Kamu-kamu Yang Comel

Friday, April 29, 2011

Terpublish entry ~ harap2x korang tak perasan ;-(


Harap-harap korang tak perasan. Baru je berlaku tadi..Terpublish entry yang sepatutnya publish pada 1 Mei nanti menggunakan auto publish, huhuhu......Kesilapan yang berlaku tu sebab LLK compose entry menggunakan email (bukan compose direct dalam blogspot ye)....Rupa2xnya, ada yang tersilap setting dahhhh. Tapi takpe, masalah kecik tu dah settle....


p/s:"Lesson Learnt"

1st contest srie arty ; RINDU ZAMAN SEKOLAH


Jom join 1st contest julung-julung kali yang dianjurkan oleh SRIE, hehehe.... Syaratnya mudah jekkk...Nak tahu mudah ke tak, sila lah skodeng kat SINI




Inilah dia gambar yang dipertaruhkan..Sory, kualiti gambar agak kureng coz zaman LLK dulu tak der kamera digital lagi, huhuhu.....Rindu sangat kat  moment nie.....Masa nie ada PJK tapi kami tak tukar baju sukan. So, lepak2x tepi padang buat aktiviti sendiri. Cikgu pulak sangat sporting ;-)






Thursday, April 28, 2011

Happy Birthday Nurul Anis


27.04.2011 (semalam) merupakan birthday Anis yang ke-2. Tak celebrate besar-besar pun, just beli kek sebiji dan jamu makan adik beradik & mak abah je.

Macam tahun sebelum nie, selalunya LLK akan belikan kek dari secret recepi tapi untuk kali nie rasa macam nak tukar selera kat SENCE. kek yang LLK beli tu flavour coklat banana. Boleh tahan jugak rasa kek nie, lebih kurang macam kek kat secret resepi..Plan asal ingat nak tempah custom kek theme kartun mickey mouse  or Upin Ipin kat online. Tapi disebabkan aku ada pengalaman buruk pasal beli kek secara online, last-last tak jadi ......Betulah orang kata beli barang kat online nie banyak yang indah khabar dari rupa. Tengok gambar kek kat dalam blog si penjual tu nampak macam sedap. Bila dah beli kek tu & makan rasanya.....MASYALLAH keras macam batu & tawar..Menyesal LLK beli. Kalau tahu jadi macam tu, tambah lagi RM10 dah boleh dapat kek secret resepi yang sedap tu. Sekarang nie, taubat tak mau beli kek kat online lagi.... ;-(

see, kek tu dah berlubang sikit..... hehehe

Back to story about birthday anis,disebabkan Anis still tido lagi & macam tak nak bangun2x.Puas En. suami, mak & abah pujuk si Anis nie bangun tido tapi tak berjaya, huhuhu, aku pun deside untuk potong je kek tu bagi pihak Anis. Yelah, berapa lama nak tunggu, hari pun dah malam. kang nak balik rumah kat PJ tu lagi harus-harus pukul 10.00 mlm baru sampai ). Tapi selepas 20 minit kot, barulah si birthday girl tu bangun dari tido & dapat juga cik Anis nie tiup lilin ;-)

Insyallah, Jumaat nie LLK nak buat pulut kuning & rendang untuk bagi budak-budak mengaji al-quran and also untuk para muslimin & muslimah yang baca yassin and doa selamat malam tu. Tengoklah kalau ada rezeki lebih, next year nak buat makan-makan untuk sedara mara pulak. INSYALLAH

p/s: Happy birthday anis. Sekarang anis dah 2 tahun so, tak boleh nakal-nakal sangat ;-)

Wednesday, April 27, 2011

Kisah 27 April 20**

Hari nie birthday Anis yang ke-2...Happy birthday anis....So, tetiba macam nak cerita balik kisah yang berlaku pada 27 April. Harap korang faham lah kot cerita yang cuba aku sampaikan nie sebab kekadang ayat bahasa melayu aku nie macam rojak sikit, hehehe

13 April 2009
8.30am ~ 10.00am
Appointment dengan doctor at Hospital Assunta, PJ. disebabkan tempoh kandungan dah 36 minggu & masih tak bersalin lagi, doctor suggest kan untuk induce, huhuhu...So, doctor bagi change kat aku untuk pilih tarikh untuk induce...Akhirnya aku & suami setuju memilih tarikh 27.04.2009 . Lagipun, doctor tak galakan aku pilih tarikh lewat dari tarikh 27hb tu sebab takut risiko pada baby nanti:-(


20 ~ 25 April 2009
Dengan perut yang sarat, minggu nie aku memang betul-betul tak larat nak jalan lama-lama. Nak window shopping pun aku dah tak der mood. Kaki semakin bengkak, muka semakin sembam tapi tiada tanda-tanda nak melahirkan baby lagi, hhuhu...Dalam tempoh minggu nie je dah 4 hari aku ambik cuti rehat, ..doktor kat klinik berhampiran dengan rumah aku ada bagi nasihat & tips untuk mempercepatkan kelahiran dengan selalu aktif , contoh: turun  or naik tangga, berjalan & kena banyakan ‘bersama’ dengan suami coz air mani suami mampu melembutkan dinding rahim & sekaligus baby tu boleh cepat sampai kat tempat sepatutnya untuk keluar melihat dunia.....En. suami dah sengih2x dah bila dengar tips doctor tu, ish3x...


26 April 2009
8.00am
Pagi hari ahad tu dah mula keluar tanda. Tapi aku buat rilex je & tak bagitahu langsung kat suami pasal hal tu.Lagipun tak rasa sakit, so taknak lah bagi En. Suami tu panic. Siap call mak bagitahu keadaan aku sekarang tu. Mak nasihatkan tunggu sampai sakit baru pergi hospital.

12.00tgh
En. Suami ajak lunch kat Anis Putri Corner@Pantai Dalam. Tapi time tu aku macam dah tak larat nak kuar jalan. So, aku mintaa En. Suami tolong tapaukan je untuk aku. Tapi En. Suami dah buat muka cam Cipan dia tu. So, nak tak nak, terpaksalah juga gagahkan diri nie pergi makan kat sana. Harap2xlah time nie aku tak terberanak kat kedai tu, huhuhu....


Kat sana, sempat lagi tu makan nasi putih dengan gulai kawah, ayam percik, ulam-ulam & air kelapa .selepas tu, balik rumah & rest...


4.00~5.00pm
Masa nie, contraction dah jadi semakin kerap. 2~3 jam sekali...Pastu, aku pun terus buat pengakukan kat suami aku pasal pagi tadi dah kuar tanda. Terus suami aku jadi panic. Kan dah kata dah..sebab tu aku malas nak bagitahu kat dia awal2x, huhuhu....Masa nie, aku sempat lagi tengok tv. Hati semakin dup..dap..dup..dap, huhuhu...


2.00 am
contraction dah jadi 30min ~1jam sekali beserta sakit dibahagian pinggang yang amat sangat....Memang aku tak boleh tahan wooo masa nie....Terus suami aku hantar pergi hospital. Masa Kat hospital tu, siap duduk kat wheelchair lagi. Aduiii, macamlah aku nie nak terberanak sangat. Takpelah, dah diorang offer suh duduk kat wheel chair tu so aku duduk jelah. Rezeki jangan ditolak, hehehe...


Nurse minta aku tukar baju yang disediakan. Pastu buat check-up sikit kat tut untuk nak tahu dah berapa cm bukaan..Time ni kalau tak silap aku baru 3cm rasanya..Punyalah lama menahan sakit, baru 3cm jek,huhuhu....

6.00 am
Darah dah banyak keluar, rahim pun dah terbuka 6cm...Siap doctor offer kat aku nak ubat tahan sakit lagi tak....So, aku pun angguk je. Pas kena ‘das’ yang kedua terus mamai2x & tido.....

10.00am
Doktor datang check keadaan aku time tu & nak pecahkan air ketuban...Punyalah banjir air ketuban tu keluar, hehehe....After 15min, rasa macam nak terberak je. Doktor kata baby dah nak keluar dah tu. So, doctor minta aku push kuat2x..Pehhh!!!berjenuh aku nak push, huhuhu...Masa nie, menangis En. Suami tengok keadaan aku masa tu. Mungkin dia menyesal cakap kat aku ‘Adik saya bersalin senang je. Tak mati pun, ok je keadaan dia’. Sampai sekarang LLK still ingat lagi kata2x En. Suami tu. Tapi, bagus jugak kan En suami berada disamping kita semasa proses bersalin tu. Sekurang2x si suami dapat  tengok kepayahan si isteri nak melahirkan darah daging dia. Insaf sekejap laki aku tu ;-)


10.09am
selamat melahirkan baby girl secara vacuum.....Selepas memerapa saat keluar dari perut LLK, doctor tunjukan baby tu kat LLK. Selepas tu doctor sedut lendir kat hidung baby & bersihkan badan. Doktor pun ada tunjukan uri kat aku...Erkkk, kenapalah pulak doctor tu g tunjukan aku uri, huhuu.....


Pas dah siap jahit, diaorang letakan baby tu kat dada aku. Masa nie aku tengah mamai ingatkan kucing ke ape tah yg diorang letakan kat aku,...Terdengar jugaklah nurse & doctor dok gelak2x kan aku sebab aku asik cakap merapu-rapu jek. Ini sebab kesan ubat tahan sakit tu tak hilang lagi.


Doktor pindahkan aku ke ward yang ada 6 katil, sebab ward yang 4 katil tu ada patient yang belum kuar...so, kitaorang kena tunggu kejap lorrr...Selepas 3 jam kot, baru kitaorang dapat masuk kat dalam ward yang ada 4 katil. Memang dari awal kitaorang dah setuju untuk pilih ward 4 katil tu. Lagi pun, taklah aku rasa takut time tido malam-malam nanti. Masa nie, sempat jugaklah aku tengok patient sebelah katil aku tu. Dia pun baru bersalin tapi secara C-ser. Asik merintih sakit je...Erkkk, aku yg dengar pun jadi takut, huhhu..tapi baby dia sangat tembam & besar....Yang pasti cute ;-)
Selepas lahirkan Anis, aku pun bantai tido sampai ke petang, hehehe....bayangkan seharian menanggung sakit, letihh woooo...

1st night tido kat hospital sorang-sorang. Tak der sape nak temankan aku malam tu. Lagipun, lelaki tak dibenarkan temankan isteri pada waktu malam. Malam keesokannya barulah adik aku, temankan...

1st night tu, aku ada masalah sikit nak brestfeeding kat Anis. Maklumlah 1st time jadi mak. Kesian kat dia, nangis2x nak minum...tapi tak boleh nak minum sebab aku ada masalah inverted nipple...Dahlah nak gerak2xkan badan pun susah sebab luka kat bawah tu agak besar. So, terpaksa minta bantuan banyak kali kat nurse yang ada kat situ. Lantaklah kalau korang nak marah kat aku. Aku dah bayar mahal2x kat korang ok.


28 April 2009
Pagi2x nurse dah letak b/fast kat atas meja.  Pagi tu makan roti dengan mentega & jem strawberry dan air milo....Pastu tak lama pastu, En. Suami pun datang dengan barang2x yang aku pesan suruh bawak tu...So, bolehlah aku mandi2x, gosok gigi dll...

Nurse datang bawak baby sekali....bulatnya muka baby aku nie, hehehe..Tapi kulit anis masa baru2x lahir agak gelap sikit. Orang kata sebab duduk dalam perut lama sangat. Selepas tu, doctor pun datang check luka & nurse bersihkan luka tu dengan iodine....Tapi sebelum tu, nurse suruh kencing dulu kat bekas yang diorang sediakan. Erk, masa tu macam takut2x nak kencing...Bukan pe, takut pedih kena  kat luka tu jek...Tapi Nurse tu cakap, kalau aku tak boleh kencing nanti diorang terpaksa gunakan tiub untuk keluarkan urine tu...OMG!!!lagi aku takut...Tapi aku berjaya gak lakukan, huhu..Sepanjang 2 hari dok kat spital nie, 2x  nurse cuci luka aku tu...


Tengahari diorang hidangkan makanan nasi putih, lauk ikan sambal dengan sayuran . Mak oiii...nie lauk orang sakit ke apa nie, hehehe....Sebelah petang pulak diorang bagi makan biskut & air milo. Sebelah malamnya pulak dapat makan makanan chiness style. Yang sebenarnya menu makanan semasa berada di hospital nie di pilih oleh pesakit sendiri. Aku pulak 1st time jadi mak.So, tak tahu benda apa yang boleh makan & benda apa yang tak patut makan. Main bedal ikut sesuka hati nak oder ape pun.....hehehe...I nie pantang nampak makanan, semua i bedal

29 April 2009
Last day berada kat hospital....doktor ambil darah sikit kat tumit kaki anis untuk check tahap kesihatan baby. Tapi doctor ada bagitahu kat En. Suami yang Anis ada kena penyakit kuning tapi tak serius. So, doctor bagi pilihan kat kitaorang sama ada nak stay lagi 1 hari untuk rawat anis or balik ke rumah.  Last2x, En. Suami deside  nak bawak aku ngan anis balik rumah je...dalam pukul 10.00 pagi kot semua bil2x hospital dah settle ...So, dah boleh balik rumah ;-)



Inilah cerita serba sedikit tentang tarikh keramat 27 April ....Happy Birthday Anis..Semoga ALLAH murahkan rezeki, & dikurniakan kesihatan yang baik. Mama & papa sentiasa mendoakan anis supaya jadi anak yang baik .

p/s: malam kang kita ‘pau’ papa  k.



Tuesday, April 26, 2011

Murah rezeki hari nie (^_^)



Pagi tadi ada hamba allah pulangkan bekas makanan serta balasannya sekali....Terima kasih banyak2x ye...Tak sangka pulak ada balasannya. Terima kasih banyak-banyak. 

Bagi yang masih kabur tentang siapakah hamba allah yang LLK maksudkan tu, boleh klik SINI untuk entry terdahulu.

Monday, April 25, 2011

Mentor 5

google
Terbuktikan rupa yang kurang cantik bukan penghalang untuk menjadi popular sekiranya bakat tu memang ader....Rasanya sejak minggu pertama protégé Erra Fazira, Salma tak pernah lagi mengecewakan Mentor & penyokongnya. Malam tadi punya persembahan dengan Lan Typewritter sangat best. Sampaikan bila time salma punya turn nyanyi, LLK dah jadi frost depan TV, hehehe...

Mostly protégé dalam kumpulan B LLK minat dengan vocal salma & Ika. Mankala dalam Kumpulan A pula LLK minat tengok shiha. Cute je si shiha nie & ada iras-iras rossa. CUMA ada beberapa orang je protégé yang pada LLK vocal diorang nie so so je....kadang2x cara diorang nie nyanyi macam yang biasa LLK dengar kat tempat karaoke. Oppsss!!!jangan marah ye ;-)


  

: SIAPA NAK JOIN BLOGLIST FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM, SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYE~~~



1st time LLK jumpa blogger buat GA or Contest guna banner gambar si usop wilcha....Semakin popular abang usop kita nie, hehehe...So, LLK pun rasa macam nak join je GA ni bila tgk muka si usop nie, hahahaha

Syarat yang dikenakan pun taklah susah sangat. Sesiapa yang berminat, bolehlah klik kat SINI 

Untuk GA kali nie, LLK nak tag mamahanaisa, Intanberlian, MiSzLuLLaBy 


p/s: tqvm pada marry ann yang sudi tag LLK  for this GA

Sunday, April 24, 2011

Alahai Cek Mek Molek

Selalunya cuti hujung minggu sama ada hari sabtu atau hari ahad merupakan hari untuk LLK mengasah bakat terpendam dalam membuat kuih-muih, heheheh...... Hari nie, LLK  try buat kuih cek mek molek… 1st time nie try buat kuih nie ;-) .Ermmm, kuih nie sebenarnya lebih kurang sama macam kuih keria ( bentuknya macam donut tapi disira dengan gula) cuma bentuknya je yg lain sikit. 1st time LLK kenal dengan kuih nie masa study kat kuantan satu ketika dulu… Sebelum nie memang haram tak kenal langsung ape tah lagi rupa bentuk kuih si cek mek molek. Maklumlah mak LLK berasal dari negeri diselatan tanah air & kuih yang paling popular kat kg mak pun semestinya bukan cek mek molek, huhuhu......

Resepi asal LLK rujuk dari sifu hanieliza. Cuma anggaran untuk ubi keledek je LLK main agak2x sebab En. suami beli 5 ketul ubi keledek bersaiz kecil. Masa tengah2x goreng cek mek molek nie, gas memasak pulak habis…..Apa dahhhh!!!! Nasib baik 7 bijik kuih tu dah siap masak, huhuhu….Yang selebihnya, digoreng selepas gas baru yang dioder tu sampai (nasib baiklah tak lama sangat menunggu gas baru)…

Kuih cek mek nie rasanya lembut tapi tak manis sebab cek mek molek LLK kebanyakannya BOCOR..Abis gula meleleh keluar, huhuhu……..LLK kalau bab2x nak masukkan inti ke gula ke kat dalam kuih memang FAIL.Sebab tu bila bab2x masukan inti tu, mak buat sendiri sebab kalau LLK yang buat alamatnya kuih mak LLK jadi benda lain.Huhuhu, sorry mak ;-(.Takpe, lepas nie boleh cuba and cuba lagi….USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN, betul tak ;-)




Resepi Cek Mek Molek

Bahan-bahan
500 gram ubi keledek
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam

Cara-cara
Rebus ubi keledek  bersama sedikit garam sehingga empuk. Toskan airnya & ubi dihancurkan/ dilenyek hancur. Kemudian, uli bersama tepung gandum. Sekiranya adunan terlalu lembek, boleh tambahkan tepung gandum. Masukan gula pasir ditengah2x adunan. Goreng sehingga kekuningan.

p/s: Pastikan gula yang telah dimasukan didalam adunan ditutup dengan kemas. Sekiranya tidak, gula akan bocor & meleleh keluar...

Tuesday, April 19, 2011

Mini Doughnut Pincushion

Aritu LLK ada buat entry pasal Nak Belajor Menjahit ler Pulokkkk . Dan kebetulan pulak LLK tertarik dengan felt yang cute miut dari kedaisus jual tu…Barang-barang untuk nak buat bende alah tu pun LLK dah beli siap-siap dari blog tu. Masa cuti hujung minggu yang lepas, LLK dah cuba buat sendiri mini pincushion yang comel nie. Sambil2x tengok tv & Anis pun tengah lena tido dalam buaian, LLK pun buat slow2x tanpa tengok nota,huhuu….Yang sebenarnya nota untuk menjahit mini pincushion nie LLK dah print siap2x kat office. Tapi disebabkan LLK cuai (maybe sebab kelam kabut nak balik cepat agaknya, huhuhu) nota tu tertinggal kat atas meja ;-(
Tapi…..Nasib baiklah LLK still ingat lagi cara2x nak buat benda alah tu…..So,,inilah hasilnya Mini Felt Doughnut Pincushion kaler pink + hijau…..

Jarum peniti dah tak sepah2x lagi...Siap ada tali keychain lagi tu.

Banyak betul rintangan masa nak buat benda alah nie. Cubaan pertama donut tu kaler hijau & toppingnya kaler pink dan resultnya GAGAL...Sebabnya tak follow step seperti dalam nota tu sebijik2x..Dahlah tu masa nak buat benda alah nie siap sorok2x dari En. Suami....PADAN MUKA aku, huhuhu....

Untuk cubaan yang ke-2, barulah LLK berjaya hasilkan benda alah nie....Tapi, jahitan tak berapa kemas sangat & LLK masih perlu belajar lagi ;-)

Tengoklah kalau rajin lepas nie nak try buat Giant Big Doughnut untuk Cik Anis....

p/s: En. suami ku konfius yang benda alah tu bentuk donut ke strawberry.....Erkkkk!!!! tak macam rupa donut ke  ;-(

Monday, April 18, 2011

Ku Menunggu ~ Rossa




Ku Menunggu ~ Rossa

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

Kenapa Waktu Senja Bahaya ~ Petikan Dari ILuvIslam

Tadi dok berblogwalking kat blog atecar & tertarik dengan entry tuan tanah tu yang bertajuk ‘Kenapa Waktu senja bahaya’... Actually artikel asal tuan tanah dapat dari ILuvislam.com....Ermmm,,,patutlah kalau waktu keck-kecik dulu, kalau time nak senja tu mesti mak or abah panggil balik. Pastu mesti diorang akan cakap’ dah nak mahgrib nie, tak elok main-main kat luar’...Time tu mesti LLK pelik, nape pulak xelok main kat luar??? Bila LLK tanya kenapa kat mak & mak akan jawab ‘ time2x macam nie ada hantu kat luar.’ huhuhu, biar betullll....Ingatkan mak ngan abah tipu masa LLK kecik-kecik dulu, rupa-rupanya betul loorrrr....

Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja."(Riwayat Muslim)


Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.


Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.


Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya". [Riwayat Bukhari]


p/s: LLK suka tengok iklan time nak azan kat tv 9. Iklan tu mak panggil anak dia yang sedang bermain bola dengan kawan-kawannya & ketika tu hampir senja. Mak budak tu kata ‘ Meh balik, dah nak maghrib dah’...Tiba2x teringat masa kecik2xdulu......

Friday, April 15, 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby



LLK nak join Giveaway from Moscow by MiszLullaby.

So, tengah free sesangat nie LLK join GA nie.

Korang nak join jugak?

Joinlah join sebab dapat hadiah dari MiszLullaby, hehehe


Nak join tekan SINI

Thursday, April 14, 2011

Ubat Semut Ubat Lipas,Murah2x......



Baru 10 minit lepas LLK beli ubat semut & lipas nie dari seorang uncle berbangsa cina yang kadang-kadang jek datang menjual benda nie kat kawasan office LLK.1 paket berharga RM2...Siaplah ko pasni semut-semut & lipas-lipas durjana....Jangan harap korang dapat bersuka ria lagi, hehehe

Wednesday, April 13, 2011

Perfect- Pink



Perfect

Made a wrong turn once or twice
Dug my way out blood and fire
Bad decisions that’s alright
Welcome to my silly life
Mistreated, misplaced, missundaztood
Miss “no way it’s all good”
It didn’t slow me down
Mistaken, Always second guessing
Underestimated look, I’m still around

Pretty, pretty please don’t you ever, ever feel
Like your less than less than perfect
Pretty, pretty please If you ever, ever feel
Like your nothing you’re perfect to me

You’re so mean when you talk
About yourself you are wrong
Change the voices in your head
Make them like you instead

So complicated look how big you’ll make it
Filled with so much hatred such a tired game
It’s enough I’ve done all I can think of
Chased down all my demons, see you do same
Pretty, pretty please don’t you ever, ever feel
Like your less than less than perfect

Pretty, pretty please If you ever, ever feel
Like your nothing you’re perfect to me

The world stares while I swallow the fear
The only thing I should be drinking is an ice cold beer
So cool in lying and I tried tried
But we try too hard, it’s a waste of my time
Done looking for the critics, cuz they’re everywhere
They don’t like my genes, they don’t get my hair
Stringe ourselves and we do it all the time
Why do we do that?, Why do I do that?, Why do I do that?
yeahh.. oohh..
 Ooh, pretty pretty pretty,

Pretty pretty please don’t you ever ever feel
Like you’re less then, less then perfect
Pretty pretty please if you ever ever feel
Like you’re nothing you’re perfect, to me
You’re perfect, You’re perfect
Pretty, pretty please if you ever ever feel
Like you’re nothing you’re perfect to me

Tuesday, April 12, 2011

Thanks To Scott Emulsion (^_^)

Seingat LLK lah, sejak Anis berumur 6 or 7 bulan kot Anis dah jadi pengunjung setia kat Klinik Segera kat bangsar.....Kalau ikutkan dari rekod perubatan klinik tu, anis sebulan sekali mesti kena selsema, and batuk-batuk sehinggalah umur dia hampir nak 2 tahun, huhuhu...Actually, dulu mak  & abah pernah pesan suruh bagi anis makan vitamin untuk kuatkan imunisasi badan. Tapi disebabkan LLK ni degil , sampai kesudah tak belikan vitamin untuk si kecik tu.  Sebab sebelum nie, LLk pernah dengar kalau makan vitamin nanti badan jadi gemuk...So, tak naklah Anis jadi gemukkkk.,huhuhu.....

Nak dijadikan cerita, masa awal Januari 2011, LLK and En. Suami bawa anis ke klinik yang selalu kami pergi tu. Doktor pulak macam dah bising2x sebab Anis tu sedari kecik dah selalu diberikan makan ubat..Doktor kata untuk jangkamasa panjang ianya tak elok untuk perkembangan baby. So, doctor tu nasihatkan LLk supaya bagi cik Anis tu makan scott emulsion.... dan yang paling tak best sekali, doctor tu bagi tempoh kat Anis selama 2 bulan. Sekiranya selepas tempoh 2 bulan tu Cik Anis still deman , selsema & batuk, doctor tu akan terus buat surat untuk transfer Anis ke hospital PPUM....Errkkkk!!! tak kanlah sampai macam tu sekali, huhuhu......

So, disebabkan kami takut sangat Anis kena transfer ke hospital, kami pun akur je dengan nasihat doctor tu supaya bagi anis makan scott emulsion....Sekarang dah hampir 4 bulan berlalu. Anis pun dah kurang batuk & selsema...So, LLK nasihatkan kat para ibu kat luar sana tu supaya rajin2x lah bagi anak korang makan scott emoulsion or apa2x jenis vitamin yang sememangnya untuk baby. Sekurang2xnya baby kurang sket terseksa dari kena penyakit2x macam tu. Dan yang paling penting, kos perubatan anak2x korang dapat dikurangkan..... 


p/s: Anak LLK suka makan scott emulsion perasa oren.Kalau makan tu mesti anis cakap’mmm,,,,dakkkkk' <------maksudnya: 'mmm, sedapppp,huhuuhu’

jom join bloglist frommetoyou

saya dah join.. anda bile lagi??


sini saya tagged 3 kawan saya..




ha.. apa tunggu lagi? meh la join sekali




boleh klik di banner atau klik kat blog tuan tanah disini..



p/s: tq pada penjejak-mimpi yang tag den ;-)

Monday, April 11, 2011

Nak Belajor Menjahit ler Pulokkkk

Sekarang nie LLK tengah bersemangat nak try buat benda-benda yang berkaitan dengan jahitan....beberapa minggu yang lepas, LLk secara tak sengara berblogwalking kat kedaisus....Hasil jahitan tangan yang owner blog tu jual sangatah cute..So, sejak daripada itu terdetik hati nie nak try belajar jahitan. Yang pasti, LLK nak belajar buat donut felt dulu. Boleh buat tempat letak jarum macam pict kat bawah nie...........

Pict di cilok dari kedaisus.blogspot.com
 Lagipun jarum peniti sgt bersepah kat atas meja solek. Takut nanti tercucuk tangan cik Anis nanti tak pasal-pasal LLK jugak yang susah....Jumaat lepas, LLK ada oder bebarapa barang dari kedaisus & Alhamdulillah, barang tersebut dah selamat sampai kat LLK pada pagi tadi......TAPI,,,entah bilalah agaknya nak mulakan kerja-kerja menjahit nie, hehehe....Jangan jadi macam hangat-hangat tahi ayam dah lerrr


p/s:  Tangan nie ada bakat ke nak menjahit???

Jom Borong Barang Make-up STAGE


Minggu lepas, LLK borong barang2x make-up stage nie kat Midvalley..Kebetulan seorang kawan ada bagitahu, stage sekarang tengah sale...lipstick, foundation, lipgloss, lipliner, compact powder and macam-macam lagi lah dijual dengan harga RM12 per item...Murah tau kalau nak compare dengan harga asal...Sale bermula sejak akhir bulan Mac hingga Mei 2011. So, pada sesiapa yang berminat nak try produk stage cepat-cepatlah serang outlet diorang yang terdekat..

Semalam LLK dah guna foundation stage (LLK pilih 09 take 8) & LLK sangat2x puas hati dengan kualiti barang tersebut. 1st time tgk muka tak berkilat2x sangat, hehehe..Yang paling best, foundation nie ada bau vanilla....Lipstick pun sama, harum semacam jek and very moist...Thanks a lot kat amoi yang banyak tolong den aritu..

p/s: Gaji nanti ingat nak beli concealer and eyeshadow. Blusher , eyeliner, & brush pun rasa teringin nak beli jugak.....ish2x, tamak haloba betul den nie (^_^)

Sunday, April 10, 2011

My Little Princess ~ Nurul Anis


Cik Anis sekarang dah berumur 1 tahun 11 bulan.. Lagi beberapa minggu lagi Anis akan berumur 2 tahun...Sekejap je dah nak masuk 2 tahun.  Rasa macam baru semalam je bersalinkan Anis, huhuhu...

Friday, April 8, 2011

Alhamdullillah.....Selesai sudah (^_^)

Malam tadi dalam pukul 11.00 malam, LLK dengan semangatnya memulakan operasi membuat kek batik ular sawa untuk  dot..dot..dot..Actually, LLK dah janji nak bagi  kat dia. Tapi disebabkan’ hard disk CPU’ LLk dah penuh, asik terlupa memanjang jek....huhuhu...Nasib baik orang tu tak marah . Sorry ye PM, LLK tak sengaja.......;-)

Untuk resepi semlam, LLL buat ½ daripada resepi asal kek batik..Malas nak buat banyak2x, kang tak termakan pulak si Penjejak-Mimpi  dengan kawan-kawannya, hehehe... So, kepada Penjejak-mimpi, enjoy your food. ..Untuk kali nie, gambar kek batik tak dan nak snap...Apa-apa pun, kita tunggu gambar dari Penjejak-mimpi

p/s:  Nasib baik kat rumah tak der baking oven...Kalau tak, harus-harus tok laki den kena makan kek hari2x....

Tuesday, April 5, 2011

Bila Budak Kecik Terlalu Panjang Akal, Si Papa Jadi Hot Macam Hulk, hehehe

Malam tadi Cik Anis buat papa & mama nya tension....Tengah malam semalam, dalam diam2x dia ada buat aktiviti nakal ( sila rujuk entry terdahulu ‘Siang mengantok, malam berjaga [dah macam musang berjanggut lah Pulok].... Habis separuh tin susu tepung anmum si Anis tu di tumpahkan kat lantai....Entah bila and macamaner dia boleh bukak penutup tin susu tu LLK tak tahu lerrr....Kesian kat dia kena marah and kena pukul sket dengan papa dia... Anis, kamu betul2x buat papa  HOT TEMPER....Dan LLK hanya mampu diam jek.Kang aku kata lebih2x kang tak pasal2x dengan aku-aku kena tampar terus melekat kat dinding (erkkkk.....berani ke nak tampar big mama nie sampai melekat kat dinding).

susu yang tumpah kat lantai....Membazir betul, huhuhu...

En. google
Nakal tak setara budak kecik nie.  Khairi kata, dia tersedar masa Cik Anis nangis2x sambil hulurkan remote for tukarkan channel tv. Masa En. Suami tu sambut remote tu, terasa tangan anak aku tu berpasir. Dia pun terus bangun and bukak lampu. Bila dah nampak budak kecik tu dah macam tepung gomak (habis muka, rambut and badan penuh dengan susu tepung) apa lagi, menjerit macam tarzan lah laki aku tuu, hehehhe....Aku yang tengah mamai-mamai nie bangun and tolong kaup yang mana boleh je susu yang tumpah tu.selebihnya kena buang kat tong sampah. Sayang betul tengok susu yang tumpah tu. Dahlah susu tu setin mencecah RM80 setin. Memang patut2x laki aku hot tempere malam semalam.

Selepas cik Anis kena tazkirah sekejap, terus dia tidor (agaknya dia tahu salah dia & faham kot apa yang papa dia kata semalam). Harap2x, malam nie dia akan tidor ikut jadual asal dia balik and tak  buat hal lagi macam semalam.

p/s: Hanya 1 gambar je yg mampu aku snap semalam. Tu pun takut2x berani. Maklumlah En. Suami tengah HOT, si Isteri sibuk nak snap gambar. Kang tak pasal2x kena makan penampaq jepun,I takut uuuu.....huhuhu.....
p/s/s: Balik nie kang, nak memulakan operasi mop rumah. Abih melekit lantai kat rumah tu dengan susu Anis yang tumpah semalam. Kang tak pasal2x semut mari serang pulak umah aku, huhuhu....

Maafkan Aku Ye Penjejak-Mimpi.


Firstly, LLK nak minta maaf bebanyak kat Penjejak-Mimpi sebab tak dapat nak bagi dia merasa kek batik yang LLK buat pada cuti hujung minggu aritu. Penjejak-mimpi, maafkan aku ye donggg...Aku betul2x terlupa nak bawak kek batik kamu tu yang sememang nya dah bubuh siap2x dalam tupperware kat peti ais........Insyallah , tomorrow day I bawak ler kek tu untuk u ye..Harap2x aku tak lupa lagi.ngehhhhhhh



p/s: Aku teringatkan kek tu masa kat flyover NPE....hanya mampu menjerit ‘ooooo makkk!!! Kek batik aku tertinggal’ huhuhu

Monday, April 4, 2011

Siang Mengantok, Malam Berjaga~[ Dah macam cerita musang berjanggut jek]

Main masak2x kat depan TV. Habis barang2x skin care mak dia di keluarkan

Inilah dia wajah2x budak kecik bernama Nurul Anis yang tak mau tidur malam. Keadaan ni berlaku sejak Anis batuk and selsema 2 minggu lepas( kes berjangkit dari mak dia, huhuhu). Sejak dari itu, setiap malam dia akan melayan rancangan kegemarannya kat channel PHDC. Sampaikan LLK and suami pun dah naik bosan tengok cerita sama yang asik di ulang tayang, hehehe..


Pernah satu hari tu Cik Anis tidor awal (around 10.30 mlm) so, bila dah tengok Cik Anis dah 'pengsan', LLK ajak En. suami cepat2x masuk tidur (dengan harapan Anis tak bangun berjaga pada pagi nanti). Tapi semua tu sementara je..Dalam pukul 1.30 pagi, boleh pulak Anis tu bangun and menangis-nangis minta kami bukakan tv, huhuhu....Dah puas pujuk suruh tidor balik pun dia tak nak..Boleh pulak dia bantai menangis melalak2x. Semestinya jiran-jiran terganggu dengan suara lunak manja si Anis ni, hehehehe...So, nak tak nak terpaksalah kami turutkan aje kehendak Cik Anis tu. Lupa lak nak bagitahu, Anis nie kalau menangis kuat, dia akan termuntah. So, disebabkan hal tulah kami merelakan je kehendak Anis. Walaupun kami tak rela, huhuhu...sadis betul

Sekarang nie waktu tidor kami memang betul2x terganggu. Sebab Anis bukannya boleh tengok tv tu diam2x. Kang kejap-kejap dia kejut kan LLK or bapaknya suruh buat susu. Kang kejap lagi dia bantai menangis sorang2x sebab suruh tukar channel. Kang sat lagi dia pergi panjat atas meja makan or kabinet TV. Aduhai anak. Penat betul nak melayan kamu. Patutlah nenek kamu asik mengeluh je sekarang nie..Erm,, rasa2x kalau bagi Cik Anis nie adik, adakah dia akan jadi baik???? Kalau jadi sebaliknya macmner pulak, huhuhuh....Tak pe. nie merupakan Plan B yang boleh LLK buat. Plan A bila Anis  umur 3 or 4 tahun, nak masukan dia kat taska. Dengan harapan dia dapat jumpa ramai kawan & berkelakuan baik kat rumah nanti.


P/S: Psssst!!! korang ada cara tak nak bagi anak LLK nie tidor macam manusia biasa. Sekarang nie rasa dia macam tak normal je. 9.30 malam dia tido sekejap pastu dalam pukul 11.00 malam dia berjaga sampailah ke pagi.. Sepanjang 2 minggu lebih nie, kitaorang sakit kepala kalau sampai kat office pagi2x sebabnya tak cukup tido. Kalau korang ada petua, kongsilah dengan LLK ye... 

p/s/s : Tak sabar nak tunggu makcik2x kamu cuti semester. Boleh minta bantuan diorang jaga Cik Anis. Mesti Anis suka sebab makcik2x dia nie memang jenis siang tidor malam berjaga, hahaha

Sunday, April 3, 2011

Kek Batik ~ Mudah dan Sedap

Assalammualaikum & salam sejahtera semua...

Hampir 2 minggu tak der entry terbaru kat blog LLK nie...Minta maaf sangat2x sebab sepanjang 2 minggu tersebut LLK tak sihat... Sehingga kehari nie selsema tak sembuh lagi. Ditambah pula Ck Anis yang tak mahu tido & berjaga hingga ke pagi. Keadaan nie menyebabkan LLK jadi bertambah2x letih & tak sihat, huhuu...

Ok, tinggalkan sekejap pasal Anis & selsema LLK yang tak sembuh2x tu.. Hari nie LLK nak bercerita tentang aktiviti petang semalam.  Semalam merupakan 2nd time dalam hidup LLK buat Kek Batik (ayat Jakun). 1st time LLK try buat kek batik nie masa berumur 12 tahun. Masa nie, kek batik sangat2x famous. Siap minta resepi dari kawan. Selepas balik dari sekolah agama, terus memulakan operasi membuat kek tersebut. Habis milo mak aku kerjakan, hehehe.....Tapi..kek tu tak menjadi. Maybe sebab tak bubuh telur & tak mampatkan kek tu. :-(...sejak daripada tu LLK dah malas nak try buat kek tu. Tapi petang semalam, semangat nak buat kek batik tu dah datang balik :-). Kebetulan bahan2x yang diperlukan memang ada kat rumah. Resepi yang sangat simple, tak perlukan oven or what ever. Just masak kat dapur guna kuali jek. Resepi kali nie LLK ambil  dari sebuah majalah. Tapi LLK dah derhaka. Suka-suki menambah or kurangkan sukatan. Nasib baik kek batik LLK menjadi. Kalau tak, mesti tak buat dah kek ni sampai bila-bila, hehehe....


Bahan-Bahan:
1. 250 gram biskut marie cap ping pong (dipatah 4)
2. Milo 3/4 cawan (LLK guna 1cawan)**
3.2 biji telur (dipukul)**
4. 125 gram marjerin
5. 3/4 cawan susu pekat manis**
3. 1/2 cawan air ** ( LLK guna susu)
4. 1 sudu teh esen vanila**
5. 1 1/2 sudu besar serbuk koko **



Cara-Cara


Kacau bahan-bahan **  dalam bekas sehingga sebati. Kemudian, masukan bahan yang telah dikacau tadi kedalam kuali dengan api yang sederhana.Masukan mentega & kacau sehingga pekat.Kemudian, agak2x dah pekat, masukan biskut yang telah dipatah 4. Kacau dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian, masukan bahan tadi kedalam bekas/ loyang yang telah disapukan mentega. Terap or tekan bahan2x tadi sehingga mampat. Setelah selesai, boleh masukan kedalam peti sejuk selama 1 jam. Siap untuk dimakan.


p/s: Kek batik nie sodapp, coklat & lemak berkrim...Hinggakan lemakkat badan nie pun bertambah2x erkkkk,,,,habis diet aku.