Kamu-kamu Yang Comel

Monday, March 7, 2011

DONUT [ 1ST TIME BUAT DONUT, HOHOHO]

Donut yang dah naik/ kembang...Siap sedia untuk di goreng

Donut home made

Lupakan seketika tragedy sedih pagi tadi....Sekarang nak cerita tentang donut yang LLK buat untuk minum petang semalam....Actually dalam tempoh 3 tahun berkahwin ngan En. Suami, rasanya nielah 1st time LLK buat kuih untuk dia...Sebelum nie pernah buat bubur kacang, goreng pisang dgn bubur cha cha.  Dan selebihnya kitaorang beli je kat gerai...

So, petang semalam tiba2x je dapat hidayah dari Allah swt untuk buat kuih,. Mood tengah baik. Kalau mood malas, jangan harap ler nak buat hehehe.....Bahan2x nak buat donut nie LLK dah beli siap2x pada hari jumaat tu. Sukatan pun LLK main agak2x je sebab resepi asalnya guna dalam 1kg tepung. Maklumlah, kami bertiga je yang nak makan. Kalau buat banyak2x kang tak habis. Lagipun, nie 1st time nak belajar buat kuih. So, kenalah buat dalam sukatan yang sedikit....


Bahan
  • Tepung gandum 500g
  • Yis Segera   6g
  • Air suam 3/4 cawan
  • 1 biji Telur  
  • Marjerin / planta   90g (1/2 cawan)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam 

Cara-Cara
  • Yis, gula & air suam di campur. Tunggu sehingga berbuih ---- bahan **
  • Gaul tepung gandum dengan planta, telur dan campuran bahan **
  • Gaul sehingga rata dan tidak melekat.
  • Bentukan donut tersebut dengan acuan.
  • Biarkan seketika sehingga donut tersebut naik / kembang
  • Goreng hingga keemasan
  • Salut donut dengan gula yang telah dikisar / gula aising

p/s: Kalau rajin, pasni nak cuba buat lagi...1 tips yang nak kongsi dengan kamu-kamu semua. untuk menghasilkan donut yang gebu & lembut, boleh lebihkan sukatan planta.. Selamat mencuba...

0 comments :

Post a Comment