bukan pe, takut pedih kena  kat luka tu jek...Tapi Nurse tu cakap, kalau aku tak boleh kencing nanti diorang terpaksa gunakan tiub untuk keluarkan urine tu...OMG!!!lagi aku takut...Tapi aku berjaya gak lakukan, huhu..Sepanjang 2 hari dok kat spital nie, 2x  nurse cuci luka aku tu...


Tengahari diorang hidangkan makanan nasi putih, lauk ikan sambal dengan sayuran . Mak oiii...nie lauk orang sakit ke apa nie, hehehe....Sebelah petang pulak diorang bagi makan biskut & air milo. Sebelah malamnya pulak dapat makan makanan chiness style. Yang sebenarnya menu makanan semasa berada di hospital nie di pilih oleh pesakit sendiri. Aku pulak 1st time jadi mak.So, tak tahu benda apa yang boleh makan & benda apa yang tak patut makan. Main bedal ikut sesuka hati nak oder ape pun.....hehehe...I nie pantang nampak makanan, semua i bedal

29 April 2009
Last day berada kat hospital....doktor ambil darah sikit kat tumit kaki anis untuk check tahap kesihatan baby. Tapi doctor ada bagitahu kat En. Suami yang Anis ada kena penyakit kuning tapi tak serius. So, doctor bagi pilihan kat kitaorang sama ada nak stay lagi 1 hari untuk rawat anis or balik ke rumah.  Last2x, En. Suami deside  nak bawak aku ngan anis balik rumah je...dalam pukul 10.00 pagi kot semua bil2x hospital dah settle ...So, dah boleh balik rumah ;-)



Inilah cerita serba sedikit tentang tarikh keramat 27 April ....Happy Birthday Anis..Semoga ALLAH murahkan rezeki, & dikurniakan kesihatan yang baik. Mama & papa sentiasa mendoakan anis supaya jadi anak yang baik .

p/s: malam kang kita ‘pau’ papa  k.



5 comments :

  1. takutnya nak bersalin nanti...huhu

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir..

    p/s : kenapa tak boleh nak ekses blog ini..kena search kat google taip nama lianalovekhairi baru dapt jumpa... kalau klik tempat tinggal komen tak boleh...

    ReplyDelete
  3. marry ann:saya pun masa muda dulu, pun macam marry ann jugak. Don't worry my dear, insyallah setiap wanita akan melalui detik itu jugak satu hari nanti. Cuma bezanya lama @ sekejap, sakit@ kurang sakit ;-)

    mamaema: saya pun tak pasti kenapa jadik mcmtu. saya check balik k

    ReplyDelete
  4. misz sheyla: Maybe saya je kot yg susah nak bersalin. Kawan saya sakit nak bersalin cuma 5 jam je, pas tu kababommm...tu pun, masa pergi buat check up kawan tu dah terbuka 8cm...Macamanerlah dia boleh tak perasan dah terbuka 8cm...Lagipun, dia kata tak rasa sakit sangat pun. Sakit biasa2x...

    ReplyDelete