Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, March 22, 2011

24 Jam Tanpa Lif...Sanggup ke?????

Hari nie macam biasa rutin harian pepagi menghantar cik Anis ke rumah neneknya kat PD. Tapi pagi nie nasib kitaorang tak berapa baik sebab sejak semalam lagi lif yang merupakan kegunaan utama penghuni kat flat nie dah rosak. Kalau 1 lif rosak aku boleh accept lagi, nie kesemua lif yang ado semuanya out of service.<------- Dah macam kat mesin atm pulok.

  
Dahlah pagi nie kami agak kelewatan disebabkan pagi nie hujan. So, nak tak nak kami gigihkan jugaklah kudrat nie nak panjat tangga sampai ke tingkat 7. Tak kanlah  nak suruh cik anis tu naik sendiri ke tingkat 7 , hehehe.....Masa kitaorang duk mendaki tangga yang banyak tu, terdengarlah jugak keluh kesah and rintihan sebilangan warga tua yang kebetulan menggunakan tangga yang sama. Kesian pulak aku diorang tu.Kalau rumah kat tingkat 1-7 boleh tahanlah lagi..Kalau rumah kat tingkat 17 or 21 mau pengsan naik tangga...

Kekadang aku geram jugak dengan pemaju perumahan D**L ..Kalau buat sesuatu projek tu kalau tak der masalah memang tak sah.. First pasal kes guna barang2x binaan yang pada aku brand ‘cap ayam’ ( tok laki den kata lif model/brand tu memang tak diluluskan dalam projek yang dihandlekan oleh JKR. Tapi aku musykil macmaner model/brand tersebut boleh ‘lepas’ kat projek D**L..... Pakai tak sampai sebulan dah rosak.  Silap1x hari bulan, ada nyawa yang melayang kalau berlaku kemalangan macam yang pernah berlaku kat PJ. Minta dijauhkan semua malapetaka tu....huhuhu

Disebabkan pagi2x lagi dah naik turun tangga macam masuk amazing race , sampai je kat office dah lapar tahap gaban...Rehat sekejap pastu terus belasah makanan kat pantry...macamner nak kurus kalau begini rupernyer, huhuhu....Oklah, nak sambung balik kerja..Bye

Tuesday, March 8, 2011

Minggu Ini Saya Sibuk



Hari nie saya spent kan masa saya untuk meng’update’ fail yang berkurun tak pernah di’update’ oleh saya & ‘adik beradik’ saya yang lain. Macamaner tetiba dapat hidayah nak update fail nie???? FYI, minggu nie merupakan minggu audit dalaman. Di sebabkan saya tak nak bertanggungjawab keatas NCR yang akan dikeluarkan oleh Encik Auditor nanti, maka saya pun jadi RAJIN (untuk hari nie jek, hehehe)....

Dulu, bila sebut tentang audit je, LLK mesti buat muka macam nie -----> :-( . Bukan apa, audit nie kadang-kadang memenatkan tubuh badan serta otak untuk buat persediaan bagai-bagai, huhuhu..... Oklah, dah penat..Nak rehat kejap. Byeeee

Monday, March 7, 2011

DONUT [ 1ST TIME BUAT DONUT, HOHOHO]

Donut yang dah naik/ kembang...Siap sedia untuk di goreng

Donut home made

Lupakan seketika tragedy sedih pagi tadi....Sekarang nak cerita tentang donut yang LLK buat untuk minum petang semalam....Actually dalam tempoh 3 tahun berkahwin ngan En. Suami, rasanya nielah 1st time LLK buat kuih untuk dia...Sebelum nie pernah buat bubur kacang, goreng pisang dgn bubur cha cha.  Dan selebihnya kitaorang beli je kat gerai...

So, petang semalam tiba2x je dapat hidayah dari Allah swt untuk buat kuih,. Mood tengah baik. Kalau mood malas, jangan harap ler nak buat hehehe.....Bahan2x nak buat donut nie LLK dah beli siap2x pada hari jumaat tu. Sukatan pun LLK main agak2x je sebab resepi asalnya guna dalam 1kg tepung. Maklumlah, kami bertiga je yang nak makan. Kalau buat banyak2x kang tak habis. Lagipun, nie 1st time nak belajar buat kuih. So, kenalah buat dalam sukatan yang sedikit....


Bahan
  • Tepung gandum 500g
  • Yis Segera   6g
  • Air suam 3/4 cawan
  • 1 biji Telur  
  • Marjerin / planta   90g (1/2 cawan)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam 

Cara-Cara
  • Yis, gula & air suam di campur. Tunggu sehingga berbuih ---- bahan **
  • Gaul tepung gandum dengan planta, telur dan campuran bahan **
  • Gaul sehingga rata dan tidak melekat.
  • Bentukan donut tersebut dengan acuan.
  • Biarkan seketika sehingga donut tersebut naik / kembang
  • Goreng hingga keemasan
  • Salut donut dengan gula yang telah dikisar / gula aising

p/s: Kalau rajin, pasni nak cuba buat lagi...1 tips yang nak kongsi dengan kamu-kamu semua. untuk menghasilkan donut yang gebu & lembut, boleh lebihkan sukatan planta.. Selamat mencuba...

Aku Malu!!!...Aku Malu!!!

Entah kenapa tah arini lampu kat koridor seluruh blok aku ni ditutup awal .Selalunya 7.30 pagi baru tutup. Apalah mimpi tukang tutup lampu tu pergi tutup lampu awal sangat....Habis gelap gelita kawasan rumah den nie... Dan disebabkan keadaan yang gelap itulah yang membuatkan aku tergolek masa nak turun tangga pagi tadi. Habis bertaburan baju Anis & botol air yang aku bawa, huhuhu.....Yang paling bengang masa aku jatuh tu, ada pasangan muda suami isteri yang kebetulan ada tak berapa jauh dari tempat kejadian boleh pulak buat dek je......Pada hal punyalah kuat aku terjatuh tadi..Dah macam bunyi nangka busuk jatuh dahhhh......Tak baik tau korang suami isteri...Esok lusa kalau bini ko pulak yang tergolek kat situ & aku pulak yang buat dek  macamner.???..Mesti korang sakit hati kan...

Walaubagaimanapun, syukur aku tak apa2x.....cuma kaki ngan tot je sakit. Maybe sebab terhentak kuat kat lantai tadi,huhuhu....Masa kat dalam kereta tadi, aku pun cite kat En. Suami pasal kejadian tadi...Dia ingatkan terjatuh biasa je...Banyaklah ko punya terjatuh biasa2x je. Nasib baiklah masa jatuh tadi tak der air sampah ke atau taik kucing ke kat lantai tu...Kalau dalam gelap tu aku terjatuh kat atas benda2x najis tu, memang kompon pagi nie aku EL. Boleh sambung tido balik.. hehehe.....


p/s: 'Bagus' betul masyarakat zaman sekarang nie..Makcik bangga betul dengan korang....Agak2x kalau ada orang pengsan / mati depan mata diorang buat dek jugak ke???? 

Happy Birthday Abah


Hari nie besday abah yang ke – 54 ...Happy besday ye abah.Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki pada abah oleh Allah swt....

Friday, March 4, 2011

Tragedi Di Pagi Hari~ Sabor Jelah

Sumber dari en. google

Waktu tidur kami suami isteri terganggu sejak akhir2x nie. Rasa nak rabak je 2 biji mata nie sampai kat office pepagi, huhuhu....Masalah berlaku kat kami berdua apabila budak comel yang bernama Nurul Anis tak nak tidor malam &  berjaga hingga ke subuh. Mak LLK kata waktu tidur budak nie dh terbalik. Kalau dulu, siang berjaga ,malamnya tidur tapi sekarang nie siang dia bantai tidur lama2x( sebab malam sebelum tu dia xtido), dan sebelah malamnya pula, dia berjaga sambil menonton rancangan kartun kesukaan dia @ Channel 611..

Pernah 1-2 malam tu, cik Anis yang comel nie buat ‘kerja’ dalam diam-diam. Anis pergi ke dapur & curahkan cordial sarsi 1 liter (tah ceruk mana lah dia jumpa cordial sarsi tu) kat ruang tamu, hohoho.....bagus betul Anis nie bagi kerja kat mama dia malam2x buta. Malam sebelum tu dia main dengan bedak...Abis satu rumah termasuk dengan cik anis sekali jadi putih mcm tepung gomak....Yang lawaknya, papanya yang tengah sedap tido pun di taburkan bedak kat belakang badan..Boleh pulak laki aku tak sedar, hahaha...... Paling latest 3 pagi tadi, tak der angin xder ribut, Cik Anis pergi buka pempers dia dalam diam2x dan buang kat tong sampah..Pastu dia berbogel kat sbelah kitaorang sambil tenngok tv..Adoiii....buatnyer kang ko terkencing/ terberak , haru kita orang nak membersihkan benda-benda tu kang, huhuhu.....

Nasib baik salah satu dari my wishlist 2011 tak mau marah selalu kat Anis. Kalau tak, mau kena hysteria aku pepagi buta tu menengok kan telatah anak aku nie (^_^)..Sabar..sabar..sabar


p/s: Nie baru sorang, kalau bertambah lagi sorang.......Tak boleh nak bayangkan keadaan yang akan berlaku,huhuhu...

Wednesday, March 2, 2011

Betul Ke Orang Kata............................

Terpanggil untuk buat entry macam nie pepagi rabu nie setelah terbaca satu artikel yang di emailkan oleh rakan sepejabat.  Nak komen lebih2x tak berapa pandai sangat sebab LLK pun tak pernah lagi hidup kat negara orang.  Tapi yang den tahu, harga kereta kat sana jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan harga yang dijual di Malaysia. Taraf hidup terutama dibandar2x besar pun dah semakin tinggi.. Kalau 15-20 tahun yang lepas, gaji bulanan RM 1000 cukup untuk menampung belanja isi rumah. Tapi sekarang nie gaji  RM 2-3 ribu pun belum tentu cukup..Sebab tu si isteri kena kerja juga untuk bantu pendapatan suami.....Takpe, nanti nak interview seorang member yang akan mula bekerja setelah setahun menetap kat London....

 ***********************************************************************************


Satu masa dulu,adik aku pernah menetap di UK selama lebih setahun. Tapi adik ipar aku duduk situ dah lama,dekat 6 tahun.Duduk situ,kerja bukannya kerja besar,kerja pun chef kecil-kecilan dekat restoran.Adik aku pulak kerja jadi baby sitter.Gaji,takde la besar, tak sampai pun seribu pound tak silap aku...tapi...

1. Baju kat sana 3 pound. Kat Malaysia baju2 tu hanya dijual di Pavilion,KL.Baju orang kebanyakan di UK ,baju orang kaya di Malaysia .

2. Kasut Lacoste kat sana 20 pound.

3. Sewa bilik ada dapur 200 pound.

4. Transportation,takde,naik bas,naik tube,satu hari punya tiket 5 pound unlimited ride.Tak payah tunggu lama, paling lama tunggu bas,5 minit 2 bijik datang.Naik tube tak pernah rasa tak selesa.Ada Oyster kad,senang nak ke mana-mana.

5. Pegi Asda ke Tesco ke, beli barang dapur,satu troli 20 pound.Lepas untuk seminggu.

6. Tak pernah rasa nak beli kereta sebab membazir, orang kaya berlagak aje pakai kereta ke mana-mana.

7. Jalanraya sesuai untuk bawak basikal.Adik ipar aku, main transportation dia,basikal,undang-undang...wajib pakai helmet.

8. Tambang tube nak ke airport...3 pound.

9. DVD ori sekeping 3 pound.Aku beli Ice Age 1 dan 2 boxset 6 pound.

10. Apa-apa barang pun mcm pakaian, tak puas hati dengan produk, boleh pulangkan dalam tempoh 30 hari, takde banyak soal asal simpan resit dan tag tak dicabut.

11. Dan aku malas nak cerita pasal Black Friday dan sale musim panas...

12. Bayangkan anda mampu beli kereta Mercedes second hand cash... dengan hanya mengeluarkan 500 pound. Sini? Hutang 5 tahun untuk bayar kereta second hand.. kereta di UK tidak ada value sangat kerana... pengangkutan awam membuatkan kereta tidak relevan dan penting dalam hidup.Perkhidmatan teksi adalah sesuatu perkhidmatan premium sebab teksi tidak diperlukan sangat.

Bila dia balik Malaysia,

......kerja mesti kena ambik overtime, kalau tak duit tak cukup. Barang makanan sekali pegi beli Rm200.Nak pegi beli barang pun susah sebab public transport susah. Apa yang Ismail Sabri Yaakob pelik macam mana RPK boleh hidup mewah kat UK kalau orang Malaysia yang kerja dia waiter kedai makan dekat Malaysia Hall pun boleh hidup senang kat sana? Adik ipar aku balik sini, sambil hisap rokok dengan aku dia tanya aku, "Apasal hidup kat Malaysia ni susah sangat?"

Lagi la pelik bila menteri tanya apasal ramai orang lebih gemar migrate ke negara lain... Tukang sapu pun boleh hidup senang kat UK . Marah pulak diorang bila rakyat mempersoalkan "Kenapa menteri mampu hidup mewah kat Malaysia ,layak ke diorang?"

p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal......
p/s/s : Untuk entry2x lain yang menarik, boleh singgah kat blog nie


Jom Join Bloglist Blogger Baru



Di sebabkan follower LLK kurang daripada 300 orang, so automatic layak untuk menyertai segmen yang dianjurkan oleh penganjur.. .Pada blogger-blogger lain yang berminat untuk join segmen nie, boleh klik sini untuk maklumat lanjut.

p/s: Selamat berkenalan buat blogger2x baru

Tuesday, March 1, 2011

Lirik OST Gemilang (Suatu Ketika) : Adi Mentor



Lirik OST Gemilang (Suatu Ketika) : Adi Mentor

Suatu ketika…
Kita pernah tertawa…
Suatu ketika…
Kita pernah berduka….
Memori lalu…
Tersemat di hatiku….
Buat azimat perjalananmu….
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita….
Jadi pedoman untuk semua….
Takkan mengalah sebelum melangkah…
Impian…. menjadi haluan cita…
Rintangaannn….. membakar azam di jiwa……
Dan cinta…. bukan hanya kata-kata….
Harapan….semua anak merdeka….
ohhhhhhh…

Drama Terhebat 2011~Gemilang @TV3

Sekarang nie, LLK excited melayan drama 'Gemilang' yang di siarkan di TV3. Kisah benar seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua Kabir Bhatia sendiri (ayah Mira Mustapha : penulis skrip cerita ini ). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Shahz Jasle Jasmin diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.


Sinopsis:Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.Kini cikgu Saifullah berusaha untuk mencari adik-adiknya yang setelah sekian lama terpisah akibat kemiskinan hidup.


Pelakon-pelakon Drama Gemilang:
Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.


p/s: Abah LLK kalau tengok drama nie mesti menitis air mata sebab abah membesar pada tahun tersebut, huhuh...Maklumlah orang melayu pada ketika tu kebanyakannya hidup susah & mempunyai anak yang ramai.Tapi abah bernasib baik sebab nenek LLK tak jadi bagi abah kat sebuah keluarga angkat. Kalau tak, tak wujud kot LLK kat sini sekarang nie, huhuhu.....

p/s/s: Suka tengok Shahz Jaszle & Tiqz berlakon dalam drama nie. Tapi paling menyampah tengok Shahz berlakon dalam drama Asmara. Tak boleh tahan tengok memek muka 10 sen dia tu ;-). Kredit to arnamee.com