Kamu-kamu Yang Comel

Friday, February 4, 2011

Tunjuk Perasaan Di Kaherah, Mesir


By Google
 Semasa tengah bergumbira kat kampong, LLK dikejutkan dengan berita pergolakan di Mesir..Pada mulanya, LLK ingatkan bergaduh biasa2x je.so, malas nak ambik tahu.Tapi bila tengok berita kat TV3 semalam, aku tengok dah kira macam teruk jugaklah keadaan kat sana sehinggakan kerajaan Malaysia terpaksa menghantar tentera bantuan ke sana untuk membawa balik kira2x 14,000 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir yang rata-ratanya belajar disana.

Setakat hari nie, kira-kira lebih 1000 orang tercedera dalam tunjuk perasaan yang menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan manakala 300 orang terbunuh…Satu angka yang membimbangkan lebih2x lagi kalau ada anak atau sedara mara yang berada kat sana tu.
Yang LLk tahu, Hosni Mubarak ni dah menerajui Mesir selama 30 tahun tapi tiada kemajuan yang dikecapi. Selain tu, aku juga difahamkan Hosni Mubarak nie bersetongkol dengan Amerika Syarikat & Israel…Sebab tulah rakyat memberontak ( betulkan aku kalau fakta tersebut salah sebab fakta tersebut aku dapat dari En. Suami, huhuhu).

Semoga rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir dapat pulang ke tanah air dengan selamat…Kami disini mendoakan keselamatan anda-anda semua dia sana…


p/s: Sana gaduh, sini gaduh..Rakyat ramai yang derita dari gembira..Ishhh, tak sukalah macam nie. Bila lah dunia nie nak aman agaknya.

0 comments :

Post a Comment