Kamu-kamu Yang Comel

Monday, February 14, 2011

Popiah Goreng Budget Tengah Bulan

Atas permintaan En. Suami, Liana buat popiah nie semalam. Actually, resepi nie dapat daripada mak. tapi liana dah ubah sikit sebab banyak benda tak der dalam peti. Nak pergi beli kat kedai sangatx2 lah malas. Sape yang berminat boleh lah cuba.

Bahan-bahan (Inti):
1. Lobak merah- diparut halus
2. Taugeh
3. Tauhu - digoreng
4. Telur - digoreng
5. Lada sulah & sedikit garam
6.Isi ayam ( Nak lagi sedap bubuh lah ayam. Tapi dalam resepi nie, liana tak letak isi ayam. sebab tu nama popiah nie popiah budget tengah bulan, hehehe)
7. Fillet Crab
8. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Tauhu & telur digoreng sehingga garing. Kemudian masukan lobak merah & goreng. Masukan sedikit air dan masak hingga lobak empuk. Kemudian masukan taugeh. Masukan sedikit lada sulah & garam secukup rasa. Masak sehingga kering.
Inilah hasilnya ;-)

Kemudian follow step 1-7. Ulang step tersebut sehingga inti habis.



                                           MASA UNTUK MENGGULUNG

Siappp sedia untuk dimakan...

p/s: Disebabkan liana malas nak buat sos untuk popiah goreng nie, semalam kami cicah dengan sos cili keropok lekor yang masih ada kat dalam peti ais, huhuhu... 

p/p/s: Fillet crab tu liana rebus dulu sebab takut tak masak masa menggoreng nanti. 

0 comments :

Post a Comment