Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, February 17, 2011

Movie On TV2 ~A.I *Artificial Intelligence*

Malam tadi kami sekeluarga tengok movie kat tv2 bertajuk A.I *Artifial Intelligence*. Actually, movie nie dah 2-3 kali jugak tenngok sebelum nie, tapi tak pernah tengook sampai habis pun. Tapi kali nie memang aku tengok dari 1st sampai last citer tu....Sedih sangat cerita nie sampai meleleh-leleh air mata aku mengalir..




Sinopsis:-
Pada zaman tersebut, robot kasih sayang berteknologi canggih telah dicipta. Kebetulan pada ketika itu, sepasang suami isteri berasa sedih dengan keadaan anak lelakinya, Martin yang sakit. Aku tak pasti sakit apa. Yang pastinya Martin nie macam koma & hari2x mak & ayah dia datang melawat kat hospital sambil membacakan bedtime story pada Martin. Ayah Martin,, Henry risau dengan keadaan isterinya yang selalu bersedih & mengambil keputusan untuk mengambil robot lelaki bernama David sebagai anak barunya.
Pada mulanya Monica tak boleh terima kehadiran David dalam hidupnya sebab David adalah robot..Lama-kelamaan Monica dapat menerima David & mula menyayanginya seperti  anaknya sendiri. Satu hari, tanpa disangka-sangka Martin yang telah lama koma kat hospital telah sedarkan diri.Dan tak lama selepas itu, Martin sembuh seperti sedia kala.

Kalau dulu, kasih sayang dicurahkan pada David seorang je tapi bila Martin dah sedar, segala kasih sayang telah beralih kepada Martin semula..Kesian kat David sebab disisihkan oleh kedua orang tuanya. Tapi David robot yang cerdik. Dia cuba mendapatkan perhatian dari Monica. Keadaan tersebut menyebabkan Martin cemburu terhadap David. Martin pun ajar David buat perkara-perkara yang tak elok yang kononnya boleh menyebabkan mak dia lagi sayang kat David seperti gunting rambut mak dia masa tengah malam. (giler ke ape budak Martin nie) . Si David nie pun pergilah gunting rambut mak dia. Mengamuk bapak dia bila dapat tahu David buat macam tu kat bini dia.....Tapi Monica memaafkan David. Lagipun malam tu merupakan kesalahan pertama yang dibuat oleh David....

Tapi kesalahan kedua yang dilakukan oleh David betul2x menyebabkan Monica & Henry marah giler. Bukan salah David pun. Kawan2x Martin yang buat macam tu kat David sampai David takut & pergi peluk erat2x badan Martin hingga terjatuh dlm pool & hampir lemas.Sampai hati mak & ayah David biarkan je dia terdampar sorang2x kat dasar kolam tu, huhuhu.....

Keesokannya, Monica ambil keputusan untuk menghantar semula David ke tempat asalnya ( Aku lupa nama kilang tu) setelah di desak oleh suaminya Henry. Pada malam tu, Monica janji nak bawa David & teddy jalan2x kat desa. Tapi diorang bukan nak pergi jalan2x pun. Tu hanyalah 1 rancangan untuk bawa David ke kilang asalnya. Kalau tak silap, mana2x robot yang dipulangkan semula ke kilang tersebut akan dilupuskan. So, masa on the way nak ke kilang tu Monica tiba2x ubah rancangan pulak sebab tak sampai hati nak lupuskan si David. Tapi dia tinggalkan David kat tengah2x hutan. Menangis2x budak tu tak nak ditinggalkan oleh mak dia. Kesian David..Dok sorang2x kat tengah2x hutan. Nasib baik teddy ada temankan sekali( teddy nie robot berteknologi tinggi sama macam david)...Time nie aku pulak yang nangis, huhuhu.....

Dari situ, bermulalah pegembaraan David untuk mencari pari-pari biru seperti yang selalu diceriatakan oleh maknya, Monica....David nak sangat cari pari-pari biru tu sebab dia nak buat permintaan supaya dia boleh jadi manusia biasa & hidup bersama dengan mak dia. Last sekali, jumpa juga David dengan pari2x biru tu. Setelah tak sengaja jumpa kat dasar laut. dan sejak itu dia tidak putus-putus berdoa dan meminta pada pari-pari biru tu untuk tukarkan dia menjadi manusia biasa dan yang paling sedih tu dia tak tahu pun pari-pari biru tu hanya patung.( time nie aku nangis & nangis lagi...huhuhu). Masa dia & teddy dok berdoa depan pari-pari tu, besi-besi buruk yang terdampar kat dalam laut tu menghempap kenderaan yang david & teddy naik ( lupa lak nama kenderaan ni apa. Tapi boleh bertukar jadi helicopter..kejep kang boleh bertukar jadi kapal selam). So, david pun terperangkaplah kat dasar laut yang membeku tu hingga 2000 tahun.

Selepas 2000 tahun, sekumpulan alien terjumpa David & teddy kat dalam kenderaan tu. masa tu manusia dah tak wujud lagi dah. Pupus sama sekali. Disebabkan David sorang je manusia yang unik je yang masih ada lagi kat bumi, alien tu jagalah David sebaik yang mungkin & cuba menggembirakannya. Siap baca fikiran David lagi...Dalam fikiran David, perkara yang menggembirankannya hanyalah bersama maknya , Monica.

So, david minta supaya mak nya dihidupkan semula tapi Alien kata susah sebab perlukan DNA atau sampel dari tubuh manusia.David sedih....Tiba2x si teddy ni bagi rambut mak David. (sebelum ni David pernah cuba potong rambut mak dia. So, masa dia try nak potong tu adalah beberapa helaian tu jatuh kat lantai. Dan masa tulah teddy simpan rambut tu kat poket dia). Bila dah ada DNA, Alien pun hidupkan Monica semula. Happy giler David masa tu


TETAPI

Alien bagitahu David yang mak dia, Monica hanya boleh hidup sehari sahaja kerana eksperimen Alien untuk menghidupkan kehidupan yang sudah lama mati tidak berjaya. Oleh itu, tempoh paling lama boleh bertahan adalah sehari.dari pagi sampai malam.. bila masuk tidur je, Monica tak akan bangun semula.kira tidur dan terus mati semula.

David pun setuju dan menghabiskan sisa waktu terakhir tu sebaik mungkin. Bersama maknya yang tersayang.sampai lah waktu malam & masa untuk mak dia tidur. David menyelimutkan mak nya penuh kasih sayang dan apa yang diimpikannya tercapai apabila Monica memberitahu yang dia sayangkan David.Time ni aku dah menangis giler babas...Sedih aku tengok citer nie..

 Actually, aku tak pasti ending citer nie. Tapi bila aku dengar ayat David ‘ Ini merupakan pertama kali dalam hidupnya dia tidur kat sebelah mak dia. ‘ So, aku beranggapan ending part nie David mati bersama-sama mak dia, Monica. Sebab kisah awalnya David memang tak boleh makan & tidur sebab dia kan robot. So, bila last part tu dia kata hari tu merupakan pertama kali dia tidur  bersama-sama mak dia sambil peluk mak dia... TAMAT

Time ending part pun aku nangis. Air mata laju je mengalir. Memang sedih giler tengor cerita nie. Seorang budak robot yang cuba mencari kasih sayang  seorang manusia yang bernama mak. Sambil tu, mata memandang anak aku Anis.huhuhu...Mama sayang sangat kat Anis (air mata mengalir tanpa aku sedar masa sedang menaip entry nie)




3 comments :

  1. Erk!! rupenye LLK ni sorang penyedih...

    ReplyDelete
  2. kaklau Pm tengok citer tu mesti nangis macam LLK,huhuhu

    ReplyDelete
  3. ye ke? tak tau le pulok.
    tak penah test same de PM ni sorang penyedih @ tak... :)

    ReplyDelete