Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, March 1, 2011

Drama Terhebat 2011~Gemilang @TV3

Sekarang nie, LLK excited melayan drama 'Gemilang' yang di siarkan di TV3. Kisah benar seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua Kabir Bhatia sendiri (ayah Mira Mustapha : penulis skrip cerita ini ). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Shahz Jasle Jasmin diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.


Sinopsis:Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.Kini cikgu Saifullah berusaha untuk mencari adik-adiknya yang setelah sekian lama terpisah akibat kemiskinan hidup.


Pelakon-pelakon Drama Gemilang:
Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.


p/s: Abah LLK kalau tengok drama nie mesti menitis air mata sebab abah membesar pada tahun tersebut, huhuh...Maklumlah orang melayu pada ketika tu kebanyakannya hidup susah & mempunyai anak yang ramai.Tapi abah bernasib baik sebab nenek LLK tak jadi bagi abah kat sebuah keluarga angkat. Kalau tak, tak wujud kot LLK kat sini sekarang nie, huhuhu.....

p/s/s: Suka tengok Shahz Jaszle & Tiqz berlakon dalam drama nie. Tapi paling menyampah tengok Shahz berlakon dalam drama Asmara. Tak boleh tahan tengok memek muka 10 sen dia tu ;-). Kredit to arnamee.com

2 comments :