Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, March 22, 2011

24 Jam Tanpa Lif...Sanggup ke?????

Hari nie macam biasa rutin harian pepagi menghantar cik Anis ke rumah neneknya kat PD. Tapi pagi nie nasib kitaorang tak berapa baik sebab sejak semalam lagi lif yang merupakan kegunaan utama penghuni kat flat nie dah rosak. Kalau 1 lif rosak aku boleh accept lagi, nie kesemua lif yang ado semuanya out of service.<------- Dah macam kat mesin atm pulok.

  
Dahlah pagi nie kami agak kelewatan disebabkan pagi nie hujan. So, nak tak nak kami gigihkan jugaklah kudrat nie nak panjat tangga sampai ke tingkat 7. Tak kanlah  nak suruh cik anis tu naik sendiri ke tingkat 7 , hehehe.....Masa kitaorang duk mendaki tangga yang banyak tu, terdengarlah jugak keluh kesah and rintihan sebilangan warga tua yang kebetulan menggunakan tangga yang sama. Kesian pulak aku diorang tu.Kalau rumah kat tingkat 1-7 boleh tahanlah lagi..Kalau rumah kat tingkat 17 or 21 mau pengsan naik tangga...

Kekadang aku geram jugak dengan pemaju perumahan D**L ..Kalau buat sesuatu projek tu kalau tak der masalah memang tak sah.. First pasal kes guna barang2x binaan yang pada aku brand ‘cap ayam’ ( tok laki den kata lif model/brand tu memang tak diluluskan dalam projek yang dihandlekan oleh JKR. Tapi aku musykil macmaner model/brand tersebut boleh ‘lepas’ kat projek D**L..... Pakai tak sampai sebulan dah rosak.  Silap1x hari bulan, ada nyawa yang melayang kalau berlaku kemalangan macam yang pernah berlaku kat PJ. Minta dijauhkan semua malapetaka tu....huhuhu

Disebabkan pagi2x lagi dah naik turun tangga macam masuk amazing race , sampai je kat office dah lapar tahap gaban...Rehat sekejap pastu terus belasah makanan kat pantry...macamner nak kurus kalau begini rupernyer, huhuhu....Oklah, nak sambung balik kerja..Bye

4 comments :

  1. LLK: Kalo tak silap, untuk lif ade 1 stiker yang dilekatkan dalam lif yang menunjukkan lif tu slamat digunekan (da di check ape2 yang patut di check). Kalo tak silap PM la.. So kalo takde stiker tu, maksudnye mmg kureng slamat atau mmg tak slamat terus!!

    ReplyDelete
  2. LLK minta cuti la sbb live rosak....spare makanan byk2 kt umah.....pastu berkurung jer.....

    ReplyDelete
  3. PM: nanti saya check..xpasti asa sticker ke tak....

    Mawar Puteh: Bertuahlah En. suami nak benarkan bini dia ambik cuti semata2x sebab lif rosak. Takpe, liana anggap benda2x tu semua satu senaman di pagi hari, ngehhngehhh.....

    ReplyDelete
  4. llk: pesal da lame tak apdet? takkan bizi sangat kot?

    ReplyDelete